Thursday, May 23, 2013

Pengalaman menduduki Exam for SPA :)

Assalamualaikum...
Okeyy actually putry nak share sikit pengalaman pertama attend for SPA exam. Pertama sekali rasa bersyukur sangat-sangat sebab setelah hampir 6 tahun camtuh putry buat permohonan, akhirnya putry dipanggil untuk menghadiri exam SPA untuk jawatan Penolong JuruAudit.

Okeyy first time attend memang nervous giler. Yela dok biasa nak jawab exam final je, nihh plak exam nak masuk kerja kan. Mana tak nervesss gilerr ape. Ahahaha

Putry sampai agak awal pagi tuh dalam pukul 8 pagi camtuh. Exam start pukul 9 so ada lagi la masa nak lepak-lepak tenangkan hati. Satu family putry ikut teman putry bagi sokongan. Wahhh terharu. Ehehe :D
Masa sampai-sampai tuh kan, ada berapa kerat je orang yang dah datang. Dalam pukul 8.20 pagi camtuh baru orang ramai start sampai. Masa tuh ketaqq tak taw nak cakap camna. Tapi kan yang mai semua akak-akak yang dah kahwin ada anak uollss. Terasa muda gilerr masa tuh habaqqq maiii :D

Dalam pukul 8.50pg camtuh diorang dah start panggil masuk dalam dewan USM tuh. Masa tuh macam terpinga-pinga la jugak kan? Yelaa dalam surat tawaran ada bagi no giliran. So kat meja takdak pun. Camna nak duduk nih. So pengawas peperiksaan pun bagitawla satu-satu. Kalau no giliran dari sekian sekian duduk row nihh sekian-sekian row nih. Putry dapat raw no 8 kalau tak silap sebab no angka giliran putry 0301244.
Dah setel tempat duduk semua pengawas peperiksaan start la bacakan apa yang perlu dalam exam nih, macam mana nak jawab apa semua. First paper nihh paper Pengetahuan AM. Paper ni macam senangla jugak sebab refresh ja balik apa yang putry dah belaja masa diploma dulu. Start pukul 9.15am habis pukul 9.50am. Exam tuh tentang apa tugas auditor, apa ciri-ciri auditor and ada la beberapa soalan pengetahuan am yang lain. Alhamdulillah dalam 40 minit tuh putry sempatla jawab semua 50 soalan dengan jayanya. :)

Then habis ja paper satu, depa bagi rehat dalam 5 - 10 minit camtuh. Masa tuh putry memang lapar giler-giler dah. Tapi sebab takit nak jawab exam memang tak makan apa pun. Putry msg kat abah cakap "abah, yong tak keluar kot. Rehat sat ja, satg kalit-kalut nak masuk dewan balik." pastu abah terus call suruh keluar jugak sat isi perut. Dah abah cakap camtuh putry pun keluar la sat. Abah beli milo kotak minum ta sampai 10 saat dah habis kalut nak masuk dewan balik. Hahaha

Then dalam pukul 10 camtuh diorang dah start edarkan kertas untuk paper kedua iaitu paper Daya Penyelesaian Masalah. Paper nih ada 40 soalan matematik yang kebabommm gilerr and kena jawab dalam masa 40 minit withoit using any kalkulator. Hahh amikk kauu. Selalu dok kira guna kalkulator tapi kali nihh kena guna otak 110%. Memang gelabah berukkk la kat dalam tuh. Bukan apa takut ta sempat siap ja. Soalan-soalan tuh semua Ya Allah hanya Allah ja yang taw. Semua nak kena kira. Soalan panjang-panjang memang tak cukupla satu soalan 1 minit nak jawab kan. Tapi berserah jela.. Critical thinking sungguhla. Memang mencabar. Tapi alhamdulillah, menggunakan otak yang dikurniakan, daku dapat jugak la jawab semua soalan tuh and ada la 2 3 soalan yang putry hentam sebab tak SEMPAT! ! Huhuhu

Okey habis ja paper 2, duduk sat dalam 5 minit diorang dah start edarkan kertas untuk last paperrrrr. Lasttt paper! Last paperrr beb! Last paper nihh senang ja. Semua pasal minat and personaliti kita. Paper bertajuk Penaksiran Personaliti. Semua ada 182 soalan amd kena jawab dalam masa 1jam ye anak-anak. Haaaa yang nihh takpa, senang ja. Ahahahah putry amik masa 45 minit jawab paper nih. Habis jaaa terus keluar dewann muahahaha. Nampak dakk bertapa tak sabaqnyaaa nak balik.
So, berakhirla sudah exam untuk jawatan Penolong JuruAudit Gred W27. Putry dah buat yang terbaik. Kalau ada rezeki, adalah. Kalau takdak, maybe next time boleh cuba lagi. Apa-apa pun terima kasih pada pihak SPA atas tawaran tuhh :)

Last but not least, pada sesapa yang dapat macam putry nih, tak kira la interview ka exam ka dari SPA nih, p ja.. Jangan lepaskan peluang. Mana taw Allah dah letak rezeki kita kat situ, iyee dokk? So goodluck! 


