Sunday, June 30, 2013

Tips Panduan Peperiksaan Penolong Akauntan W27

Assalamualaikum ...

Hye semua.. Actually kali nihh putry dapat lagi tawaran untuk menduduki exam SPA buat kali kedua. So, putry ada terbaca dalam satu page nihh tentang tips-tips untuk menduduki exam nih. And putry rasa apa salahnya jika putry dapat kongsikan benda yang baik nih dengan korang semua kan ?

Sebelum itu, if ada antara pembaca-pembaca blog putry dapat jugak menduduki exam SPA nihh, bolehla share-share dengan putry if korang dapat info ape-ape eh :)

Berdasarkan apa yang putry dapatla kan, antara tips panduan peperiksaan untuk Penolong Akauntan nihh kita kena study pasal :


  • Akta Acara Kewangan 1957 ( Pindaan 1972 )
  • Arahan Perbendaharaan
  • Pekeliling dan Surat Pekeliling Perbendaharaan Terkini ( yang berkaitan dengan kewangan )
  • Surat Pekeliling Jabatan Akauntan Negara Malaysi terkini
  • Pekeliling Kemajuan Pentadbiran Awam yang berkaitan dengan sistem Perakuan Mikro.
 
Korang jugak haruslah and wajibla ( nak berjaya kena struggle lebih sikit ye huhu ) buat rujukan tambahan, manalah tahu kan kalau-kalau Arahan Perbendaharaan juga turut ditanya. Takpa baca sekali lalu pun takpe, janji ada jugak satu maklumat yang kita tahu, Iye dokkk ?


  • Bab A - Acara Kewangan 
  • Bab B - Acara Pengakaunan
  • Bab C - Audit, Kehilangan dan Acara Hapus Kira.

So , setakat ini yang tuh jela tips-tips yang putry tahu. If korang ada info lain, bolehla share-share dengan putry ye. Bila kongsi-kongsi nihh syokk sikit. Boleh berjaya sama-sama ye dokkk ?? 

Okeyla, putry pun nak kena study jugak nih. Huhuhu tak nak dah frust menonggeng acam hari tuhh lagi. Huhu So, jom study sesama. :) And haa Good Luck gaissss. Wishing you all the best. Semoga semuanya dipermudahkan okey :)





Friday, June 28, 2013

Yeayyyy akhirnya dapat jugak menjejakkan diri di Paris :)

Assalamualaikum...

Haiiiiii.. hehe actually nak share kegembiraan dengan korang je. Muahaha Alhamdulillah, akhirnya putry dapat jugak menjejakkan kaki ke Paris. Dah lama dah simpan angan-angan nak pergi sana. Syiokknya syiokknya :)

Seperti yang ramai orang cakap, Paris merupakan Kota Cinta. Dengan pemandangan yang cantik dan romantik. Bestnya bestnya :) Ehemm ehemm


Korang nak join putry ? Jomla jomla :)









Taraaaa.. Nihh Paris yang putry dapat pergi ? Hahaha jomla join putry :) Kita main Subway Surf ramai-ramai :)







Tuesday, June 18, 2013

Lelaki itu seksi.... * tutup mata cepat

Assalamualaikum...

Lelaki seksi ?? Adeke lelaki yang seksi ?? Haa jangan ingat perempuan je yang seksi taw. Lelaki pun boleh seksi jugak. Weehuuu  yeke ? Korang percaya tak lelaki pun boleh kelihatan seksi ? Haa macam mana seksinya tuh eh ? ada antara kita yang merasakan seksi itu boleh diukur melalui raut wajah seseorang, fizikal yang mantap macam six pax haha, and ada jugak dari karakter seseorang lelaki itu. Nak tahu tak seseorang lelaki tuh boleh kelihatan seksi dengan banyak benda. Antaranya :


1. Bila dia cekap memandu 

Yupp, yang nihh putry sokong. Bila seseorang lelaki tu cekap memandu, kita akan rasa lelaki tuh seksi. Ada kajian dalam laman internet cakap, perempuan akan nampak lelaki tuh seksi bila memandu manual. Manual ?? kenapa manual ?? Mungkin cabaran sikit kot bila memandu manual nihh and bila si gadis duduk kat sebelah, si lelaki nihh cekap gila memandu and buat si gadis rasa selamat. HEHE


2. Melipat baju ke lengan

Bila seseorang lelaki tuh melipat lengan bajunya terutama baju kemeja sampai ke lengan, itu menggambarkan diri dia yang sangat kuat bekerja. Selain menampakkan ketulan muscledi lengan si lelaki. HAHA Bila diorang lipat tangan camtuh, boleh terserlah ke 'macho' an mereka.


