Sunday, June 12, 2011

Dialah Jodohku . .


Untuk memilih teman hidup, lelaki mesti memilih wanita yang cantik, bergaya dan boleh dibawa ke sana sini. Dalam hati mesti berbangga kerana pasangannya cantik dan orang sentiasa memuji akan kecantikan pasangannya.
Antara pujian itu:
"Pandai kamu memilihnya, kalaulah aku dapat, aku tak akan lepaskannya."
"Pewittt, hebatnya kamu, cantik... cantik... cantik."
Pasangannya boleh dibawa ke mana-mana sahaja, setiap hari keluar dating. Tidak kira siang malam, yang penting bahagia. Setiap hari ada saja temujanji untuk bertemu tanpa ada istilah jemu.Mesti kamu akan berbangga jika menerima pujian sebegitu.Bahagiakah namanya itu jika setiap hari keluar dating? Itulah lumrah pasangan berkasih, sehinggakan lupa segala syariat dan hukum Allah S.W.T.
"Yang penting 'happy', hidupkan hanya sekali."
Tahu pula hidup hanya sekali, kenapa tak banyakkan amal ibadat, supaya di sana nanti lebih bahagia, tidak ada masalah yang menimpa, tidak payah fikir apa pun. 
Kalaulah pasangan yang dipilihnya tidak cantik, tidak bergaya biarpun pasangannya seorang muslimah sejati, orang tentu akan mengejinya. Mesti dia terseksa, walaupun dia menyedari itulah pilihan yang terbaik dan menjamin Syurga buatnya.
Antara kejian itu:
"Takde orang lain ke yang kau pilih sebagai pasangan, leceh la."
"Hahahaha, sakit perut aku, lawak, lawak... ketinggalan zaman la bro.."
Mesti sakit hati jika menerima kejian sebegitu?
Tentu bosankan mendapat pasangan yang sebegini, sentiasa menolak ajakan kita untuk keluar berdua.Pasangan sebegini lebih mementingkan ukhrawi daripada duniawi, dia akan menolak ajakan pasangan untuk keluar berdua, kerana dia takutkan azab Allah S.W.T dan dia tidak mahu hanyut oleh godaan Iblis Syaitan laknatullah.
Tentu kita bersungut andai ajakan kita tidak dapat dipenuhinya.
Inilah pasangan yang terbaik untuk kita, walaupun dia tidak cantik pada rupa paras, tetapi dia cantik pada akhlak dan budi pekerti. Ilmu agamanya penuh di dada dan menjadi benteng untuk menghalang godaan nafsu yang melalaikan.
Untuk memilih teman hidup, wanita mestilah memilih lelaki yang handsome, bergaya dan kaya. Dalam hati mesti lebih berbangga memiliki pasangan yang sebegini. Bahagia sangat-sangat, terasa dunia ini milik berdua. Apatah lagi jika orang di sekeliling sentiasa memuji.
Antara pujian itu:
"Hebatnya kamu, dahlah 'handsome', bergaya... 'loaded' lagi"
"Kalaulah aku dapat, bahagianya hidup".
Dalam hati tak terkata, betapa bangganya memiliki pasangan sebegitu. Tidur malam tak lena, sentiasa terbayangkan wajah kekasih. Bahagia sangat-sangat sebab pilihannya menepati cita rasa. Sanggup bersengkang mata hingga larut malam semata-mata untuk memadu kasih dengan pasangan .
Sekarang ini zaman serba maju, ada facebook , handphone, semuanya hanya di hujung jari , semuanya boleh jadi . Siang keluar dating, malam pun keluar dating, bila tiba larut malam sambung lagi dengan sms, call dan ber-chatting di facebook sehingga jam 3 - 4 pagi . Tak jemukah berbuat begitu ? Tentu tidak ? Bila diri dilamun cinta, hati takkan jemu meluahkan rasa rindu.
Kalaulah pasangan yang dipilihnya tak handsome, tak bergaya dan tak kaya, walaupun pasangannya seorang muslimin sejati, tentu malukan? Ya lah, pasangan orang lain semuanya handsome, bergaya dan kaya, sedangkan pasangan kita . 
Pasangan kita mementingkan ukhrawi dari duniawi. Tak suka keluar dating kerana takutkan Allah S.W.T. Tentu bosankan? Asyik terperap saje. Mula nak bersungut dan menyesal kerana tersalah memilih, tak sesuai langsung dengan cita rasa kita yang gemarkan bersosial.
Inilah pasangan yang terbaik untuk kita, mungkin Allah S.W.T dah tetapkan untuk kita, supaya kita tidak terus hanyut dengan godaan Iblis Syaitan. Allah S.W.T nak bagi untuk kita yang terbaik, jadi kita harus menerimanya dengan hati yang lapang dan bersyukur sebab kita tak terjerumus dalam kancah kemungkaran dan kemaksiatan yang menghampiri kepada azabnya api neraka.
Di dunia kita tidak merasai azab Allah S.W.T, sebab itulah kita masih menghampiri maksiat, yang ada dalam fikiran kita hanyalah keseronokkan sahaja. Kalaulah Allah S.W.T turunkan azab-Nya semasa kita berseronok dengan nikmat dunia , apakah yang terjadi kepada kita ? Sama-samalah kita bermuhasabah diri ..