Monday, May 20, 2013

One Woman Can Beauty Contest - Mary Kay

As-Salam

Attention ! Attention ! Attention !
Attention to beautiful blogger ! 



Sempena ulangtahun yang ke-50 Mary Kay, pihak Mary Kay telah menganjurkan contest yang bertajuk "One Women Can" Beauty Contest untuk wanita-wanita kat Malaysia ni..

So blogger perempuan boleh join contest ini.
Cungkilkan bakat dan kebolehan anda dengan menyertai "One Women Can" Beauty Contest ini !

Macam mana nak join?

Rebut peluang anda memenangi 1 x Mini Targeted Action Body Lotion and Mini Hand Cream in mesh bag & 1 x Nourishine Plus Lip Gloss bila anda membuat entry tentang contest ni.


atau

Anda kena buat 1 post berkenaan hebahan tentang "One Women Can" Beauty Contest ini,

- 10 post yang kreatif dan terbaik akan memenangi Produk Mary Kat bernilai RM1000
- 2 blog post yang terbaik dan kreatif akan dipilih untuk memenangi percutian ke Hong Kong
(3hari 2malam) bersama pemenang-pemenang akhir acara ini.

atau

Anda boleh mengikuti make over percuma bersama perunding kecantikan yang dilantik di setiap negeri yang terpilih dan menyertai peraduan kecantikan dan rebut peluang menjadi wajah Mary Kay
di Hong Kong !!

p/s : Rugi tak join ! Cubalah.. Rezeki


FCC BB & CC CREAM

Assalamualaikum ..

Hye selamat tengah hari. Harini putry nak share sikit dengan korang tentang product from FCC ( Farmasi Colour Cosmetic . Korang pernah dengar tak pasal FCC product nih ? Putry nih pun baru je tahu dari blogger cantik Fatin Liyana and blogger awesome Maria Elena. Actually sebelum nihh putry tahu pasal FCC nihh biasa-biasa ja. Tapi bila tengok 'magicnya' product FCC nihh, putry terus jatuh cinta pandang pertama.. cewahhhh hehehe

Untuk pengetahuan korang semua, FCC ada keluarkan product BB Cream terbaru. Nak tahu ape dye ? Haaaa mehh tengok sini.. 



Tadaaaa, nih la produck baru BB cream yang dikeluarkan oleh FCC nihh. Nak tahu apa kelebihan BB and CC Cream nihh ? Sebelum itu, nak bagitaw sikit korang bila penggunaan CC and BB Cream nih.

CC Cream - SIANG , BB Cream - MALAM

Ciri- Ciri & Kelebihan FCC BB & CC CREAM


* Wajah tetap kelihatan semulajadi setelah diaplikasi seperti tidak mengenakan sebarang solekan.
* Memberi litupan sama seperti bedak asas, namun, teksturnya yang lebih ringan dan tipis tidak menyumbatkan  pori-pori sekaligus wajah kelihatan tidak berminyak.
* Mengandungi Multi-Vitamins yang membantu memperbaiki kulit dari masa ke semasa:

Persamaan BB & CC CREAM:

Macadamia Oil - Memberi kelembapan kepada kulit sepanjang hari.
Vitamin B3 - Mengandungi agen yang dapat mengembalikan 
keserian semulajadi wajah anda.
Oat Extract - Menyuburkan dan menggalakkan pertumbuhan 
sel kulit baru bagi mengekalkan keremajaan kulit.
Silk Protein - Mengandungi agen yang bertindak untuk 
melembutkan, menghaluskan dan menghasilkan 
tona warna kulit yang sekata.
Collagen & Argan Oil - Memperbaiki tesktur permukaan kulit dan 
membantu mengurangkan garis-garis halus 
dan tanda penuaan.

Kebolehan tambahan CC CREAM:

SPF 25 - Perlindungan lebih daripada sinaran cahaya UVA & UVB
Vitamin C - Anti-oksida yang membantu memperbaiki penampilan sun damaged skin, mengurangkan keradangan, menggalakkan penghasilan kolagen, mengurangkan hyper pigmentation dan meningkatkan keberkesanan sunscreen.

