Sunday, September 30, 2012

Sehari bersama teman seperjuangan :)

Assalamualaikum semua ...

Fuhh fuhhh dah berhabuk kan blog putry nihh sebab dah lama sangat tak singgah . Nampak tak bertapa sibuknya putry sekarang nihh . Wi-Fi hostel pun macam nak tak nak je nyala nye . Bak kata pepatah " hidup segan , mati tak mahu " . ahaha tapi ape-ape pun terima kasih bebanyak kepada pihak kolej sebab dah sediakan kemudahan Wi-fi kepada student-student hostel :)

Okey-okey , actually bukan itu yang putry nak citer dekat korang semua . Untuk pengetahuan korang la kan , selama putry duduk kat Melaka yang dah hampir-hampir 3 tahun nihh , banyak lagi tempat yang putry tak pernah pergi . So , semalam putry , qila ngan bielah pergila tidur kat rumah yana one of our junior but sama semester . Okey , so tempat pertama yang kitorang pergi ialah " Pntai Hailam " . Serius pantai tuhh memang cantik sangat and pemandangan yang tenang and terbentangnya lautan yang luas . Subhannallah , begitu indah ciptaan Allah swt . Then , lepas dah lepak-lepak sane , kitorang pergi jalan-jalan dekat Mahkota Parade and Dataran Pahlawan . Itu tak banyak citer sangat sebab itu memang tepat yang comman kat sana . Memang kalau outing je , itula tempat yang di tuju . So , malas nak citer panjang - panjang .. Layan jela eh gambar-gambar nihh . :))


okey , nihh la pemandangan masa kitorang dekat Pantai Hailam . Cantikkan ? Dr Kiri : Yana , Putry , Bielah , Qila :)


okeyy , nihh plak mase kat batu-batu . mase nihh air tengah surut , so boleh la bergambar kat atas batu nihh :)

 Haa , yang nihh paling best . Selama 3 tahun duduk kat Melaka nihh , nihh la first tyme putry dapat rasa Coconut Shake yang femes kat Klebang . Memang terbukti yg Coconut Shake nihh memang sedapp gilerr :)


Wahhh , nampak tak ? masa depan kene pikir jugak . So , kene la ade perancangan bukan ? ahahaha


Okey , and this is the best part . Kitorang pergi makan dekat WindMill.. Menu kat situ semua sedap-sedap . Sampaikan rambang mata nak pilih yang mana . So , nihh hidangan yang putry pilih , ' Grilled chicken ' . Rasa dia boleh tahan la tapi untuk perut yang besar macam gajah nihh , memang tak cukup la kan ? hee so , ape lagi , putry cilok la makanan kawan-kawan putry yang lain . :)

To the lovely couple , Yan and Yana . Sorii tak dapat nak letak picture korang sebab entah kenapa gambar korang dua tak dapat nak transfer masuk lappy . Thanxx for the lovely day . Thanxx jugak bawak kakak-kakak korang nihh jalan-jalan :) muuahhh .

Tuesday, June 19, 2012

Korang suka makan burger tak ? jom terjah sini :)

Assalamualaikum semua . .

Haa korang suka makan burger ? Tak cukup makan satu burger je ? Haa putry ade penyelesaian nyer . :) korang cube tengok nihh .


                                                           * besar tak , besar tak ?

haa besar kan ? Mesti puasnyer makan . Kalau burger biasa , for me satu memang tak cukup . Al maklumla , dah jadi kuat makan sekarang kan , hee :) Tapi tengok pada burger nihh , putry rasa memang tak dapat nak habiskan , mesti kena kongsi ngan sape-sape . Korang nak tahu tak mane location yang jual burger sebesar nih ?

Yang putry tahu , lokasi dia kat Penang . So sesape yang drop by here , boleh la singgah sebentar di situ ye untuk merasa keenakkan  burger yang besar kebaboom tuhh :)

Zul Burger Penang ( ZBP ) terletak di Kompleks Makanan MPPP Lebuh Nipah , Pulau Pinang . Berdekatan dengan Hotel Vistana , berhadapan dengan Kayu Nasi Kandar .
                                                       Waktu beroperasi: 6PM - 2AM

So guys , ape tunggu lagi ? Nanti kita serbu tempat nih and bolehla rase burger yang terbesar kat Penang nihh :) Putry yang orang Penang pun tak penah lagi pegi situ . lalaa ~



Nota kaki ; eh dah macam duta burger la pulak putry nihh kan ? ahaha :) Nanti nak ajak En.Abang singgah sini la :)) 

Saturday, June 9, 2012

NIKON GIVEAWAY By Ieqah Blog Gajah



Nak join ? boleh klik banner ye :)

So , sebelum kita sertai Giveaway nihh kene la penuhi syarat-syarat dulu ye dok ? Nak tengok syrat-2 nyer ? 

