assalamualaikum sume ,
okey arini putry nak share ckit tentang sebuah entry yang putry sempat bace tadi .
wahai wanita , sesungguhnya kejadianmu terlau unik , tercipta dari tulang rusuk . Adam yang bengkok menghiasi taman-taman indah lantas menjadi sang kumbang , kau umpama sekuntum bunga , harum aromamu menarik sang kumbang untuk mendekatimu . Namun , bukan semua bunga mampu menarik kumbang jika terdapat cacat cela . Antara ciri wanita idaman lelaki adalah :
1. Berpegang Kepada Agama
Wanita yang berpegang kepada agama mempunyai keperibadian yang ungul . Batas-bats syariat yang dipegang dan dipelihara dalam hidupnya mengangkat martabat dirinya sebagai seorang yang layak dikagumi oleh lelaki . Dia tidak akan melakukan sesuatu yang bertentangan dengan syariah Islam . Memag beruntung mana-mana lelaki yang beristerikan wanota sebegini .
2. Kecantikan Dalaman
Wanita yang tulen adalah lemah lembut salam perwatakannya tetapi mempunyai prinsip dalam hidup . Inilah kecantikan dalaman yang dicari oleh ramai lelaki . Kalau cantik , i2 dikira sebagai BONUS . Wanita yang mempunyai kecantikan dalaman tidak akan sesekali menjual maruahnya untuk mencari nama dan wang . Mereka tidak akan sesekali tunduk pada nafsu atau berbuat sesuatu semata-mata kerana mahukan harta dan kekayaan .
3. Manja
Lelaki suka wanita yang keanak-anakan atau yang ada sifat manja , supaya lelaki boleh memainkan peranan sebagai pelindung . Namun begitu, sifat manja dan keanak-anakan yang melampau tidak sesuai kerana ia akan menampakkan wanita itu seperti kurang matang .
4. Pandai Menjaga Kecantikan
Lelaki menginginkan wanita yang pandai menjaga kecantikan dirinya . Wanita dan kecantikan memang susah nak dipisahkan . Mereka akan kelihatan bertambah cantik jika bijak menguruskan penampilan diri. Lelaki secara fitrahnya memang mahukan wanita yang pandai menjaga kecantikan, kerana ia akan membuat mereka bangga .
5. Berakhlak Mulia
Wanita yang berakhlak mulia dikenali juga sebagi wanita solehah . Wanita adalah hiasan dunia, tetapi seindah hiasan adalah wanita solehah . Merekalah ibu, isteri, kekasih dan merupakan tunjang kejayaan suami .
6. Tidak Mempamerkan Keseksian
Lelaki suka menjamu mata dengan melihat aurat-aurat wanita, namun tidak suka menjadikannya isteri kerana keindahan diri wanita itu seolah-olah menjadi barang pameran untuk mata semua lelaki .
7. Tidak Cerewet
Lelaki suka pada wanita yang tidak cerewet . Mengapa pula ? sebab wanita yang cerewet boleh merimaskan dan mudah menyebabkan lelaki merasa jemu dengannya . Biasanya, wanita yang cerewet suke mengkritik apa saja yang tidak disenanginya walaupun perkara itu hanyalah perkara kecil .
8. Memahami lelaki
Wanita yang memahami lelaki.biasanya mempunyai intuisi yang cukup kuat . Lelaki mengimpikan wanita yang mampu memahami situasinya dalam keadaan suka dan duka . Pendek kata, tanpa pelu bersuara dia itu sudah dapat membaca riak muka suaminya . Lantas , bertindak menghiburkan atau memberi kekuatan .
9. Sejuk mata memandang
Wanita yang manis wajahnya dan sejuk dipandang mata akan mendamaikan perasaan seorang lelaki . Ciri-ciri wanita sejuk mata memandang seperti berikut :
* bersopan santun
*sentiasa memaniskan wajah
*sentiasa memberikan senyuman ikhlas
*menutup aurat
*ramah dan mesra
*tidak terlalu cemburu
*menghormati orang lain
so , korang ade tak sume nie. .jom same2 muhasabah diri kita kembali . .
selamat beramal . . :)
sumber :: akuislam.com
No comments:
Post a Comment