Tona : Light to Medium, Medium to Dark
Harga : CC CREAM - RM 45.90 (WM), RM 47.90 (EM) 
BB CREAM - RM 39.90 (WM), RM 41.90 (EM)

Haaa murah je kan ? Kulit pun makin cantik, tona pun sekata. So apa lagi jom kita cuba product nihh :) 

Pada sesiapa yang berminat, boleh pergi ke page FCC sendiri :




Thursday, May 16, 2013

PRELOVED ITEM FOR SALE :)

Assalamualaikum...


hari ini mahu buat preloved sale. Sume barang-barang kat bawah nihh adalah kepunyaan putry sendiri dit mana saya rasa saya patut let go. Sebabnya banyak sangat dah baju plus baju nihh dah tak muat. YESS !! tak muat. HAHA 

Untuk pengetahuan korang, harga baju-baju pre-loved nih adalah dari RM20 - RM30 SAHAJA :) 













[ PRELOVED ] Skinny Jeans for women
Size :
a) Blue - S
b) Red - M 
RM25 ( excluding postage ) 

Seluar nih baru sekali je pakai. Itupun masa try. 


[ PRELOVED ] Plain Peplum in Emerald Green
Fit to size S 
Material : Jersi
Price : RM25 including postage

Putry tak pernah langsung pakai baju nihh. Tersimpan macam tuh je dalam almari bilik :)



 SOLD OUT !!
[ PRELOVED ] Polka Dot Peplum in Yellow
Fit to size S - M 
Material : Cotton
Price : RM20 including postage

Baju nih pun putry tak pernah pakai langsung.





[ PRELOVED ] Plain Peplum in Red and Black 
Fit to size S 
Material : Jersi
RM20 including postage

Putry pernah pakai baju nihh sekali je. Pastu dah tak pakai sebab biasala dah tak muat :) 


Yang nih la baju yang putry pakai tuh. Sekali je pakai.



[ PRELOVED ] Plain Peplum Purple Colour 
Fit to size S - M 
Material : Lycra * but kain sejuk 
RM30 including postage

Baju nih pun putry tak pernah langsung pakai. Beria nak beli tapi bila dah beli simpan je dalam almari :) 

Semua item-item nihh putry nak lelong habis, harga yang terpapar termasuk postage sudah. If yang tak termasuk, untuk Semenanjung RM6 Sabah/Sarawah RM8. 

Berminat ? Korang boleh direct mesej @ whatsapp putry 
013 5028436
All item is in good condition :)





Thursday, May 9, 2013

Cepat-cepat !! Tinggal bape je lagi nihh. Promosi - promosi :)

Assalamualaikum...


Hello kesayangan :)

Baju nihh tinggal 4 piece je lagi. Sapa cepat dye dapat. No booked. 

If korang interested nak beli, boleh PM di FACEBOOK putry okey. boleh jugak kalau nak text/ whatsapp / viber untuk fast reply 0135028436 .



Tuesday, May 7, 2013

Satu item wajib dalam HANTARAN nanti :)

Assalamualaikum...

Hye selamat malam semua.. Tadi kan adik putry ada tunjuk satu beg nihh. Huwarghhhhh cantik sangat-sangat. Sapa la yang sudi hadiahkan kat putry nih ye? sobsob :( 

Dear future husband, 


         Saya nak benda nih dalam salah satu list dalam hantaran kita nanti boleh tak awak? Pleaseeee !! Saya minat sangat dengan beg nih. Dah jatuh hati saya di buatnya awak :) Takpe kalau awak tak bagi, kite kongsi duit beli nanti ye. AHAHAHA

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
..
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.







Doakan putry semoga impian putry untuk memiliki beg nihh tercapai. Ohh ya, korang pun berminat ? Jom cuci mata dekat sini :) >>> FURLA CANDY BAGS





Monday, May 6, 2013

1st GA by Hijab Valley :)

Assalamualaikum ... 

Hye, bertemu lagi dalam segmen GA. HAHA makacehh wani sebab sudi tag :)


Syarat-syarat penyertaan ;

  1. FEMALE blogger only (warganegara Malaysia)
  2. Wajib jadi HV follower 
  3. Buat satu entry tajuk "~ 1st GA by Hijab Valley~" & letakkan banner kat atas (backlink)
  4. Tag 2 orang sister blogger yang lain 
  5. Last, jangan lupa tinggalkan URL entry u all dekat komen entri tuan blog ini ; HV 


Orang yg di tag :



Perlukan pertolongan anda. Tips untuk attend exam from SPA :)

Assalamualaikum...

