Sunday, November 24, 2013

HERO dah tinggalkan kita :(

Assalamualaikum ..


Haii semua !!! Korang semua dah lunch ? Korang ingat tak lagi pasal kisah seekor kucing di beri nama HERO yang dipotong kedua-dua belah kaki depan dia tuh ? Nak tahu tak sebab apa kaki HERO kena potong ? Hanya sebab dah curi ikan dekat sebuah kedai. Sungguh kejam manusia itu.

Tapi dengan izin Allah, HERO telah ditemukan dengan seorang pemuda yang baik hatinya dengan mengambil HERO dan merawat HERO sampai HERO sembuh. Ya Allah mulia sungguh hati pemuda itu.

Tapi hari ni, kita dikejutkan pulak dengan berita kematian HERO. Menurut sumber Fb KakimotongFanClub , HERO telah mengidap penyakit luekimia. Selama itulah, HERO telah dijaga rapi oleh pemuda yang menggelar dirinya sebagai Papa Hero.

Pelukan terakhir dari Ayah utk Iyo..Ayah akan kenang jasa Iyo sampai bila2...





















p/s : Haiwan yang takda akal pun ada perasaan, ini kan pula manusia yang berakal. renung-renungkan ^_^



Saturday, November 23, 2013

Tonton Drama Korea Online : The Heirs

Assalamualaikum ...

Hiiiiii morningggg uolssssss. Korang semua sihat tak ? muahaha putry nih bertambah-tambah sihat dah nih. Haishh tak tahu la kenapa, sejak duduk KL nih makan jadi lalu sangat-sangat. HAHA asyik lapar, lapar, lapar dan lapar. Kata nak diet tapi perangai tak serupa nak diet pun muahaha

Kenapa lah agaknya ye sejak duduk KL nih makin jadi berselera ? haaaaaa jeng.. jeng.. jeng ... ahaha takdelah, sebenarnya takda pape pun. Memang dari dulu putry suka makan. I love food so much okey. hihihi

Ehhh copp copppp sebenarnya entri putry kali nih bukan nak citer pasal makan ke, diet ke apa semua nih. Tapi putry nak citer sikit pasal satu cerita yang tengah kebabooommm sekarang nih ? Err apa ? Cerita kena boom ? Ehh bukan kena boom tapi tengah meletup-letup sekarang ni. Haaa korang tahu tak cerita apa ? Tahu tak ? tahu tak ? Haaa mehh putry nak bagitau. Drama yang putry cakap telah meletup bagai gunung berapi tuh cerita The Heirs .






Haaa drama nih la yang putry cakap tuh. Citer nih bagi putry bestlah. Nak tahu tak sebab apa best ? Haaaa sebabnya ada Lee Min Ho dengan Park Shin Hye la. muahaha

Disebabkan putry dekat u sekarang nih, memang susahla kan nak tengok tv. So, apa lagi amik peluang waktu cuti nih marathon drama The Heirs nih. Haaa putry kalau marathon drama korea kejap je. Hahaha

Ada yang terlepas drama The Heir nih ? jangan risau. Online kan ada ? Haaa jom marathon sesama jom.

The Heirs / The Inheritors

Drama Korea : The Heirs episod 1
Drama Korea : The Heirs episod 2
Drama Korea : The Heirs episod 3
Drama Korea : The Heirs episod 4
Drama Korea : The Heirs episod 5
Drama Korea : The Heirs episod 6
Drama Korea : The Heirs episod 7
Drama Korea : The Heirs episod 8
Drama Korea : The Heirs episod 9
Drama Korea : The Heirs episod 10
Drama Korea : The Heirs episod 11
Drama Korea : The Heirs episod 12 
Drama Korea : The Heirs episod 13
Drama Korea : The Heirs episod 14
Drama Korea : The Heirs episod 15
Drama Korea : The Heirs episod 16
Drama Korea : The Heirs episod 17
Drama Korea : The Heirs episod 18
Drama Korea : The Heirs episod 19
Drama Korea : The Heirs episod 20



















Selamat menonton ^__^


Wednesday, November 20, 2013

Al-Fatihah : Ahmad Ammar Bin Ahmad Azam dalam kenangan

Assalamualaikum ...

Pada hari ini kita dikejutkan dengan kepergian seorang pemuda berjiwa besar yang diberi nama Ahmad Ammar Bin Ahmad Azam seorang pelajar cemerlang tahun kedua dalam bidang sejarah di Marmara University ( Istanbul ). Tatkala kita sedang sibuk dengan urusan dunia, insan ini telah membuka mata diri putry sendiri dan mungkin rakan-rakan pembaca yang lain. 

Saudara Ammar telah pun meninggal dunia pada 2 November yang lalu akibat dilanggar oleh sebuah ambulance ketika beliau sedang melintas jalan di Istanbul. Tapi putry baru tahu pasal ni harini. Sebelum nih cuma ade dengar-dengar cerita dari kenalan. Harini terdetik di hati untuk mencari kisah sebenar siapa Ahmad Ammar sebenarnya. 

