Sunday, December 22, 2013

HAPPY 8TH YEAR ANNIVERSARY !!!

Assalamualaikum ...

Hiii semua. Actually nih entry lapuk dah haa. Anniversary actually Jumaat lepas 20 December 2013. Tapi sebab busy sikit, so baru harini sempat nak update entry pasal anniversary.

Sama macam tahun-tahun lepas, disebabkan dua-dua sibuk nak final, so tak sempatla nak celebrate sesama. Even dua-dua dah duduk dekat KL sekarang tapi alahaiiiii memang jarang jumpe. Kalau jumpe tuh memang happy sangat-sangatla. Hehehe

So, pada 20 December yang lepas, genaplah 8 tahun perkenalan kami. Alhamdulillah even kadang-kadang tuh ada yang nak merajuk, nak bergaduh. Itukan perkara biasa dalam hubungan. Tipula kalau kawan lama-lama but then tak pernah gaduh, tak pernah merajuk, tak pernah kecik hati. Iyee dokk ?

So, to my Future Imam To Be InsyaAllah. Happy 8th Year Anniversary.

Happy Anniversary Yang ke-8 tahun awak ♥

Thankyou for this 8 years relationship. 



Thankyou for being part of me. Thankyou sebab jadi teman bergelak tawa, teman cari gaduh, teman sakitkan hati, teman bergurau, teman menangis.Thankyou sesangat.


Thankyou sebab jage org dari first day kite kenal sampai sekarang. 


Thankyou for keep on supporting me for what ever I do.


Thankyou sebab selalu ingatkan org pasal belajar, pasal solat, pasal jaga diri, ingat pengorbanan mama abah and semua-semuala. 

Thankyou jugak sebab jadi macam seorang abg kepada adik sebab awak suka bebel bila org buat salah. Even terasa hati masa awak bebel, tapi org suke :*


Hope, hubungan kita dapat pergi lebih jauh and Allah permudahkan segalanya. ILYSM my hunnybunny.






HAPPY 8TH YEAR ANNIVERSARY !!!


5 Tanda Awal Kanser Payudara

Assalamualaikum.. 

Dewasa ini, kita sering abaikan tentang kesihatan kita. Kalau dikira, berapa orang sangat yang kerap pergi buat fully checkup dekat hospital. Iyee dok ? Bukan nak kata, kalau sekarang nih, kita boleh lihat, rata-rata orang terutamanya wanita lebih utamakan kecantikan berbanding dengan kesihatan. Mana taknya, perlbagai kosmetik dan set kecantikan dijual bersepah-sepah di ruang internet. Mereka sanggup melabur beribu-ribu ringgit hanya untuk kecantikan luaran mereka. 


Tapi, ada tak mereka laburkan sedikit wang untuk menjaga kesihatan mereka ? Jarang sekali kita lihat. Berbalik pada topik kita pada hari ni, putry nak tegaskan sikit pasal kanser. As all of you know, sekarang nih kanser menyerang tak kira umur. Muda atau tua, kalau kita tak jaga pemakanan kita, tak jaga kesihatan dalaman kita, bermacam-macam jenis penyakit boleh menerjah kita dan apa yang paling menakutkan kita adalah KANSER. 


Bagi kaum wanita terutamanya, KANSER yang paling ditakuti dan digeruni ialah KANSER PAYUDARA. Mengikut kajian, kes kanser @ barah payudara dalam kalangan wanita meningkat di seluruh dunia. 



Setiap 3 minit, seorang wanita akan disahkan menghidap penyakit barah payudara di Amerika Syarikat.


Setiap 11 minit, seorang wanita meninggal akibat serangan penyakit

barah payudara di Amerika Syarikat.

Setiap tahun, sebanyak 30,000 wanita dan 200 lelaki disahkan menghidap penyakit barah payudara

di United Kingdom. 

Haaa nampak tak ? nampak tak ? Bertapa bahayanya kanser nih. So, wahai wanita-wanita seluruh dunia termasukla diri putry sendiri. Mulai sekarang, marilah kita sama-sama menitikberatkan tentang kesihatan dalaman diri kita. Kanser payudara nih bila dah kena, kita tak akan sedar sampaila ia dah berada di tahap yang cukup kritikal. 