3. Sering berpeluh

Peluh juga sering menjadi perhatian si gadis dan dianggap cukup seksiapabila peluh mengalir dari tubuh jejaka. Peluh yang dimaksudkan di sini ialah peluh yang mengalir setelah penat melakukan sesuatu pekerjaan demi dirinya atau keluarganya. Kebanyakan gadis meminati lelaki yang suka berkeras kerjademi masa depan mereka bersama. [ sumber : remaja ]


4. Rajin mengemas rumah

Hari ini ramai lelaki yang suka membuat dekorasi kediaman mereka sendiri. Untuk pengetahuan korang, perwatakan ini juga dianggap seksi di mata para gadis. Gadis sangat memandang tinggi pada lelaki seperti ini kerana mereka dikatakan cukup bijak dan telitidalam mengatur kehidupan mereka.Tambahan pula ia melambangkan lelaki ini sebagai seorangbakal suami yang mempunyai ciri-ciri  tanggungjawab yang tinggi kelak.


5. Tahu berterima kasih

Seperti yang kita tahu, lelaki tidak lari dari sifat ego mereka. Disebabkan ego mereka nihla yang membuatkan diorang nih susah nak ucapkan terima kasih apabila diberikan sesuatu ataupun dapat surprise dari orang tersayang and what so everla kan. So, bila setiap kali lelaki tuh mengucapkan terima kasih, si gadis ini akan rasa sangat dihargai dan akan dipandang tinggi oleh si gadis.   Itu juga akan dipandang seksi oleh si gadis. 




So, buat lelaki-lelaki di luar sana. Korang nak nampak seksi ? Haaa pastikan korang ada semua nihh ye. muehehe :)







REVIEW : FCC BB & CC CREAM

Assalamualaikum..

Perasan tak yang sebelum nihh putry ada buat entry pasal FCC BB CREAM & CC CREAM dalam entri ini. Okay actually putry baru seminggu ja start guna BB & CC cream dari Farmasi Colour Cosmetic nih sebab before this kulit muka putry mengelupas akibat sunburn mandi-manda dekat Bukit Merah. Hehehe 
Putry sebelum nih pernah jugak terdengar pasal FCC product nihh tapi tak pernah lagi nak cuba. Tapi suatu hari tuh, FCC Pages ada buat satu contest di mana kita kena share tentang kelebihan CC & BB Cream from FCC nihh.

So, putry pun mencuba la nasib putry dengan menge ' share ' about this product dekat facebook and blogg putry. Seriusly first time join macam suka-suka je and actually baru tahu apa kelebihan CC & BB Cream nihh. Tapi alhamdulillah, rezeki putry agaknya, putry menang contest tuh dengan memenangi kedua-duanya sekali. Alhamdulillah alhamdulillah :)

Untuk pengetahuan korang, CC & BB Cream nihh sangatla best. Nak tahu sebab apa? Sebabnya bila korang apply ja cream nih kat muka tak kira la CC or BB Cream, korang akan rasa muka korang smooth je and nampak natural tuh yang best. Sebabnya ada sesetengah BB cream, bila apply kat muka akan nampak macam terlalu 'over' but by using CC & BB Cream, muka nampak sangatla natural uollsss :) Mesti korang pening kan kenapa ada CC & BB Cream ? Apa beza antara kedua-duanya kan ?