                                               SYARAT PENYERTAAN: 

♥ Buat satu Post bertajuk : NIKON GIVEAWAY By Ieqah Blog Gajah
♥ Letak banner GA ni di dalam entri tersebut dan LINK kan ke entri ini.
♥ Entri: Saya join Nikon GiveAway by Ieqah Blog Gajah kerana __________________________________ [taip la bape panjang pun korang nak] dan kalau korang nak tepek gambar korang bersama NIKON pun takda hal la ^^
♥ Boleh Follow blog ieqah untuk new update. Da ciap? Tinggalkan link post ohsem korang dekat komen entri ni ye :)
♥ Nak TAG kat kawan boleh taknak pun takpa :D


Nampak tak ? Nampak tak gadget Nikon thumbdrive yang ohsemm nihh ? cantik kan ? Putry join Nikon Giveaway by Ieqah Zul kerana putry actually dah lama dah cari bende alah nihh , then terjumpa pulak giveaway yang menawarka pendrive Nikon nihh as a first prize . So putry amik peluang nihh untuk join sekaki . Manela nak tahu kan putry dapat :)

Ape yang membuatkan putry nak sangat hadiah nihh coz yela kan nak beli Nikon yang besau ( besar ) tuhh masih tak mampu , so kalau la dapat thumbdrive yang seakan-akan Nikon nihh pun okey jugak . Memang dah lama sangat mengidam nak pendrive nihh :( hope sangat pihak penganjur dapat bagi putyr menang :) And the most thing is , hari bapa akan menjelang tak berape lame lagi kan ? If putry dapat , putry nak hadiahkan buat abah putry sebagai tanda ingatan :) mesti dye suke . hope sangat putry boleh menang :)









heyy guyss , wish me luck !


Saturday, May 26, 2012

Tips : Cinta Jarak Jauh

Assalamualaikum ....

Cinta jarak jauh ataupun  long distance love nihh dah ta asing untuk kite kan ? Sangat diakui yang cinta jarak jauh ni sangat la payah kan kan ? Mane taknyer , bila dah jauh mula la tak sefahaman , sering gaduh - gaduh .Tapi , jangan risau kat sini putry ade beberapa tips yang boleh kita kongsi bersama . nak tahu ape tips-2 nyer ? jom kita tengok . :))



1 . Kesetiaan

Okey , bila ade nyer cinta jarah jauh nihh , kedua-dua belah pihak mesti akan rase macam bosan , takde teman berbual , berkongsi masalah and rase tak secure bile orang yang kita sayang tade di sisi kita .  And pada masa itula , bila ade je peluang mungkin kita akan mencari teman buat mengisi kekosongan itu .So , kalau boleh taknak la jadi sampai camtuhh kan ? Jadi , perlu diterapkan dalam diri setiap pasangan untuk setia antara satu sama lain .

2 . Berusaha untuk berjumpa walaupun kejap

Bila cakap cinta jarak jauh , mesti la duduk pun jauh-jauh ye dakk ? Walaupun camtuhh , seboleh-bolehnya walau sesibuk cane pun korang , cuba cari masa untuk jumpa kejap . Bukan ape , mungkin kalau dalam phone , dalam meseg susah nak cakap . Tapi bila face to face , kan senang . . Tapi jumpa ikut syariat agama la ye adik-2 .. :))

3 . Percaya pada pasangan

Bila kita dah jauh dari paangan kita , apa yang perlu kita buat adalah percaya pada si dia . yela kan , kata la gf / bf awak tuhh still lagi belajar , mestila diorang ade group discussion kene keluar pegi wat research sana sini ye dokk ? So , janganla plak korang ragu-ragu tuduh or cemburu tak bertempat . Bila kita saling percaya , barulah hubungan kita menjadi semakin baik :)

