Saturday, November 23, 2013

Tonton Drama Korea Online : The Heirs

Assalamualaikum ...

Hiiiiii morningggg uolssssss. Korang semua sihat tak ? muahaha putry nih bertambah-tambah sihat dah nih. Haishh tak tahu la kenapa, sejak duduk KL nih makan jadi lalu sangat-sangat. HAHA asyik lapar, lapar, lapar dan lapar. Kata nak diet tapi perangai tak serupa nak diet pun muahaha

Kenapa lah agaknya ye sejak duduk KL nih makin jadi berselera ? haaaaaa jeng.. jeng.. jeng ... ahaha takdelah, sebenarnya takda pape pun. Memang dari dulu putry suka makan. I love food so much okey. hihihi

Ehhh copp copppp sebenarnya entri putry kali nih bukan nak citer pasal makan ke, diet ke apa semua nih. Tapi putry nak citer sikit pasal satu cerita yang tengah kebabooommm sekarang nih ? Err apa ? Cerita kena boom ? Ehh bukan kena boom tapi tengah meletup-letup sekarang ni. Haaa korang tahu tak cerita apa ? Tahu tak ? tahu tak ? Haaa mehh putry nak bagitau. Drama yang putry cakap telah meletup bagai gunung berapi tuh cerita The Heirs .






Haaa drama nih la yang putry cakap tuh. Citer nih bagi putry bestlah. Nak tahu tak sebab apa best ? Haaaa sebabnya ada Lee Min Ho dengan Park Shin Hye la. muahaha

Disebabkan putry dekat u sekarang nih, memang susahla kan nak tengok tv. So, apa lagi amik peluang waktu cuti nih marathon drama The Heirs nih. Haaa putry kalau marathon drama korea kejap je. Hahaha

Ada yang terlepas drama The Heir nih ? jangan risau. Online kan ada ? Haaa jom marathon sesama jom.

The Heirs / The Inheritors

Drama Korea : The Heirs episod 1
Drama Korea : The Heirs episod 2
Drama Korea : The Heirs episod 3
Drama Korea : The Heirs episod 4
Drama Korea : The Heirs episod 5
Drama Korea : The Heirs episod 6
Drama Korea : The Heirs episod 7
Drama Korea : The Heirs episod 8
Drama Korea : The Heirs episod 9
Drama Korea : The Heirs episod 10
Drama Korea : The Heirs episod 11
Drama Korea : The Heirs episod 12 
Drama Korea : The Heirs episod 13
Drama Korea : The Heirs episod 14
Drama Korea : The Heirs episod 15
Drama Korea : The Heirs episod 16
Drama Korea : The Heirs episod 17
Drama Korea : The Heirs episod 18
Drama Korea : The Heirs episod 19
Drama Korea : The Heirs episod 20



















Selamat menonton ^__^


Wednesday, November 20, 2013

Al-Fatihah : Ahmad Ammar Bin Ahmad Azam dalam kenangan

Assalamualaikum ...

Pada hari ini kita dikejutkan dengan kepergian seorang pemuda berjiwa besar yang diberi nama Ahmad Ammar Bin Ahmad Azam seorang pelajar cemerlang tahun kedua dalam bidang sejarah di Marmara University ( Istanbul ). Tatkala kita sedang sibuk dengan urusan dunia, insan ini telah membuka mata diri putry sendiri dan mungkin rakan-rakan pembaca yang lain. 

Saudara Ammar telah pun meninggal dunia pada 2 November yang lalu akibat dilanggar oleh sebuah ambulance ketika beliau sedang melintas jalan di Istanbul. Tapi putry baru tahu pasal ni harini. Sebelum nih cuma ade dengar-dengar cerita dari kenalan. Harini terdetik di hati untuk mencari kisah sebenar siapa Ahmad Ammar sebenarnya. 

So, balik je dari kelas tadi, putry cepat-cepat search pasal saudara Ammar ni. Setelah membaca kisah, putry jumpa dengan satu video di Youtube yang dikongsi oleh kawan putry. Ya Allah, walaupun putry tak pernah kenal dengan saudara Ammar ni, tapi putry menangis. Pemergianmu dalam kenangan wahai adikku. 

Apa yang membuatkan saudara Ammar dimuliakan di Turki adalah dalam usia yang muda, beliau telah mengembara banyak tempat untuk menuntut ilmu. Saudara Ammar jugak banyak mengaktifkan diri dalam program-program sukarelawan. Sifat arwah yang sangat baik membuatkan ramai kenalan beliau senang dengan sikap beliau. Saudara juga dihormati kerana kuat ilmu agamanya dalam memperjuangkan agama.







Saat melihat video ini, air mata gugur tanpa segan silunya. Bertuahnya engkau wahai Saudara Ammar. Berebut-rebut kenalan-kenalan mu dah warga kota di sana ingin mengusung jenazahmu. Tenanglah engkau di sana wahai Saudara Ammar. Semoga keluarga dan kenalan saudara Ammar tabah dan kuat dalam menghadapi dugaan ini. 



Keistimewaan Jenazah Ahmad Ammar Di Turki
Allahyarham Ahmad Ammar disemadikan di Perkuburan Eyub Sultan menghadap Laut Golden Horn. Tanah perkuburan ini menempatkan lebih 60 jasad para sahabat nabi, auliya’, panglima Uthmaniyyah dan orang-orang kenamaan di sana. Namun Datuk Bandar telah memberi pengecualian kepada Ammar hingga allahyarham menjadi orang Malaysia pertama disemadikan di sini. Malah begitu ramai orang termasuk masyarakat setempat selain rakan satu universiti yang hadir ketika allahyarham disolatkan di Masjid Ayub Sultan, Istanbul seterusnya mengiringi jenazah Ammar ke kubur.

(Sumber: Ahmad Ammar Ahmad Azam Pelajar Malaysia Dimuliakan Di Turki | melvister.com) 













Al-Fatihah..