Haa, actually CC Cream lebih sesuai untuk dipakai pada waktu siang. Contohnya bagi student, bagi yang nak pergi kerja senang je nak apply and CC Cream nihh akan cover muka korang sepenuhnya but still look natural ye uollss.. Sangat best. And then yang BB Cream pulak lebih sesuai untuk malam sebab coverage dia light-light gituu uollsss :)

Harga bagi CC Cream : RM 45.90 (WM), RM 47.90 (EM)
Harga bagi BB Cream : RM 39.90 (WM), RM 41.90 (EM)


Antara kelebihan @ kebaikan CC & BB Cream nihh apa ? Haa korang boleh rujuk dekat link nihh ye Kebaikan CC Cream & BB Cream 





Huwarghhhh sorii sebab gambar macam apa je. tak sangka kena buat review so main amik je. huhu gambar atas nihh putry apply CC Cream. Ada gambar before and after. Sekarang musim jerawat mengawan haha so abaikan je ye. Tapi bila dah apply CC Cream kat muka nihh, rasa confident tuh meningkat uolss even jerawat besar tu memang xleh nak cover. huhu but putry puas hati sangat apply CC Cream nih dekat muka. Rasa macam nak belai-belai je muka nih haa sebab rasa smooth sangat-sangat :)





Okey, yang nih pulak putry apply kan BB Cream. As putry mention before yang BB Cream untuk kegunaan malam ye uolss. Lepas-lepas solat maghrib, terus apply kan BB Cream nihh. Hasilnya.... walawehhhh beb. muahaha. Kalau korang nak tahu, putry pernah try apply cream nihh without tempek kan bedak apa-apa pun and the result is sangat superbb jugak. Muka nampak lagi natural and macam glowing-glowing sikitla. haha Ehh sebelum lupa nak gtaw yang putry guna both CC & BB Cream nih code dia from light to medium

So, nampak kan hasilnya lepas dah apply CC & BB Cream nihh ? Menakjubkan bukan ? Kalau korang nak tahu lebih lanjut pasal product nih, korang boleh pergi ke page FCC itu sendiri. Klik "Like" dan korang boleh tahu macam-macam mengenai update terbaru dari FCC. 


Facebook page : FCC Farmasi Colour Cosmetic


So, apa tunggu lagi girls, jom reramai guna product from FCC :)







Friday, June 14, 2013

Tragedi yang mengejutkan warga Pulau Pinang.

Assalamualaikum..

Seperti yang kita tahu, semalam hujan turun dengan sangat lebat ditambah pula angin bertiup dengan kencang seakan ribut. Di Pulau Pinang, terjadinya tragedi di mana mengejutkan ramai orang. Even agak lambat mengupdate pasal kejadian nihh, putry nak jugak update. Bulehh dokk gitu ? muehehe

Okey, actually semalam kan hujan lebat sangat ditambah dengan angin kuat, so disebabkan itu, antenna sepanjang 15 meter di Menara UMNO di Jalan Macalister Road terjatuh dan menghempap beberapa buah kenderaan. Keadaan di situ amatla kucar-kacir dan teruk sangat.

Tak silap putry, 7 orang pengguna jalan raya cedera dan 2 orang parah dalam kejadian itu. Kejadian ini berlaku sekitar pukul 6 - 7 petang semalam. Kejadian sebegini tak pernah lagi berlaku sebelum nih di Pulau Pinang dan ini mengejutkan ramai pihak. 











Ya Allah, lindungilah negeri kelahiranku ini. Aminnn

Thursday, June 13, 2013

Berita baik buat warga Balik Pulau dan bakal pengantin !

Assalamualaikum..

Hye semua.. selamat pagi.. Korang semua sihatt ? Okey pagi nihh putry nak promote sikitla pasal tempat kerja baru putry. Seperti yang putry cakap sebleum nih, sekarang putry kerja dekat klinik pergigian kan? Okeyy, actually klinik nihh baru ja bukak sepenuhnya awal bulan June ye kawan-kawan. Baru je lagi tapi setakat ke harini, alhamdulillah dah ramai orang yang dah datang.




So, apa berita baiknya buat warga Balik Pulau ?? Haaaa nihh haa nak bagitau.. bukan senang nak jumpa klinik gigi dekat Balik Pulau nihh kan? So, bagi sesapa yang ada masalah pasal gigi, bolehla datang ke klinik kami dan mendapatkan rawatan.

Alhamdulillah, setakat ini, ramai patient yang sangat berpuas hati dengan service dan harga bagi rawatan yang dijalankan. Tak perlu pergi jauh-jauh untuk dapatkan rawatan, dekat je kan ? Haaa tahu tak kat mana lokasi Klinik Pergigian Balik Pulau nihh ? 


Lokasi :

Atas kedai dobi, Simpang 4 Genting, Balik Pulau.