Hye semua. Actually putry nak share good news sikit dengan korang semua. Alhamdulillah setelah beberapa kali meng'update' SPA putry dapat tawaran untuk menduduki peperiksaan sebagai ' Penolong JuruAudit' . Dalam hati gembira sangat and bersyukur sangat-sangat sebabnya bukan mudah nak dapat tawaran nihh.




Tetapi, apa yang menggerunkan putry is bila putry google pasal exam dari SPA nihh, ramai yang cakap bukan senang nak pass exam nih. So, bila dah terbaca ja komen-komen camtuh, perkara pertama yang terdetik kat dalam hati putry, " Ya Allah, susah sangat ke exam tuh nanti ? Boleh ke aku nak jawab and pass exam nihh nanti "?  Macam-macam persoalan yang bermain kat dalam fikiran putry masa tuh.

So, petang tuh abah balik je dari kerja terus pergi kat abah an tunjuk surat tawaran tuh. Alhamdulillah, walaupun ini baru step yang pertama, putry dah nampak sinar kegembiraan kat wajah abah. Alhamdulillah, abah and mama putry happy sangat. Diorang keep supporting me and cakap, " Yong, mungkin ini rezeki yong. Apa kata yong cuba ja dulu, bukan semua dapat peluang macam nih". 

Speechless!! yes I'm speechless. Mama and abah banyak bagi sokongan. So lepas mintak pendapat mama and abah, tanya pendapat Encik Boyfie, buat solat istikharah, yess putry akan pergi exam tuh and I will try my best :)

So, disebabkan itula putry nak mintak sangat tolong korang. Putry nak mintak tolong sesapa yang berpengalaman menghadiri exam nihh, korang ade tips apa-apa tak? Mungkin soalan-soalan yang bakal diorang tanya masa exam nanti. Putry sangat-sangat memerlukan pertolongan korang semua. If sesapa ada pengalaman attend this kind of exam from SPA, maybe korang boleh share serba sikit dekat putry di ruangan komen or PM FACEBOOK putry. 


Doakan putry ye kawan-kawan :)  Tq :)

SEGMEN REVIEW PERCUMA

Assalamualaikum :)




Syarat-syaratnya :

1. Follow blog saya . wiuuwiuu :)
2. Buat satu post tajuk SEGMEN REVIEW PERCUMA . Letak banner di atas dan link kan ke entry ini .
3. Hantar link entry tersebut ke entry ini  . 





** Sesapa nak join, klik banner okey :)

Sunday, May 5, 2013

MEGA GIVEAWAY : SANTAI BANYAK BANYAK BY EM

Assalamualikum semua ....

tenggg tengg teng... Segmen GIVEAWAY datang lagi :)


syarat-syarat :

1. Malaysian .
2. must be a blogger .

cara-2 nak menang :

1. follow blog Elsa Mayra .
2. follow semua benda yang ada dekat jom kita jadi jujur kat belah bawah .
3. buat entry bertajuk mega giveaway : santai banyak banyak by EM . copy dan tampal banner simple kat atas tu di entry anda and backlink-kan ke entry ini .
4. invite kawan-2 by tagging their names dekat entry korang :) *depends nak buat ke tak*
5. letak link entry korang di kotak komen entry ini sahaja .

JOM KITA JADI JUJUR . senarai sponsurKLIK SINI .
follow blog and like semua page sponsur okay :) jangan tipu tipu .

SENARAI HADIAH YANG MANTAP HABIS . KLIK SINI .




TARIKH GA BERLANGSUNG : 3 MEI 2013 sehingga 15 MEI 2013 

Candy Jean for Standard Size

Hye assalamualaikum semua.

Harini putry nak update pasal item yang putry jual. Kot-kot la ada yang berkenan boleh PM putry laju-laju okey :)
















Candy Jean for Standard Size

Price : RM55
Size available : 25 - 32
Material : Denim stretchy
Cutting : Skinny 


Pada sesapa yang berminat, boleh contact putry melalui :

FACEBOOK : Puteri Natassia 



Selamat Menjalankan Tanggungjawab Pada Negara 05 Mei 2013

Assalamualaikum semua ..

Tinggal hanya beberapa jam saja lagi buat rakyat Malaysia untuk menunaikan kewajipan mereka. Bagi mereka yang telah layak mengundi, selamat mengundi dan bagi mereka yang baru pertama kali ingin mengundi, tengokla perkara2 yg kita kena buat masa mengundi nanti. Buatlah pilihan yang bijak demi masa depan negara kita. Selamat mengundi :)




#UndiAdalahRahsia :)