4 . Bertanya khabar

Ini sangat la penting bila terjadinya hubungan jarak jauh nihh . Kalau boleh , sekurang-kurangnya kalau sibuk camne pun , telefon la pasangan korang untuk tanya khabar , sekurang-kurangnyer even korang ade jauh antara satu sama lain , but korang still can get on with each other , kongsi masalah same or maybe ade something yang nak dikongsikan oleh pasangan korang :)

So , itulah antara tips-tips yang boleh putry kongsikan dengan korang . :)


Kadang-kadang,Kerana terlalu sayang dengan seseorang, Allah ambil dia dari kita.
Allah jarakkan kita dengan dia.Untuk uji kita.Masihkah kita sayang pada yang MENGURNIAKAN rasa sayang itu
Masihkah kita sayang pada yang MENGANUGERAHKAN rasa sayang itu.
Dan masihkah kita percaya pada aturan DIA.Untuk sedarkan kita.Bahawa ada DIA yang perlu lebih kita sayangi, lebih dari segala-galanya.DanKadang-kadang,Allah ambil juga kembali orang-orang yang tidak kita hargai.Saat Allah jarakkan kita,lalu timbul rasa rindu dan menyesal,Itu bukan untuk menghukumi kita.
Tetapi untuk memberi pengajaran.
bahawa bila kita tak mahu menyayangi mereka,
Allah akan mengambil mereka untuk disayangilebih dari yang kita mahu lakukan..

Seorang warga Myanmar terbunuh , 43 cedera nahas bas Balik Pulau

Assalamualaikum dan selamat malam . .

Lebih kurang 8.30 malam tadi , telah berlaku satu kemalangan yang dasyat mengakibatkan 44 orang ahli Jemaah Tabligh yang di bawa dengan sebuah bas sekolah menuju ke Balik Pulau , Pulau Pinang . . Kemalangan ini berlaku dipercayai akibat dari pemandu yang hilang kawalan menyebabkan bas tersebut melanggar tiang elektrik seterusnyer terjatuh ke dalam gaung . . And putry jugak difahamkan , setakat ini 1 orang dilaporkan meninggal dunia dan 43 lagi penumpang cedera .

Kat sini putry ade beberapa gambar dari lokasi kejadian . .










credit gambarFACEBOOK

Semoga kejadian ini memberi pengajaran kepada kita . . Takziah kepada mangsa yang maut dan marilah kita sama-sama berdoa agar mereka semua selamat dan dilindungi oleh-Nya . .


p/s ; turut merasa sedih denga kejadian yang berlaku walaupun tiada pertalian darah . semoga mereka bersabar dan kuat dalam menempuh dugaan yang di beri oleh-Nya . . makin hari , makin takutt nak balik naik bus :(

   >>> Berita Penuh

Friday, May 25, 2012

Ciri - Ciri Terbaik mengikut Ust Azhar Idrus :)

Ciri-ciri suami terbaik, mengikut Ustaz Azhar Idrus...

1. Solat fardhu cukup 5 waktu.


2. Ada kerja gaji RM800-1500 ke atas, boleh bayar rumah sewa,
boleh beli beras, boleh isi minyak, boleh antar ke tempat keje. Nafkah zahir boleh bagi, bukan nafkah batin je tau.


3. Ada kenderaan: moto kapcai dah cantek. honda EX5 orait sangat la tu dengan 2 helmet. Basikal pun boleh, tapi penat kayuh kalau dari Bangsar ke KLIA. Sebaik-baiknya kereta, sebab nanti nak bawa isteri yang mengandung ke klinik setiap bulan.


4. Lulus ujian fardhu ‘ain sekolah rendah. Maknanya boleh mandi wajib dengan baik dan boleh ajar isteri mandi wajib dengan betul, apatah lagi mandi-mandi yang lain.


5. Boleh baca al-Quran dan boleh mengajar al-Quran walaupun setakat “Alif Ba’ Ta’” sampai Surah “Iqra’ Bismirabbikallazi Khalaq.”


6. Jenis lurus, baik & hati baik, tak menipu. Tadelah sampai menipu kata nak pergi Mydin tapi pergi mengorat jiran taman sebelah.