Buat bakal-bakal pengantin plak, klinik kami menawarkan pakej-pakej tertentu dengan harga yang memuaskan.



Waktu Operasi :

Isnin - Sabtu 
9.30 a.m - 10.00 p.m

Antara rawatan yang kami sediakan ialah :

- pemeriksaan gigi

- tampalan
- penskaleran dan penggilapan (cuci gigi )
- cabut gigi
- pembedahan mulut minor
- rawatan akar
- gigi palsu biasa
- gigi palsu chrome
- gigi palsu valplast
- korona dan jambatan
- pemutihan gigi ( whitening)
- berlian gigi
- implant ( tanam gigi )

Untuk pengetahuan korang jugak, korang tak perlu nak buat appointment bagai before datang mendapatkan rawatan. Korang boleh je datang ke klinik pada waktu yang ditetapkan. Tapi, kalau nak buat appointment pun tak salah. Haaa macam mana nak buat appointment ?? Korang boleh je call  nombor pada card tersebut untuk membuat temujanji. Kalau rasa malu nak call doctor, korang jugak boleh layari blog Klinik Pergigian Balik Pulau untuk membuat temujanji. 

Cara Buat temujanji online :

1. Klik link blog tersebut Klinik Pergigian Balik Pulau .
2. Pergi ke ruangan " Tanya pada Doktor "
3. Tinggalkan komen anda di situ beserta dengan :
          - nama
          - nombor telefon
          - tarikh dan masa temujanji
          - jenis rawatan yang dikehendaki

Pihak kami akan menyemak temujanji anda dan memberi maklumbalas kepada anda secepat mungkin. 








Thanks for reading. Bye









Wednesday, June 12, 2013

Bila tengok surgery live depan mata....

Assalamualaikum ....

Hye semua.. Haaa tengok surgery live depan mata ? Gilerr ke hape nihh ? haha terkejut tak ? terkejut tak ? Okey fined, takde respon merajuk 2345saat. Hehehe okey actually camni, sebenarnya sekarang nihh putry keje dekat Klinik Pergigian Balik Pulau. Alaaa dekat je dengan rumah putry dalam 5 minit camtuh la kan dah sampai. hehe putry buat part time je kat situ.  

Tanggal 1 Jun 2013, putry secara rasminya telah dilantik sebagai Pembantu Klinik even putry hanyalah sebagai part time worker. 



Alhamdulillah sebab doktor and staff dekat situ semua baik-baik. Even putry nih langsung takde ilmu dalam bidang pergigian nih, diorang tak kekok memberi tunjuk ajar dekat putry and sekarang nih alhamdulillah, putry kira macam dah pro sikit la dalam bidang nih kan. Apa yang paling best is putry dapat pengalaman baru di mana putry langsung takda basic and ilmu but alhamdulillah, I can overcome it and kerja macam staff-staff yang lain. Cewahhh :)

Alaaa ape yang intro panjang sangat nihh kan? asalnya nak citer pasal surgery live. Adoyaii. Hahaa actually kelmarin putry kena handle sorang patient nih. Kira bukan putry sorangla, putry dengan sorang lagi staff klinik sebab untuk surgery nih, doktor memerlukan 2 orang staff so that senang nak ambil barang or what ever. So, putry nihh dengan bersemangat yelaa first time nak handle surgery, macam kalut-kalut sikit sebenarnya nerves prepare la apa yang patut.



Bila kita jadi pembantu klinik nih, apa yang kita perlu titik beratkan is kebersihan. So sebelum kita nak handle seseorang patient tuh kita kenalah jaga kebersiahan macam pakai mask, pakai glove semua. So, bila semua dah settle, doktor suruh putry sediakan LA. LA nih kira macam biusla tapi jenis suntikan. Putry pun apa lagi, sediakan la LA semua untuk patient sebab ada 2 kemungkinan, if boleh cabut normal, doktor akan cabut normal, but if ada complicated sikit, so doktor akan proceed with the surgery.

Barang-barang untuk surgery semua dah standby. Lepas doktor buat LA pada patient, doktor cakap patient still have to proceed dengan minor surgery. Means sikit jela yang nak bedahnye tuh. Masa tuh perasaan berdebar toksah dok kata la kan, haha putry nihh penakut sikit darah-darah nihh tapi cool je lagi. Sebab dari mula memang dah set dalam mind, kali nihh nak try overcome kelemahan putry nihh.. So, dalam beberapa minit camtuh pembedahan pun dijalankan.

Haaaa nak taw dak apa putry rasa masa tuh? Masa tuh putry relaxx ja lagi. Muahaha siap boleh khusyuk lagi tengok doktor buat minor surgery. Liveee okey. Takde rekod-rekod bagai nihh. Haaa memang aventure la beb wa cakap sama lu. So, masa tuh still boleh bertahan even darah dok kuar banyak. Tangan nihh menggigil je haa pegang suction. Agak lama jugakla putry bertahan.

Tiba-tiba............

Ntah la kenapa, mungkin sebab paksa bertahan tangan putry dah mula rasa seram sejuk. Tangan menggeletar, kaki menggeletar and mula rasa nak pitam. Dalam hati putry doa bagila putry bertahan sampai patient nihh habis surgery. Yelaa, malu kott.. Patient relaxx je, misi pulak yang nak pitam bagai. Hahaha bertahan punya bertahan, tak dapat jugak nak kawal.. Cepat-cepat panggil sorang lagi staff suruh backup and gantikan jap tempat putry. Masa tuh kepala dah rasa pusing-pusing and mata jadi kabur.

Pii dahh, dalam hati dok doa "Janganlah bagi aku pengsan kat sini Ya Allah". Kang jenuh pulak doktor nak mengangkat eden dengan nak tengok patient lagi. So memang cepat-cepat cari kerusi and duduk diam-diam kejap. Hahaha nampak tak putry takut darah. Nasibla tak pengsan dekat situ.Then dalam 10minit camtuh, putry ingat putry nak pergila tolong doktor balik.. Bangun-bangun je terus rasa nak pitam balik. Adoyaiiila puteri natassia oii.. Nasibla doktor sangat memahami dye suruh putry rehat.

Lama jugakla putry kena duduk and rehat kejap sebab kalau gerak sikit je memang rasa nak pitam. So, after surgery dah selesai, doktor mula prepare benang untuk jahit. Masa tuh putry okey sikitla dari yang masa tengah surgery tuh. Tapi still kena ada sokongan. Masa doktor nak jahitkan tempat surgery tadi tuh kire okey la still boleh berdiri. Kelakarr kan? Haiyaaaa !! patutla tak dapat jadi doctor :D

Habis je siap jahit tempat surgery tadi, patient tadi relaxx je. siap boleh gelak-gelak lagi. Paling kelakar billa patient okey je, tapi misi nihh plak yang gelabah teruk sampaikan nak pengsan bagai. HAHA

Tapi, apa pun even tak dapat habiskan tugasan, dapat jugakla pengalam tengok surgery live depan mata eventhough tuh hanyalah minor surgery. Ini merupakan pengalaman yang putry takkan lupakan sampai bila-bila.

Apa yang putry nak conclude dekat sini is, jangan pernah rasa rendah diri kata " eh saya tak pernah belaja pasal tuh, saya tak reti buat " , " eh saya bukan dalam bidang nihh saya takut ". Pastikan tidak ada ayat-ayat sebegini dalam kamus diri anda semua. Sepatutnya kita kena cuba sehabis baik dulu sebelum kita memberikan alasan-alasan negative. Belum cuba, belum tahu. Macam, putry, even putry bukanlah tahu sangat dalam bidang perubatan nihh, but I try my best and I love my job very much.











Terima kasih sudi membaca entri panjang berjela hari ni. Bye :)





Thursday, June 6, 2013

Struktur pembinaan Jambatan Kedua Pulau Pinang di Batu Maung runtuh

Assalamualaikum ..

Satu palang konkrit di Jambatan Kedua Pulau Pinang yang menghubungkan bahagian Batu Maung ke jambatan runtuh lebih kurang jam 7:05 malam. Kejadian ini telah mengejutkan pihak pekerja kontrak yang sedang menyiapkan pembinaan akhir jambatan tersebut.

Struktur rusuk palang (beam) sepanjang 30 meter itu difahamkan telah menghempap 2 buah kereta yang lalu berdekatan dengan jambatan tersebut. Anggota keselamatan telah dikejarkan ke tempat kejadian bagi menjalankan pemeriksaan mengesan mangsa dan mengetahui jumlah kenderaan yang terlibat. Runtuhan ini telah menyebabkan laluan berkenaan ditutup untuk semua kenderaan. 











Operasi menyelamat dan mengesan jumlah kenderaan yang terlibat masih dijalankan. Semoga semuanya selamat dan tiada mangsa korban. 












Sumber : Klik Sini
Sumber : Klik Sini
Sumber : Klik Sini





Monday, June 3, 2013

Eh ape yang merah-merah tuh??? Eeuwwww

Assalamualaikum...
Ehh ape yang merah-merah tuhh?? Euuwwww. Haaa macam good-good je tajuk nak gempak bagai kan. Ahahaha ape la minah nih kecoh-kecoh pasal merah2 kan? Actually sabtu lepas putry and family pergi trip ke Bukit Merah Laketown Resort sebenarnya. Itula merah yang putry maksudkan. Muahahaha
Tapi pergi satu hari je.. Tak tido sana pun. Pergi hari sabtu balik pun hari sabtu. Hahaha trip la sangat satu hari je kan? Yela, putry kena kerja hari Ahad tuh. Itupun nasibla sabtu tuh dapat cuti. Kesian adik-adik cuti sekolah tak dapat pergi memana sebab kakak diorang kerja. Hahaha ^^


Kitorang gerak dalam pukul 7.30 pagi camtuh. Pergi sarapan semua, isi minyak keta semua so sampai Bukit Merah dalam pukul 10.10am camtuh. Kira macam cun-cunla waktu sampai sana. Yela kan diorang buka pukul 10. Tapi even kitorang sampai agak awal, still kena beratur panjang masa beli tiket. Ergghh paling stress sekali bila diorg suruh line up sampai 4 5 baris. Then tengok-tengok cuma 2 kaunter je yang diorang buka. Memang panjang giler line masa tuh. Sepatutnya la kan, dah tahu musim cuti sekolah buka semua kaunter dah tahu mesti ramai yang datang nak bawak family. Ye dokk?? Hhm so dalam setengah jam tunggu, abah beli package di mana kitorang boleh main dekat waterpark and boleh jugak naik chairlift. Wahhhh that was awesome guysss.


Actually putry dah banyak kali pergi mandi-manda kat sana but tak pernah langsung naik chairlift. So kali nihh dapat naik eksaited beb! Ahahaha macam jakun la plak kan? So ape pun memang bestt giler. Sampai muka terbakar dah macam udang salai la. Sampai ke harini tak okey-okey lagi. Pedihh je muka sampai mengelupas2 semua. Hahahaha

So, enjoy the picture ya ^^


Nihh actually tempat mainan kanak-kanak. Awesome giler tempat nihh :)


Haa yang nihh pulak putry panggil ombak je sebab dye macam ade ombak-ombak. Tempat feveret kalau mandi dekat sini :)



Nihh pun tempat maian kanak-kanak jugak :) Sekarang kan musim cuti sekolah, memang ramaila jawabnye ^^



Actually nak ambil gambar kolam, tapi secara tak sengaja ade 4 orang lelaki tengah lalu masa tuh. So diorang macam perasan la macam orang nak ambik gambar diorang. Ergghh bajet aaron aziz ape.. HAHAHA


Okeyy yang nihh plak ' Boomerang '. Putry tak sure kenapa diorang bagi nama camtuh. Tapi bestla. Rasa macam nak terkeluar jantung kalau naik benda alah nihh ^^


Okeyy yang nihh putry teringin nak naik. Tapi sampai ke harini tak naik-naik pun lagi. Sebabnya takde geng nak naik sekali plus kena beratur panjang giler -.-


So, itulah trip keluarga kecil kami. Cewahhh. Banyak lagi gambar sebenarnya, tapi bila update thru fon nihh jadi lambat plak. Stress sungguh. So, kalau korang tak tahu nak pergi mana cuti-cuti sekolah nihh bolehla ajak mak ayah korang datang sini. Harga pun affordable ^^

Waterpark ticket 

Ticket PricesNormal Rate
Adult
Child**
Child (below 90cm)
RM34.00
RM30.00
Free Admission


So, happy holiday :)