So, apa yang perlu kita buat sayang-sayang sekalian ? haaa meh kita tengok sikit apakah tanda-tanda awal bagi KANSER PAYUDARA ni :



  • BENJOLAN : Selalu benjolan nih akan ade dekat bawah kulit payudara and sometimes dekat bahagian ketiak
  • PERUBAHAN BENTUK PUTING PAYUDARA : Puting akan kelihatan leper dan seolah-olah masuk ke dalam.
  • KELUAR DARAH DAN CAIRAN : Akan keluar cairan darah tapi tak banyakla but still akan mengganggu. Selain darah, akan ada jugak keluar cairan kuning macam nanah. 
  • PERUBAHAN WARNA KULIT : warna kulit akan menjadi kemerahan
  • PERUBAHAN PADA TEKSTUR KULIT : Permukaan kulit payudara akan kelihatan seperti bersisik dan berkedut.
Oleh itu, wahai wanita-wanita seluruh dunia. Janganlah kita abaikan pemeriksaan payudara kita. Pemeriksaan payudara boleh dilakukan sendiri di rumah. Nak tahu camne ? Haa taip je dekat Google . Dekat situ, akan ada cara-cara macam mana nak periksa payudarkorang sendiri dekat rumah. Pleasee ! Pleasee ! Pleaseee ! Putry merayu dekat korang semua untuk tidak mengambil mudah benda-benda camnih okey. But, alhamdulillah setakat nih takde lagi family putry yang terlibat dengan penyakit kanser ni.

Cuma harituh, mama putry ada buat pemeriksaan and terdapat benjolan dekat situ. But selepas buat minor operation dan buat ujian makmal, alhamdulillah itu bukan barah @ kanser. itu cma ketulan biasa je. Bersyukur sangat-sangat.

So, jangan kedekut nak melabur duit kita sikit if benda camni berkaitan dengan kesihatan diri kita sendiri okey. Ohh ya, untuk pengetahuan korang semua, actually putry dan beberapa blogger lain sedang bekerjasama dengan AXA AFFIN dalam mengajak lebih ramai blogger untuk memyediakan post berkaitan dengan kanser ni. 

AXA AFFIN, dengan kerjasama Persatuan Kanser Kebangsaan Malaysia (NCSM), memberikan sokongan kepada pesakit kanser sedang menjalani kemoterapi dalam kempen ini. AXA AFFIN akan membiayai penggunaan khidmat pusat jagaan pasca kemoterapi untuk satu pesakit kanser untuk setiap blogger yang link kembali ke laman web AXA AFFIN 110CancerCare. Pendek kata, satu blogpost beserta link ke AXA 110CancerCare daripada anda membolehkan pesakit kanser menikmati pembiayaan satu hari untuk kegunaan khidmat Cpusat penjagaan mereka di Pusat Rawatan NCSM.
Jadi, ini adalah contribution yang putry dah buat. Even tak banyak, at least dengan cara begini, kita dapat membantu mereka yang lemah dan dapat ringankan beban mereka.. Dengan rendah hati, putry nak ajak blogger-blogger lain untuk turut sama menyertai kempen sebegini.  





Come and join me to spread this guysss :) 

P/S : Don't forget to backlink your post to AXA AFFIN







" Share Your Love To The World " 

Sunday, November 24, 2013

HERO dah tinggalkan kita :(

Assalamualaikum ..


Haii semua !!! Korang semua dah lunch ? Korang ingat tak lagi pasal kisah seekor kucing di beri nama HERO yang dipotong kedua-dua belah kaki depan dia tuh ? Nak tahu tak sebab apa kaki HERO kena potong ? Hanya sebab dah curi ikan dekat sebuah kedai. Sungguh kejam manusia itu.

Tapi dengan izin Allah, HERO telah ditemukan dengan seorang pemuda yang baik hatinya dengan mengambil HERO dan merawat HERO sampai HERO sembuh. Ya Allah mulia sungguh hati pemuda itu.

Tapi hari ni, kita dikejutkan pulak dengan berita kematian HERO. Menurut sumber Fb KakimotongFanClub , HERO telah mengidap penyakit luekimia. Selama itulah, HERO telah dijaga rapi oleh pemuda yang menggelar dirinya sebagai Papa Hero.

