Friday, June 3, 2011

.:: Sepetang Bersama ::.

Assalamualaikum and selamat petang semua . . 

korang watpe je petang-petang camnihh . ?
siyess , putry sekarang nihh tengah ngantuk giler . .
mata nie asyik nak terpejam je , tapi putry gagahi jugak la semata-mata nak taip entry nihh . . 
cewahhh ~ haha

tadi , actually putry nak pegi saloon rambut . . 
saje la kan nak manja-manjakan rambut . . nak buat treatment rambut sekali . so , putry ajak la adekk putry teman kan putry . . so , dalam pukul 2.15 camtuhh kitorang bertolak la naik keta .. 
tapi bukan putry la drive , mama putryyang drive . .hehe
mane taknyer , lesen pun tak hade lagi , kene gantung plak tuhh . :( haishh usah dikenang ~
then , sampai-sampai je saloon rambut tuhh , putry pegila masuk . . cewahh gaya cam nak wat terus , actually nak pegi tanye harga dulu . . yela kan , buat-buat la dah selesai treatment , kene bayar beratus-ratus mane putry nak korek tabung nak bayar kan . 
so , pas dah tanye-tanye , amoi tuhh cakap semua sekali RM200 ++ camtuhh . . 

adoyai , terkejut beruk la putry . . RM200 ++ ?? mahal giler . 
putry bajet dalam RM100++ je pun , tengok2 sampai RM200++ terus tak jadi nak buat . 
amoi tuhh  siap pesan lagi kat putry dye cakap gini " nanti , you kumpul duit banyak-banyak dulu , then baru u mai balik kat I " . . amboi , cam la putry nihh takde duit sangat . . =.=
actually , putry ade je duit , tapi sayang plak nak kuarkan sampai RM200++ , sedangkan arituhh mase putry keluar dengan en.Boyfie , ade promotion RM60 je . murah kan ? rase nyesal plak tak buat mase tuhh . -.-

then , nak dijadikan cerita tibe - tibe dapatmeseg dari En.Boyfie suruh temankan dye pegi Post Office . .
dye kene postkan no pin untuk MUET dye . .  so , putry pun ape lagi , terus jela cakap nak temankan , yela dah tak jadi nak pegi buat treatment kan .. huhu =.=
melepas diri ni nak manjakan rambut . .:(

then , dalam pukul 3lebih camtuhh en.Boyfie datang and kitorang pun kuar la gune kete mummy putry .. 
nak naik moto , panas . . lagipun mama putry naik moto .. kah kah kah . . alasan je tuhh :)
then , pas2 dah pegi post office and settle kan semua , kitorang pegila ronda-ronda kejap . .
pegi tengok rumah-rumah yang baru buat . .
siyess , kitorang berkenan giler . . cewahh dah macam nak beli rumah plak gayanyer . 
duitnyer takde lagi . . ehehehe  :)
korang pun tahu kan , rumah sekarang semua dah naik harga . . 
makin hari , hrga rumah makin melonjak tinggi . .
so , ingat ye , ape-ape pun korang kene beli rumah dulu . 
baru beli yang lain-lain. . :)



cantik kan ? cantik kan ?
then , pas dah pegi tengok rumah-rumah . .
ape lagi , perut pun dah berbunyi , kitorang pun ape lagi . .
pegi mengisi perut yang kosong ni la . .
hehehe then kitorang balik . . 


kitorang makan char kuew teow . . sedap oo. .tapi maaf la snap gambar nihh tyme dah habis makan . .hehe


putry yang sudah gemukk .  ~ siyess . .nak kurus huhu :(


en.Boyfie yang sangat pemalu . . dye tahu putry tengah snap gambar dye , itu yang buat camtuhh tuh . :)
ishh nak kene taw en.Boyfie nihh . :)

klah , enjoy your day . . 
nak pegi mandi and makan lagi . .
daa semua ~








.:: Pemuda Yang Ikhlas Dengan Cinta ::.

