Friday, May 25, 2012

Ciri - Ciri Terbaik mengikut Ust Azhar Idrus :)

Ciri-ciri suami terbaik, mengikut Ustaz Azhar Idrus...

1. Solat fardhu cukup 5 waktu.


2. Ada kerja gaji RM800-1500 ke atas, boleh bayar rumah sewa,
boleh beli beras, boleh isi minyak, boleh antar ke tempat keje. Nafkah zahir boleh bagi, bukan nafkah batin je tau.


3. Ada kenderaan: moto kapcai dah cantek. honda EX5 orait sangat la tu dengan 2 helmet. Basikal pun boleh, tapi penat kayuh kalau dari Bangsar ke KLIA. Sebaik-baiknya kereta, sebab nanti nak bawa isteri yang mengandung ke klinik setiap bulan.


4. Lulus ujian fardhu ‘ain sekolah rendah. Maknanya boleh mandi wajib dengan baik dan boleh ajar isteri mandi wajib dengan betul, apatah lagi mandi-mandi yang lain.


5. Boleh baca al-Quran dan boleh mengajar al-Quran walaupun setakat “Alif Ba’ Ta’” sampai Surah “Iqra’ Bismirabbikallazi Khalaq.”


6. Jenis lurus, baik & hati baik, tak menipu. Tadelah sampai menipu kata nak pergi Mydin tapi pergi mengorat jiran taman sebelah.


7. Dia paham kamu, kamu paham dia. Paham jiwo gitu. Serasi bersama. Berbeza tapi boleh masuk.


8. Gedik joget-joget pun depan bini dan anak-anak je. Depan orang lain sopan santun gitu.
9. Jenis tak cemburu buta sangat. Cemburu macam ni ok, “Ehemm..ramainya kawan laki kat opis.. Jangan sampai lupa abang 
taw..”



10. Belajar takat PMR je pun takpe, janji cara dia fikir tu matang dari yang belajar PhD.

11. Kalau dia jenis diam tak delah sampai orang kata tak bergaul dengan manusia lain. Kalau dia banyak bercakap pun tadelah sampai dia mengata-ngata orang lain.


12. Malas juga ke masjid, tapi dia pergi gak dalam sehari tu 2 kali sekurang-kurangnya Maghrib danIsyak.


13. Walaupun tak kerap ke kuliah agama, tapi bila tengok Youtube Ustaz Azhar Idrus ngajar tu sampai terlupa nak tengok bola. Jika da kuliah di masjid muka dialah ada di antara orang-orang kampung.


14. Boleh susah senang bersama. Kalau isteri nangis, dia tolong riba isteri dan tenangkan. Kalau isteri sakit, dia tolong jaga dari malam sampai pagi.


15. Jenis senyum sokmo.


16. Tak tengok sangat awek cuns, duk tengok bini dia je walaupn bini dia tak cuns (Tak cun tak pe, boleh tutup lampu)

Monday, May 21, 2012

Perlukah cemburu buta ?

Assalamualaikum semua. . 


Sape kat sini yang kuat cemburu ? Ngaku cepat ! hehe okey korang nampak kan tajuk entry putry untuk hari nihh ? Paham tak ? Seperti yang kita semua tahu , Allah ade letakkan macam-2 perasaan dalam diri kita , betul tak ? Ade perasaan sayang , rindu , kasih , benci , marah and tak ketinggalan jugak perasaan cemburu . Bohongla kalau korang tak pernah rase cemburu ye dokk ? hehe 


Okey bila cakap pasal cemburu nihh , kadang-kadang pasl cemburu yang tak bertempat boleh buat sesebuah hubungan yang dah lame terjalin putus . Bagi putry la kan , sifat cemburu tuhh kene ade , but mestila berpada-pada and bertempat  . Apa yang penting adalah saling percaya and jujur antara satu sama lain . Kalau kita pandai kawal cemburu kita , insyaAllah hubungan yang terjalin akan berpanjangan and going on smoothly :)


Jangan risau untuk dilabel apa-apa apabila kita mengaku kita cemburu. Tetapi bersederhanalah . Putry ngaku , sometimes putry nihh pun boleh dikatakan cepat jugak cemburu , tapi kene pandai-2 kawal la kan ? Isteri Rasulullah SAW pun punya perasaan cemburu.

HR Bukhari, Ahmad, An-Nasai dan Ibu Majah

Dari Anas bin Malik, dia menceritakan Nabi SAW pernah berada di sisi salah seorang isterinya . Kemudian seorang Ummul Mukminin mengirimkan satu mangkuk makanan. 

Lalu isteri Nabi yang berada di rumahnya memukul tangan Rasulullah SAW sehingga mangkuk itu jatuh dan pecah. Maka Nabi pun mengambil dan mengumpulkan makanan di dalamnya. Beliau berkata, "Ibumu cemburu, makanlah.". Maka mereka pun segera memakannya sehingga beliau memberikan mangkuk yang masih utuh dari istri di mana beliau berada, dan meninggalkan mangkukk yang telah pecah tersebut di rumah isteri yang telah memecahkannya. 


So , kesimpulannya cemburu itu perlu tapi biarlah berpatutan ye kawan-kawan . :))


Actually , tadi mase bosan2 putry ade try satu application nihh . korang nak tengok ? nihh haa ...
tadaaa !!!!!!





nampak tak nampak tak ? hee bakal jodoh kite KUAT CEMBURU la . .hihi


dear future husband , jangan cemburu-2 okey . Nanti cepat tua :))