Pelukan terakhir dari Ayah utk Iyo..Ayah akan kenang jasa Iyo sampai bila2...





















p/s : Haiwan yang takda akal pun ada perasaan, ini kan pula manusia yang berakal. renung-renungkan ^_^



Saturday, November 23, 2013

Tonton Drama Korea Online : The Heirs

Assalamualaikum ...

Hiiiiii morningggg uolssssss. Korang semua sihat tak ? muahaha putry nih bertambah-tambah sihat dah nih. Haishh tak tahu la kenapa, sejak duduk KL nih makan jadi lalu sangat-sangat. HAHA asyik lapar, lapar, lapar dan lapar. Kata nak diet tapi perangai tak serupa nak diet pun muahaha

Kenapa lah agaknya ye sejak duduk KL nih makin jadi berselera ? haaaaaa jeng.. jeng.. jeng ... ahaha takdelah, sebenarnya takda pape pun. Memang dari dulu putry suka makan. I love food so much okey. hihihi

Ehhh copp copppp sebenarnya entri putry kali nih bukan nak citer pasal makan ke, diet ke apa semua nih. Tapi putry nak citer sikit pasal satu cerita yang tengah kebabooommm sekarang nih ? Err apa ? Cerita kena boom ? Ehh bukan kena boom tapi tengah meletup-letup sekarang ni. Haaa korang tahu tak cerita apa ? Tahu tak ? tahu tak ? Haaa mehh putry nak bagitau. Drama yang putry cakap telah meletup bagai gunung berapi tuh cerita The Heirs .






Haaa drama nih la yang putry cakap tuh. Citer nih bagi putry bestlah. Nak tahu tak sebab apa best ? Haaaa sebabnya ada Lee Min Ho dengan Park Shin Hye la. muahaha

Disebabkan putry dekat u sekarang nih, memang susahla kan nak tengok tv. So, apa lagi amik peluang waktu cuti nih marathon drama The Heirs nih. Haaa putry kalau marathon drama korea kejap je. Hahaha

Ada yang terlepas drama The Heir nih ? jangan risau. Online kan ada ? Haaa jom marathon sesama jom.

The Heirs / The Inheritors

Drama Korea : The Heirs episod 1
Drama Korea : The Heirs episod 2
Drama Korea : The Heirs episod 3
Drama Korea : The Heirs episod 4
Drama Korea : The Heirs episod 5
Drama Korea : The Heirs episod 6
Drama Korea : The Heirs episod 7
Drama Korea : The Heirs episod 8
Drama Korea : The Heirs episod 9
Drama Korea : The Heirs episod 10
Drama Korea : The Heirs episod 11
Drama Korea : The Heirs episod 12 
Drama Korea : The Heirs episod 13
Drama Korea : The Heirs episod 14
Drama Korea : The Heirs episod 15
Drama Korea : The Heirs episod 16
Drama Korea : The Heirs episod 17
Drama Korea : The Heirs episod 18
Drama Korea : The Heirs episod 19
Drama Korea : The Heirs episod 20



















Selamat menonton ^__^


Wednesday, November 20, 2013

Al-Fatihah : Ahmad Ammar Bin Ahmad Azam dalam kenangan

Assalamualaikum ...

Pada hari ini kita dikejutkan dengan kepergian seorang pemuda berjiwa besar yang diberi nama Ahmad Ammar Bin Ahmad Azam seorang pelajar cemerlang tahun kedua dalam bidang sejarah di Marmara University ( Istanbul ). Tatkala kita sedang sibuk dengan urusan dunia, insan ini telah membuka mata diri putry sendiri dan mungkin rakan-rakan pembaca yang lain. 

Saudara Ammar telah pun meninggal dunia pada 2 November yang lalu akibat dilanggar oleh sebuah ambulance ketika beliau sedang melintas jalan di Istanbul. Tapi putry baru tahu pasal ni harini. Sebelum nih cuma ade dengar-dengar cerita dari kenalan. Harini terdetik di hati untuk mencari kisah sebenar siapa Ahmad Ammar sebenarnya. 

So, balik je dari kelas tadi, putry cepat-cepat search pasal saudara Ammar ni. Setelah membaca kisah, putry jumpa dengan satu video di Youtube yang dikongsi oleh kawan putry. Ya Allah, walaupun putry tak pernah kenal dengan saudara Ammar ni, tapi putry menangis. Pemergianmu dalam kenangan wahai adikku. 

Apa yang membuatkan saudara Ammar dimuliakan di Turki adalah dalam usia yang muda, beliau telah mengembara banyak tempat untuk menuntut ilmu. Saudara Ammar jugak banyak mengaktifkan diri dalam program-program sukarelawan. Sifat arwah yang sangat baik membuatkan ramai kenalan beliau senang dengan sikap beliau. Saudara juga dihormati kerana kuat ilmu agamanya dalam memperjuangkan agama.







Saat melihat video ini, air mata gugur tanpa segan silunya. Bertuahnya engkau wahai Saudara Ammar. Berebut-rebut kenalan-kenalan mu dah warga kota di sana ingin mengusung jenazahmu. Tenanglah engkau di sana wahai Saudara Ammar. Semoga keluarga dan kenalan saudara Ammar tabah dan kuat dalam menghadapi dugaan ini. 



Keistimewaan Jenazah Ahmad Ammar Di Turki
Allahyarham Ahmad Ammar disemadikan di Perkuburan Eyub Sultan menghadap Laut Golden Horn. Tanah perkuburan ini menempatkan lebih 60 jasad para sahabat nabi, auliya’, panglima Uthmaniyyah dan orang-orang kenamaan di sana. Namun Datuk Bandar telah memberi pengecualian kepada Ammar hingga allahyarham menjadi orang Malaysia pertama disemadikan di sini. Malah begitu ramai orang termasuk masyarakat setempat selain rakan satu universiti yang hadir ketika allahyarham disolatkan di Masjid Ayub Sultan, Istanbul seterusnya mengiringi jenazah Ammar ke kubur.

(Sumber: Ahmad Ammar Ahmad Azam Pelajar Malaysia Dimuliakan Di Turki | melvister.com













Al-Fatihah.. 

Tuesday, November 5, 2013

Convocation Day :)

Assalamualaikum ...

Okey harini nak citer sikit pasal convocation putry pada 21 Oktober 2013 yang lepas. Alhamdulillah, selama lebih kurang 3 tahun belajar di peringkat Diploma In Accountancy, putry berjaya untuk grad dengan jayanya. Alhamdulillah Alhamdulillah Alhamdulillah :) 

Konvokesyen untuk peringkat diploma nih buat dekat PICC. Alaaa yang dekat Putrajaya tuh. hehe alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar. Thankyou mama abah adik-adik semua sudi luangkan masa pergi konvo kite. Terharu tawtawtaw. Thankyou jugak kepada encik boyfriend sebab ponteng kelas semata-mata nak datang konvo kita. Haishhhh terharu tahu tak ? hihihi














Okeyyy so nih la gambar sekitar majlis konvokesyen putry hari tuh. Alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar. Lepas nih insyaAllah tunggu konvo untuk degree plak. Tunggu 4 tahun lagi ye. Muahahaha 

A big thanks to my family esspecially sebab banyak sangat-sangat bagi sokongan masa putry tengah belaja. Tak lupa jugak buat lecturer-lecturer KPM AYER MOLEK yang banyak sangat bagi tunjuk ajar and tak jemu melayan kerenah anak-anak didik mereka. A big thanks jugak untuk en.abang yg selalu ada bagi moral support bila rasa down. Kawan-kawan and semuala yang terlibat secara langsung mahupun secara tidak langsung. Tanpa kalian semua, siapalah saya. 

Doakan putry berjaya menggenggam segulung ijazah pulak lebih nih. InsyaAllah :') 



















P/S : huhu sedih sebab takde gambar formal dengan family sebab ade masalah dengan org studio sikit mase tuh. Boleh plak sesuka hati je bagi orang yang lambat book amik gambar dulu. Kitorang yang dah beratur panjang nih camne ? So tggu degreela baru ada gambar formal. 

Saturday, November 2, 2013

Wedding Invitation :)

Assalamualaikum uolsssssss !!