Assalamualaikum semua . . 

salam Jumaat untuk semua ye . . 
 korang semua ape khabar ? sehadd ?
dah breakfast belum nihh . ? putry dah breakfast tapi tibe-tibe tersa lapar lagi . adoyai ,nafsu makan semakin membuak-buak selama putry ade dekat rumah nihh . :)
jadual diet pun dah jadi tunggang terbalik . haishh >.<

okey - okey , di hari Jumaat yang mula nihh , putry nak share sikit bacaan putry yang putry bace tadi . 
entry nie just copy-paste je . . 
siyess , malas nak taip . haha :D
korang tak kisah kan ?
jom , layan je kisah nihh eh . :)

Pada zaman dahulu, ada seorang jejaka yang sangat suka membaca dan selalu menghabiskan masanya di perpustakaan pada waktu lapang. Dia amat suka membaca novel dan buku cerita. Pada suatu hari, dia telah terjumpa sebuah novel yang ada tertulis pada kulit novel itu nama dan alamat seorang gadis di salah satu muka suratnya. Tertulis di situ : "Catrina, ikhlas dan perlukan sahabat."



Tergerak hati jejaka untuk mengutus surat kepada si gadis misteri itu. Setelah pulang ke rumah, jejaka itu menulis surat untuk memberitahu niat ingin berkawan dengan gadis itu. Beberapa hari kemudian si jejaka mendapat balasan daripada gadis tersebut bahawa dia juga bersetuju untuk berkawan dengan si jejaka.
Hari betukar minggu dan minggu bertukar bulan. Persahabatan mula bertukar kepada perasaan sayang. Namun begitu mereka masih belum pernah bersua muka. Si jejaka ingin sekali bertemu si gadis misteri dan begitu juga dengan si gadis. Walaupun kedua-keduanya masih belum melihat rupa masing-masing, tetapi perasaan sayang tetap berbuku di hati.
Pada suatu hari, si jejaka dipanggil oleh bala tentera untuk pergi ke medan perang. Si jejaka merasa amat susah hati kerana dia bimbang sekiranya dia mungkin tidak dapat berjumpa dengan si gadis kesayangannya. Maka diutuskannya sepucuk surat berbunyi, "kalau Allah panjangkan jodoh kita, dan andai kamu masih sayang padaku, kita berjumpalah di stesen keretapi pada hari perang diumumkan tamat nanti. Aku akan memakai pakaian tenteraku dan membawa sekuntum mawar berwarna merah. Aku akan mengenali kamu sekiranya kamu juga memegang sekuntum bunga mawar merah. Setelah itu izinkanlah aku membawamu untuk makan malam dan bertemu orang tuaku."
Maka pergi lah jejaka ke medan perang dengan tenang setelah mengutuskan surat itu...
Beberapa bulan kemudian...
Pada hari pengumuman perang tamat, si jejaka pergi ke stesen keretapi yang dijanjikan sambil memegang sekuntum bunga mawar merah di tangannya. Diperhatikannya seorang demi seorang gadis yang berada di stesen keretapi itu sekiranya ada yang turut memegang bunga mawar merah sepertinya.
Tiba-tiba, si jejaka ternampak seorang gadis yang agak berisi, sedikit hitam dan berjerawat mukanya duduk di kerusi roda sambil melihat sekeliling seolah-olah mencari seseorang. Kakinya kudung dan tangannya cacat sebelah. Sebelah lagi tangannya memegang sekuntum bunga mawar berwarna merah. Si jejaka sangat terkejut melihat keadaan fizikal dan wajah gadis pujaannya selama ini amat berbeza dari imaginasinya, namun dia memberanikan diri menghampiri gadis tersebut.
"Catrina?"
Gadis itu melihat ke arah si jejaka dan tersenyum ceria. Si jejaka terus menghulurkan bunga mawar kepada si gadis dan berkata, "aku amat merinduimu. Terimalah bunga ini dan pelawaanku untuk makan malam bersama kedua ibu bapaku. Orang tuaku tidak sabar-sabar lagi untuk bertemu denganmu," kata jejaka itu.



Si gadis itu tersenyum lagi dan berkata, "Aku tidak tahu apa yang terjadi. Tetapi ada seorang gadis cantik jelita memberikan bunga ini kepadaku sebentar tadi. Dia memintaku memberitahu kamu bahawa dia sedang menunggu kamu di restoran di hadapan stesen ini sekiranya kamu mempelawaku makan malam dan bertemu orang tuamu."


Berapa ramaikah manusia yang sesuci hati jejaka ini? Dia melihat kepada hati dan bukan kepada rupa. Dia telah mengotakan janjinya dan tetap berpegang kepada perasaan sayang walaupun pada mulanya dia menjangkakan gadis cacat itu adalah Catrina. Masihkah lagi wujud lelaki seikhlas dan seluhur hati pemuda itu?

okey , cane ? best kan arikle nihh . ? putry suke bace artikle2 camnihh . 
okeylah , ade keje nak buat nihh . 
 jumpe next entry ye . :)

sumber :  iluvislam