7. Dia paham kamu, kamu paham dia. Paham jiwo gitu. Serasi bersama. Berbeza tapi boleh masuk.


8. Gedik joget-joget pun depan bini dan anak-anak je. Depan orang lain sopan santun gitu.
9. Jenis tak cemburu buta sangat. Cemburu macam ni ok, “Ehemm..ramainya kawan laki kat opis.. Jangan sampai lupa abang 
taw..”



10. Belajar takat PMR je pun takpe, janji cara dia fikir tu matang dari yang belajar PhD.

11. Kalau dia jenis diam tak delah sampai orang kata tak bergaul dengan manusia lain. Kalau dia banyak bercakap pun tadelah sampai dia mengata-ngata orang lain.


12. Malas juga ke masjid, tapi dia pergi gak dalam sehari tu 2 kali sekurang-kurangnya Maghrib danIsyak.


13. Walaupun tak kerap ke kuliah agama, tapi bila tengok Youtube Ustaz Azhar Idrus ngajar tu sampai terlupa nak tengok bola. Jika da kuliah di masjid muka dialah ada di antara orang-orang kampung.


14. Boleh susah senang bersama. Kalau isteri nangis, dia tolong riba isteri dan tenangkan. Kalau isteri sakit, dia tolong jaga dari malam sampai pagi.


15. Jenis senyum sokmo.


16. Tak tengok sangat awek cuns, duk tengok bini dia je walaupn bini dia tak cuns (Tak cun tak pe, boleh tutup lampu)

Monday, May 21, 2012

Perlukah cemburu buta ?

Assalamualaikum semua. . 


Sape kat sini yang kuat cemburu ? Ngaku cepat ! hehe okey korang nampak kan tajuk entry putry untuk hari nihh ? Paham tak ? Seperti yang kita semua tahu , Allah ade letakkan macam-2 perasaan dalam diri kita , betul tak ? Ade perasaan sayang , rindu , kasih , benci , marah and tak ketinggalan jugak perasaan cemburu . Bohongla kalau korang tak pernah rase cemburu ye dokk ? hehe 


Okey bila cakap pasal cemburu nihh , kadang-kadang pasl cemburu yang tak bertempat boleh buat sesebuah hubungan yang dah lame terjalin putus . Bagi putry la kan , sifat cemburu tuhh kene ade , but mestila berpada-pada and bertempat  . Apa yang penting adalah saling percaya and jujur antara satu sama lain . Kalau kita pandai kawal cemburu kita , insyaAllah hubungan yang terjalin akan berpanjangan and going on smoothly :)


Jangan risau untuk dilabel apa-apa apabila kita mengaku kita cemburu. Tetapi bersederhanalah . Putry ngaku , sometimes putry nihh pun boleh dikatakan cepat jugak cemburu , tapi kene pandai-2 kawal la kan ? Isteri Rasulullah SAW pun punya perasaan cemburu.

HR Bukhari, Ahmad, An-Nasai dan Ibu Majah

Dari Anas bin Malik, dia menceritakan Nabi SAW pernah berada di sisi salah seorang isterinya . Kemudian seorang Ummul Mukminin mengirimkan satu mangkuk makanan. 

Lalu isteri Nabi yang berada di rumahnya memukul tangan Rasulullah SAW sehingga mangkuk itu jatuh dan pecah. Maka Nabi pun mengambil dan mengumpulkan makanan di dalamnya. Beliau berkata, "Ibumu cemburu, makanlah.". Maka mereka pun segera memakannya sehingga beliau memberikan mangkuk yang masih utuh dari istri di mana beliau berada, dan meninggalkan mangkukk yang telah pecah tersebut di rumah isteri yang telah memecahkannya. 


So , kesimpulannya cemburu itu perlu tapi biarlah berpatutan ye kawan-kawan . :))


Actually , tadi mase bosan2 putry ade try satu application nihh . korang nak tengok ? nihh haa ...
tadaaa !!!!!!





nampak tak nampak tak ? hee bakal jodoh kite KUAT CEMBURU la . .hihi


dear future husband , jangan cemburu-2 okey . Nanti cepat tua :))




Sunday, May 20, 2012

Tips : Petua Hilangkan Jerawat

Assalamualaikum semua . .. 


wahh fuhh fuhh dah berhabuk kan blog putry nihh . almaklumla lamer giler ta update blog . ade orang yang rindukan putry tak ? hehehe :)) eh lupe plak korang semua sehadd ? ahaha . okey disebabkan putry dah lame tak update blog , putry pun dah macam agak kekeringan idea . haha boleh nampak tak kat situ ? ehehe


putry now tengah cuti sem . wahh best giler dapat duduk rumah santai-santai dengan family tersayang . so , bile putry kate putry tengah cuti sem , kire baru habis final la kan ? haa nak tahu tak , sepanjang minggu final , ntah kenape la kan muke nihh penuh giler naik bende-bende asing nihh . korang tahu tak ape bende ? haa ape lagi kalau bukan En.Jerawat ! I hate jerawat okey . so , balik rumah mengadu kat mama and here are some petua for korang yang ade masalah yang same ngan putry . :) alhamdulillah , lepas dah cube jerawat pun makin hilang . 


here are the tips :
 # 1 tip : 


1. korang amik buah tomato , basuh bersih-2 and belahkan tomato menjadi 2 bahagian .
2. then sapukan tomato yang korang dah belah tadi tu kat muke korang and biarkan sampai kering . 
3 . then , biarla air tomato tuhh kering and pas dah kering bolehla basuh muka korang dengan air bersih .


# 2 tip :


1. korang amik lidah buaya , basuh and rebus lidah buaya tuhh . 
2 . then , bile korang dah nampak yang lidah buaya tuhh dah berubah warna menjadi hijau gelap , korang dah boleh angkat lidah buaya tuhh . 
3 . then , amik lidah buaya , buang kulit dia and sapukan geli lidah buaya tersebut kat muke korang .
4 . pas dah kering , korang basuhla muka korang dengan air bersih . 


* lidah buaya nihh pun bile korang pakai akan rase gatal-2 sikit . :)


# setiap orang mempunyai kulit muka yang berbeza , bila pakai maybe akan rase gatal-2 sikit .  so , of dah rase gatal-2 boleh je terus basuh . kalau korang amalkan setiap hari , insyaAllah korang akan nampak perubahan kat wajah korang :)




Selamat mencuba !

Saturday, April 7, 2012

Assalamualaikum semua ....

Korang semua sehat tak ? rindu putry tak ? lame kan putry dah tak update blog ? sori sesangat , putry sem nihh busy sangat .. masuk-2 awal sem je assignment dah berlambak2 .. dah banyak citer korang yang putry terlepas ..

Hhmm actually banyak je bende nak citer kat korang .. cuma tak berkesempatan je .. nihh pun putry baru je balik .. letih sangat-2 .. actually , tadi kelas putry ade buat jamuan kelas .. kitorang buat kat pantai puteri .. haa cam nama putry kan kan ? kitorang ada buat bbq , beach game sikit2 .. enjoy sangat-2 and budak2 kelas putry memang sporting giler-2 .. putry nihh pun sampai kene jirus dengan air tahu tak ? hehe but before kitorang smpai sane , kitorang singgah JJ dulu .. haha g breakfast ..

Nak tahu tak kitorang breakfast kat mane ? kitorang breakfast kat pizza .. mengidam nak makan spaggetti dye an

d lastly tercapai jugak .. hehe ..klah korang .. nak mand and solat ..


Daa ~

Monday, February 20, 2012

BE baru lagi setelah sekian lama tak update blog :)

Assalamualaikum semua ...

korang semua ape khabar ? sehatt tak ? sorii sesangat coz dah lama giler-giler tak update blog kan ? i'm really buzy masuk new sem nihh . awal-awal sem lagi keje , assinment dah bertimbun-timbun . .tapi , apakan daya ini memang lumrah sebagai seorang pelajar ye tak ? hehe so , redha je la kan kan ?

okey guys , actually putr nak kongsi something ngan korang , maybe bende nihh dah lapuk bagi korang , but for me , putry sangat-sangat menghargainya okey ! nak tahu tak kenapa ?? haa , meh sini nak gtaw . Eventhough putry dah berkurun abad lamanya tak update blog , tapi En.Nuffnang nihh sangat la bermurah hati still nak bagi putry iklankan produk mereka kat blog putry . . :) terharu okey . and thanxx a lot untuk En.Nuffnang .


nampak tak ? nampak tak ? hehehe BE putry kali nihh ialah Digi Super Reload and LG Optimus Range .:)




terima kasih daun keladi sekali lagi untuk enNuffnang . 



okeyla , nak pegi kelas . see you soon . . (:









xoxo ,