  • ini sekadar perkongsian hasil dari bacaan putry . semua manusia inginkan yang terbaik dalam diri mereka , ye tak ? tapi yakinkah kita dengan ape yang kita lakukan itu ? bukan senang untuk berubah sekelip mata , tapi sekurang-kurangnyer , berubah sedikit demi sedikit . 

Friday, June 10, 2011

Teguran Itu Penting

Assalamulaikum semua . 
selamat malam . .
lame jugak kan putry tak update blog nie kan ? lame ke ?
takde la lame sangat kan , korang rindu tak dekat putry ?
cakap rindu cepat !! hehe 

okey , maaf la ye bagi sesape yang bertandang ke blog putry , tapi entry tak ber update .
thanxx jugak pada yang sudi singgah ye .
okey  ,malam nie putry nak share sikit pasal tegur-menegur . 
korang penah kene tegur tak ? and how about menegur orang lain ?
nak menegur and ditegur mesti kena ade caranyer , betul tak ?
tak leh la kalau kita nak tegur orang tuhh , main serbu tembok je , ye tak ?



Orang yang dapat menegur orang lain adalah orang yang sedia menerima teguran orang lain
Ayat diatas adalah antara kata-kata cerdik pandai mengenai orang yang menegur dan ditegur. Teguran boleh berlaku di mana-mana, berlaku di dalam pemerintahan kerajaan, di dalam syarikat-syarikat, di dalam persatuan-persatuan, di sekolah. Dalam rumahtangga juga berlaku, bapa menegur anak, isteri ditegur suami, dan lain-lain. Makna katanya teguran itu berlaku di mana-mana sahaja.

Teguran boleh dibahagi kepada dua secara asasnya, teguran yang membina dan yang statik dan jumud. Manusia keseluruhannya mengharapkan teguran yang membina bukan yang statik. Tetapi tidak kurang juga yang tidak lansgsung suka ditegur.
Sifat manusia yang diketahui ialah, hanya bersedia ditegur apabila dia yang membutuhkan teguran tersebut . Contohnya , Si A pergi ke Si B dan ingin meminta  teguran atau nasihat , ketika itu apa sahaja yang dikatakan oleh Si B akan di dengari dengan berlapang dada .

Lain pula sekiranya seseorang yang tidak memerlukan teguran , tiba-tiba ditegur . Hanya setengah orang yang berjiwa besar sahaja yang boleh menerima teguran spontan tersebut , Manakala yang berjiwa kecil , akan terasa dan terus terseksa hati .

Orang yang Menegur 

Manusia memang tidak pernah lari daripada melakukan kesalahan, yang berbeza hanya banyak dan sedikit . Tetapi biarlah orang yang cuba  menegur tersebut adalah orang yang minimum kesalahannya supaya teguran yang diberikan itu bersifat 
Jangan jadi seperti ketam yang mengajar anaknya berjalan lurus . Sesuatu yang agak pelik apabila penagih dadah tegar mengajar atau menegur orang lain pergi ke masjid, walhal mereka sendiri masih terkontang kanting ditepi longkang dalam kotak.

Sebab itu kalau kita suka menegur, kita mesti pastikan teguran itu di tuju ke arah kita terlebih dahulu, kemudian baru ke orang lain.

Orang yang Ditegur

Teguran itu kebiasaannya bersifat membina, kerana apa yang tidak kita sedar kadang-kadang orang lain sudah sedar terlebih dahulu, persepsi kita lain, persepsi orang, lain. Sebab itu apabila ditegur, jangan terlalu cepat melenting dan menolak teguran tersebut. Kalau begitu , anda adalah orang paling rugi, kerana anda berpeluang membina diri anda tetapi awal-awal lagi anda sudah merobohkannya.
Kata Hukama, "Orang biasa akan marah apabila dikritik oleh orang lain , manakala orang yang mulia ialah mereka yang memperbaiki diri daripada kritikan orang lain . Seharusnya beginilah resam kehidupan kita".

Manusia memerlukan ' cermin ' bagi meneliti diri . Orang disekeliling adalah cermin bagi kita . Cuba bayangkan anda bercukur misai tanpa bercermin. Bukankah susah?. 

Yang Paling Penting

Setiap orang yang menegur pasti sedia juga ditegur . Ramai yang tidak mampu lakukan ini. Hanya suka menegur tetapi tidak pula suka ditegur . Sebab itu penting apabila menegur isyaratkan terlebih dahulu , teguran itu adalah terlebih dahulu untuk diri sendiri.
Ingat! Apabila anda menuding jari terhadap kesilapan orang lain, sebenarnya 4 jari anda telah menuding kepada diri anda sendiri. Itu adatnya.





sumber : Facebook (: