Thursday, January 9, 2014

Sapa nak kahwin awal ? Angkat tangan. Mudah je

Assalamualaikum semua ...

Korang semua sihat ? Sorila sebab lama blog tak berupdate. Hari tue pun sempat update pasal kawan kite kahwin. Wahhh happy sangat untuk ddia. Yelaa kan sekarang musim orang kahwin iyee dok ? Haaa cakap pasal kahwin, korang pernah dengar tak pasal " Nikah Khitbah " nie ?? Ehh Nikah Khitbah, apa tue ? Apa tue ? 

Actually Nikah Khitbah nih adalah dalam bahasa Arab. Dalam bahasa Melayunya orang panggil Nikah Gantung. Ehh apa pulak dah nikah gantung nih? Haaaa mehh sini nak gitauu :)


Nikah Khitbah bermaksud pernikahan diantara pasangan pengantin yang tidak duduk serumah dalam satu - satu tempoh yang ditetapkan hasil persetujuan bersama kedua - dua belah pihak . Tanggungjawab pemberian nafkah oleh suami kepada isteri juga diringankan dan boleh dilepaskan .
  • Nikah Khitbah juga mengadakan “ Majlis Akad Nikah “ yang harus mereka ikuti sebagaimana perkahwinan biasa dilakukan .


  • Syarat SAH Nikah di dalam rukun – rukun perkahwinan seperti suami , isteri , wali , saksi , dan akad (Ijab Kabul) dan juga mas kahwin perlu ada untuk syarat sah nikah.



  • Nikah Khitbah menangguhkan “ Majlis Kenduri Kahwin (WalimatulUrus) “ dan penangguhan majlis kenduri kahwin tersebut kadang – kadang menjangkau bertahun – tahun lamanya .

Sebab – Sebab Biasa NIKAH KHITBAH dilakukan :
  • Suami masih belum mampu menyara sepenuhnya kos sara hidup isteri seperti SEWA RUMAH , PAKAIAN dan sebagainya .
  • Pasangan yang masih lagi Belajar dan Menuntut .
  • Belum bersedia memberi Komitmen sepenuhnya didalam menunaikan tanggungjawab berumah tangga .

Setelah majlis Akad Nikah berlangsung , kedua – dua pasangan harus tinggal berasingan sehingga benar – benar bersedia untuk memikul tanggungjawab sebagai Suami Isteri . Pada kebiasaan pasangan ini akan tinggal di rumah ibu bapa masing – masing .

Tujuan utama " Nikah Khitbah " ini dilakukan ialah bagi mengelakkan berlakunya Perzinaan dan Lahirnya Anak Luar Nikah . Setelah kedua – dua pasangan ini melalui nikah gantung , mereka boleh bertemu , berdating dan bermesra . Malah jika melakukan sek pun sehingga melahirkan anak ia tidak salah dan tidak haram . Anak yang mereka melahirkan itu adalah " SAH " hukumnya .

Walaupun mereka Nikah Khitbah , mereka adalah pasangan suami isteri yang SAH di sisi Agama Islam dan undang – undang Malaysia.



                                                                                             


Firman Allah swt bermaksud :
         ... dan kahwinkanlah orang-orang bujang [ lelaki dan perempuan ] dari kalangan kamu dan orang yang soleh dari hamba-hamba kamu, lelaki dan perempuan. Jika mereka miskin, Allah akan memberikan kekayaan kepada mereka dari limpah kurniaNya kerana Allah swt Maha Luas rahmat dan kurniaanNya lagi Maha Mengetahui.
                                                                                        An Nuur : Ayat 32




















        " Melihat perkahwinan sebagai medan untuk memberi, akan menjadikan kita lebih memikirkan soal PERANAN dan bukannya HAK yang tidak berkesudahan. "

                                                                                Dipetik dari : Aku Terima Nikahnya




Saturday, January 4, 2014

Perkahwinan Mahani & AbgTaufiqq. Tahniahhhh !!

Assalamualaikum ... 

Minggu lepas 28 December 2013, putry and geng ASAM yang tak berapa nak ramai nih pergi wedding best frind kitorang dekat Rawang. Even nak dekat-dekat final masa tue, tapi curi-curi jugak pergi kejap. Sebabnya hari tuh masa majlis belah pengantin perempuan tak dapat nak pergi. Ohhh yaa bestfriend kita nie nama Mahani and hubby dia pulak senior kitorang masa dekat sekolah menengah dulu Abg Taufiq. 

Tahniahh both of you. Thanks for the invitation and foods and doorgifts and also melayan kegilaan weolls harituh. May your new life as hubby and wifey is bless by Allah till Jannah. Amin. 





Ini pulak putry dengan ehem-ehem. Amik berkat orang tua-tua kata. Muahahhaa. Ohh ya, nielah senior yang tolong kenen-kenenkan kitorang masa dekat sekolah menengah dulu. Thankyou seniorrr :)



With bride & groom of the day, Mahani & Taufiq



The girlssss. Haishhh dalam ramai-ramai kita, at last Mahani jugak yang jalan dulu. Tahniahhh again. Doakan kitorang puloppp pasnie okeyyy :)


Ini kes amik berkat sembilanpuluhsembilanratusjutaribukali namanya. bhahahhaa















Once again, congrats to both of you Mahani & Abg Taufiq. Semoga hingga ke Jannah. Both of you are the sweetest couple ever. Senyap-senyap tup tup dah kahwin. happy for both of you. Doakan kami, kami, dan kami puloppp lepas nihh. InsyaAllah :)