Hye i'm back. Sorry sebab dah lama gilerr blog nih tak ber "update" . fuhhh ! fuhhh ! Ini disebabkan putry agak busy sejak bergelar student. Memang tak menyempatla kan nak update blog. Nih pun curi-curi masa kejap update sebab ade yang tanye nape blog putry dah lama tak ber "update". So sorry guyss.

Okey, untuk entry kali nih taknak citer lagi pasal student life. Sebab macam baru lagi kan. Hari tuh last entry pun ada cakap pasal student life, takkan entry harini pun nak update pasal itu iyee dokk ? muahahaha Actually, putry tengah cuti mid sem break. Sekarang memang dekat rumah la kan. So, bila dah balik nih rasa macam heaven sikit. Yelaa takde la serabut bagai pikir assignment, semua kan ? ( padahal after mid sem break nih, test berderet-deret) muahahaha.

Tapi bukan itu tajuk utama entry pada kali ni. Putry just nak share perasaan happy + eksaiteddd + teruja + eemmm apa-apa jela perasaan yang sewaktu dengannya. Haaaa nak tahu sebab apa ? Sebabnya balik-balik je rumah tengok ramai betul kawan-kawan yang antar kad jemputan kahwin. And I was likeee Ohhmyyyyyy. *jeles kejap. okeyy tipu. haha


So, masa tengok jemputan-jemputan tuh rasa macam tumpang gembirala kan. Alhamdulillah lepas sorang-sorang kawan putry yang dah jadi suami/isteri orang. Tahniahhh korang. Happy sesangat. Tapiiii, bohong la kan kalau putry cakap tak terdetik langsung nak follow jejak mereka kan kan kan ? Hahaha semua orang nak kahwin iyee dokk ? Cuma antara cepat atau lambat je. And yang penting kita dah tahu yang kita dah boleh untuk pikul tanggungjawab yang lebih besar lepas tuh.

Ada jugakla yang tanya bila putry plak kan ? Sabar ye adik-adik, kakak-kakak, pakcik-makcik semua. InsyaAllah ade rezeki cepatlah kan ? Doakan yang terbaik buat kami. Bukan tak pernah bincang pasal ni, but bukan senang jugak kan ? Kena ada a very best preparation dari semua segi, Agama, Tanggungjawab, Kemampuan, Mental and banyak lagi lah. So, doa-doakan ye.

Akhir kata, a warm wish untuk sahabat-sahabat yang telah and yang akan melangsungkan perkahwinan mereka. Happy for all of you. Thankyou jugak atas jemputan-jemputan korang semua. InsyaAllah jika takda aral melintang putry sampai okey. 

Doakan putry plak lepas nih. Muahahaha

































p/s : Seronok tengok gambar-gambar kahwin diorang. *jeles 123456789 saat









Sunday, September 15, 2013

Pengalaman bergelar STUDENT semula. Bestttt !!

Assalamualaikum ...

Hye semua. Korang semua apa khabar ? Sihatt tak ? Sorry sesangat sebab dah lama tak update blog. Sekarang putry tengah busy uruskan pasal pendaftaran subjekla, transfer creditla, macam-macamla. hehe biasala, dah nama pun STUDENT kan ? hihi

Dah lama sungguh putry tinggalkan tittle tuh kan ? Ahaha takdelah lama sangat, tapi lebih daripada sebulan kira lama la kan ? Seperti yang korang semua sedia maklum, putry dapat melanjutkan pelajaran putry dekat Universiti Malaya bagi jurusan Sarjana Muda Perakaunan. Alhamdulillah, usaha putry selama nih berbaloi. Dulu masa SPM tak dapat nak sambung U, tapi alhamdulillah untuk dgree ni, putry dapat jugak melanjutkan pelajaran at one of the best university in Malaysia. Ohh sangat berbangga kerana dapat menjadi salah seorang pelajar UM. Thankyou Allah for this opportunity. 




So, harini bila dah tambah tolak campur darab bahagi semua, putry dah ade dekat sini aroung 2 weeks dah kalau tak silapla and this week kelas pun dah start. So far kelas, kawan-kawan semua baik. Tapi biasalah kan, tempat baru memula tuh rasa la lain sikit. Segan-segan sikit. Tapi lelama nanti haa, riuh sekolej ape. muahaha

Apa yang penting is, kat sini memang dah tak leh nak manja-manja macam masa dekat KPM dulu haa. Sekarang semua kena buat sendiri even kena cari buku yang nak diguna sendiri. So, new environmentla kan. Sementara nak biasa, memang semput eden. HAHAHA

Okeyla korang, sampai sini saja la celoteh putry ye. Doakan kejayaan putry kat sini okey. Nanti ada masa, putry update lagi. Ohh ya, mana la tahu kot-kot la ada follower kat sini budak UM jugak, tegur-tegurla okey. Boleh la kenal lagi rapat. Cewaahhhh. Take care korang :)




Thursday, July 25, 2013

Berita baik buat semua blogger !

Assalamualaikum ...

Haii semua blogger. Macam tajuk kat atas tuh, putry ada satu berita baik untuk anda semua. Haaa nak tahu tak apa dia ? Sure gempak punya beb ! 

Actually FCC ( Farmasi Colour Cosmetic ) , tengah buat pencarian. Haa pencarian apa tuh ? Okey, actually diorang tengah mengumpulkan blogger-blogger yang berminat untuk mempromosikan produk diorang. Haaa best kan ? Alaaa yang macam kite dok tengok blogger-blogger terkenal dok buat review tuh. Haaa camtuhla..



Antara kelebihan yang korang akan dapat bila join jadi FCC-ian Blogger Club ni adalah :


  • Korang boleh menang hadiah dari FCC ( Farmasi Colour Cosmetic ) itu sendiri
  • Dapat sample item-item baru from FCC
  • Haaa mana tahu, rezeki korang kan, korang leh dapat jemputan untuk menyertai event-event yang dianjurkan oleh FCC.
Best dokk ? best dokk ? So, tunggu apa lagi sayang-sayang. Jomla join sesama. Mana tahu, ini rezeki kita and detik permulaan untuk kita menjadi blogger-blogger terkenal yang macam dah ada sekarang nih. 

Nak tahu macam mana nak join ? Haaa ikut step nihh okey :)


Tak susah ye adik-adik, kakak-kakak.. Apa yang korang perlu buat is, just PM : Nama penuh, link blog korang, email and contact number korang dekat SINI. As simple as that ! Senang kan ? SO, apa tunggu lagi, jom join sama-sama and meriahkan Group FCC-ian Blogger Club :)

Wednesday, July 24, 2013

Tahniah atas kelahiran Putera Sulong Prince William & Kate Middleton

Assalamualaikum ..

Hye korang .. Korang sihat ? Putry rasa korang dah tahu tapi putry nak jugak update pasal nihh. muehehe

Apa-apa pun putry nak ucapkan tahniah atas kelahiran Putera Sulong kepada Prince William & Kate Middleton.




















Friday, July 19, 2013

Syokknya Raya Dengan Promosi Gempak FCC !!

Assalamualaikum..

Hye korang. Korang semua sihat tak ? Wahhh alhamdulillah dah masuk hari yang ke-10 kita semua berpuasa kan? Ya Allah, cepatnya masa berlalu. So, kalau nak dikira-kira, bapa hari lagi eh kita nak raya ? Lebih kurang 19 hari je lagi la kan ? Wahhh ingat lama ke 19 hari tuh. Pejam celik, pejam celik, haaa dah nak raya. So, bila kita cakap pasal raya kan, apa yang terlintas dekat fikiran korang ?


  • Eh, baju raya tak cari lagi laa. Bape pasang ye nak buat tahun nih ? 
  • Nak pakai baju raya kaler ape eh tahun nih ? 
  • Ehh kuih raya bape eh nak tempah ?
  • Kasut raya macam mana ye nak beli ?
  • Langsir raya bila nak pasang ?

Haaa, macam-macam persiapan raya kita dokk pikir sekarang ye dokk? Even baru 10 hari kita puasa, tapi preparation awal tuh dah ada kan ? Tapi sedar tak kita, yang kita tak amik berat tentang satu benda nih ? Haa apa dia ? Haaa kalau hal-hal lain dah setel, taknak ke pikir pasal diri sendiri pulak ?

Iyeela, taknak ke tambah-tambah barang-barang cosmetik untuk hari raya ? Dari duk pegi beli barang murah-murah tapi tak selamat pun, tak leh jugak kan ? Tak ke membahayakan diri kita, iyee dokk ?Tapi, korang jangan risau, mehh putry nak kenalkan satu product yang dijamin selamat. Produk ini keluaran dari Farmasi Colour Cosmetic ( FCC ) . 

Untuk pengetahuan korang, sekarang nihh FCC tengah adakan promosi buat penggemar-penggemar alat solek sempena dengan Hari Raya yang bakal tiba nanti. Apa salahnya berbelanje sedikit mahal untuk product yang dijamin selamat berbanding produk murah yang kita tidak tahu dari mana asal-usulnya kan? Nak tahu tak apa promosi yang FCC dah buat ? Haaa mehh sini rapat-rapat putry nak bagi tau korang semua. 





Haa nampak tak ? nampak tak ? Untuk pengetahuan korang, inilah 2 promosi hebat yang FCC tengah buat. Gempakk weyhh wa cakap sama lu.. Inilah waktu yang sesuai buat penggemar-penggemar alat solek untuk grab peluang nihh. Boleh beli set FCC dengan harga yang berpatutan sekali gus boleh menang DUIT RAYA. Sapa nak duit raya ? Cepat-cepat :)

Meh, tengok sikit putry review pasal FCC Raya Promotion nih :

1. FCC Adorn Set



Haa, ini dia FCC Adorn Set bagi mereka yang gemar bersolek. Dengan menggunakan product dari FCC ini, mereka akan tampil menawan dengan asas solekan yang nampak sangat natural. Ini sangat sesuai untuk digayakan di hari raya nanti. Dapatkan produk dari FCC Adorn Set dengan harga yang sangat berpatutan iaitu dengan harga HANYA RM 155 SAHAJA. Antara produk yang terdapat dalam FCC Adorn Set ini ialah :

  • CC Cream OR BB Cream 
  • Advance Styling Mascara OR Starlook Mascara
  • Deep Look Eye Dipliner OR Kohl Kajal Pencil
  • Rough Lipstick
  • Wet Wipes Make Up Remover
  • Tender Blush On

Untuk pengetahuan korang, dengan setiap pembelian FCC Adorn Set nih, korang akan dapat FREE ' Tote Bag ' dan jugak ' Money Pocket ' dari FCC . Best kan ? Dahla dapat beli hot item dari FCC dengan harga yang murah, pastu dapat FREE GIFT pulak tuh. Syioknyaaaa dapat Raya dengan FCC ! Ohh yaa, lupa plak nak gtaw, untuk 3 produk yang teratas tuh, korang cuma boleh pilih salah satu je taw. Contohnya macam nih. Antara CC Cream dgn BB Cream, korang just kena amik CC Cream je. Paham ? Same goes to mascara and eye liner tuh. 

Tempoh promosi untuk FCC Adorn Set nihh adalah : 

1st JULY 2013 – 11th AUGUST 2013

( Cepat-cepat masih ada masa lagi nihh weheeee )


2. FCC Duit Raya Fever



Haaa habis dah cerita pasal kosmetik kan ? Sekarang ada satu lagi good news untuk korang dari FCC. Untuk pengetahuan korang, pihak FCC dengan berbesar hatinya nak bagi Duit Raya dekat korang. Haaaa tak kan tak mau kot kan kan ? Bukan sikit tau, kalau korang menang Grand Prize, korang leh dapat RM1000 cash okey. Ehh kalau tak menang Grand Prize camna? Takkan tak dapat apa-apa ? Jangan risau, pihak FCC dah sediakan hadiah saguhati berupa RM200 kepada 5 pemenang bertuah. Wahhh untungkan jadi pengguna FCC nih ? Tapi.. tapi..tapi.. ada syaratnya kalau nak menang. Nak tahu syaratnya ? Nihh haa :

  • Penyertaan ini terbuka kepada semua pembeli barangan FCC dari semua outlet berdaftar, ataupun online.
  • Promosi ini sah untuk product yang dibeli dari tarikh 1 Julai 2013 - 4 August 2013 SAHAJA.
  • Penyertaan ini tidak sah kepada FCC Team.

Nak tahu macam mana nak menang ? Jom ikuti 3 langkah mudah ini.

Langkah 1 :
Hantarkan Nama Penuh, No. Tel, Email, Link Blog ( sekiranya ada ) & Nama FB korang bersama dengan bukti pembilian korang okey tak kisahla resit macam mana pun dekat Private Mesej dekat FCC Fb Fanpage FCC ( Farmasi Colour Cosmetic ) ataupun korang boleh je emailkan details korang dekat marketing@naturalifesolution.com okey ?

Langkah 2 :
Buat review pasal produk / testimoni / komen / gambar / video tutoriol berkenaan dengan produk FCC yang korang beli melalui FCC Fb Fanpage SAHAJA & share review korang tuh dekat family and kawan-kawan korang :)
Ohh yaa, lagi banyak korang share, makin cerahlah peluang korang nak menang okey ? Haa jangan lupa pulak untuk tag FCC FB Fanpage bila korang buat review dalam blog korang ye. 

Langkah 3 :
Jangan lupa untuk klik ' LIKE FCC FB FANPAGE ' : FCC ( Farmasi Colour Cosmetic ) & Follow Instagram FCC : FCC Malaysia.




Tempoh contest untuk FCC Duit Raya Fever nihh adalah : 


1st JULY 2013 – 11th AUGUST 2013

( pemenang akan diumumkan pada 12 August 2013 )



Haa mudah je kan ? Se simple 1, 2, 3 dan sekacang A, B, C. Ikut 3 langkah mudah dan mungkin korang pemenangnya. So, apa korang tunggu lagi ? Jom pakat rmai-ramai, ajak mak, kakak, adik, akak ipar, and kawan-kawan korang and terjah FCC Outlet sekarang. Mana tahu korang pemenang bertuah kan ? Putry sendiri salah seorang dari pengguna FCC. Memang terbukti sangat bestt and I'm Lovin' It :) Yang penting produk FCC nihh HALAL


Untuk maklumat lanjut korang boleh ke :

Website FCC : www.fcc.net.my
Instagram FCC : FCC Malaysia







Come and support FCC ( Farmasi Colour Cosmetic ) !


























Thursday, July 18, 2013

Yeayyyy En. Nuffnang.. Tetiba nak cakap I Lappp You laah !

Assalamualaikum ....

Alhamdulillah.. Alhamdulillah Alhamdulillah.. Terima kasih Nuffnang. Tadi bangun pepagi online je macam biasa, takde pulak rasa tergerak hati nak check Nuffnang nihh kan ? Yelaa, baru sangat dapat CPUV baru, macam mustahil je nak dapat lagi. So, putry biarkan jela.

Then tadi saje la nak buka kan mana tahu duit kahwin makin bertambah. Hehehe tak ke rezeki namanya tuh kan ? So, putry pun buka jela kan tengok duit still sama. Ohh okey, takde CPUV baru kot. haha pastu terdetikla hati nak tekan dekat earning kan ? Terperanjat Kak Ton nakk !! Alhamdulillah alhamdulillah alhamdulillah itu je yang mampu putry cakap. 

En. Nuffnang bagi CPUV baru lagi dekat kite. huhu siyesss rasa nak nangis jugak sekarang nihh. Bukan nangis sebab sedih, tapi terharu sangat-sangat. Nihh yang tetiba rasa nak cakap I Laapppp You Nuffnang. Tahu tak sebab ape ? Sebabnya kali nihh bukan 1 iklan je Nuffnang nihh bagi, tapi 2 iklan beb !




Haaa nampak tak ? nampak tak ? So, total iklan yang tengah ON GOING dalam blog putry untuk bulan nihh adalah 5. Terima kasih sekali lagi Nuffnang.

So, iklan baru yang putry dapat adalah :


  • Volkswagen - 
  • Coke Ramadhan 2013



Ini adalah salah satu faktor yang membuatkan semnagt berblogging semakin membuak-buak. Muehehe :)
























Terima kasih daun keladi Nuffnang . Nanti kalau baik hati lagi, bagila iklan banyak-banyak lagi ye :)