So, balik je dari kelas tadi, putry cepat-cepat search pasal saudara Ammar ni. Setelah membaca kisah, putry jumpa dengan satu video di Youtube yang dikongsi oleh kawan putry. Ya Allah, walaupun putry tak pernah kenal dengan saudara Ammar ni, tapi putry menangis. Pemergianmu dalam kenangan wahai adikku. 

Apa yang membuatkan saudara Ammar dimuliakan di Turki adalah dalam usia yang muda, beliau telah mengembara banyak tempat untuk menuntut ilmu. Saudara Ammar jugak banyak mengaktifkan diri dalam program-program sukarelawan. Sifat arwah yang sangat baik membuatkan ramai kenalan beliau senang dengan sikap beliau. Saudara juga dihormati kerana kuat ilmu agamanya dalam memperjuangkan agama.







Saat melihat video ini, air mata gugur tanpa segan silunya. Bertuahnya engkau wahai Saudara Ammar. Berebut-rebut kenalan-kenalan mu dah warga kota di sana ingin mengusung jenazahmu. Tenanglah engkau di sana wahai Saudara Ammar. Semoga keluarga dan kenalan saudara Ammar tabah dan kuat dalam menghadapi dugaan ini. 



Keistimewaan Jenazah Ahmad Ammar Di Turki
Allahyarham Ahmad Ammar disemadikan di Perkuburan Eyub Sultan menghadap Laut Golden Horn. Tanah perkuburan ini menempatkan lebih 60 jasad para sahabat nabi, auliya’, panglima Uthmaniyyah dan orang-orang kenamaan di sana. Namun Datuk Bandar telah memberi pengecualian kepada Ammar hingga allahyarham menjadi orang Malaysia pertama disemadikan di sini. Malah begitu ramai orang termasuk masyarakat setempat selain rakan satu universiti yang hadir ketika allahyarham disolatkan di Masjid Ayub Sultan, Istanbul seterusnya mengiringi jenazah Ammar ke kubur.

(Sumber: Ahmad Ammar Ahmad Azam Pelajar Malaysia Dimuliakan Di Turki | melvister.com













Al-Fatihah.. 

Tuesday, November 5, 2013

Convocation Day :)

Assalamualaikum ...

Okey harini nak citer sikit pasal convocation putry pada 21 Oktober 2013 yang lepas. Alhamdulillah, selama lebih kurang 3 tahun belajar di peringkat Diploma In Accountancy, putry berjaya untuk grad dengan jayanya. Alhamdulillah Alhamdulillah Alhamdulillah :) 

Konvokesyen untuk peringkat diploma nih buat dekat PICC. Alaaa yang dekat Putrajaya tuh. hehe alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar. Thankyou mama abah adik-adik semua sudi luangkan masa pergi konvo kite. Terharu tawtawtaw. Thankyou jugak kepada encik boyfriend sebab ponteng kelas semata-mata nak datang konvo kita. Haishhhh terharu tahu tak ? hihihi














Okeyyy so nih la gambar sekitar majlis konvokesyen putry hari tuh. Alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar. Lepas nih insyaAllah tunggu konvo untuk degree plak. Tunggu 4 tahun lagi ye. Muahahaha 

A big thanks to my family esspecially sebab banyak sangat-sangat bagi sokongan masa putry tengah belaja. Tak lupa jugak buat lecturer-lecturer KPM AYER MOLEK yang banyak sangat bagi tunjuk ajar and tak jemu melayan kerenah anak-anak didik mereka. A big thanks jugak untuk en.abang yg selalu ada bagi moral support bila rasa down. Kawan-kawan and semuala yang terlibat secara langsung mahupun secara tidak langsung. Tanpa kalian semua, siapalah saya. 

Doakan putry berjaya menggenggam segulung ijazah pulak lebih nih. InsyaAllah :') 



















P/S : huhu sedih sebab takde gambar formal dengan family sebab ade masalah dengan org studio sikit mase tuh. Boleh plak sesuka hati je bagi orang yang lambat book amik gambar dulu. Kitorang yang dah beratur panjang nih camne ? So tggu degreela baru ada gambar formal. 

Saturday, November 2, 2013

Wedding Invitation :)

Assalamualaikum uolsssssss !!

Hye i'm back. Sorry sebab dah lama gilerr blog nih tak ber "update" . fuhhh ! fuhhh ! Ini disebabkan putry agak busy sejak bergelar student. Memang tak menyempatla kan nak update blog. Nih pun curi-curi masa kejap update sebab ade yang tanye nape blog putry dah lama tak ber "update". So sorry guyss.

Okey, untuk entry kali nih taknak citer lagi pasal student life. Sebab macam baru lagi kan. Hari tuh last entry pun ada cakap pasal student life, takkan entry harini pun nak update pasal itu iyee dokk ? muahahaha Actually, putry tengah cuti mid sem break. Sekarang memang dekat rumah la kan. So, bila dah balik nih rasa macam heaven sikit. Yelaa takde la serabut bagai pikir assignment, semua kan ? ( padahal after mid sem break nih, test berderet-deret) muahahaha.

Tapi bukan itu tajuk utama entry pada kali ni. Putry just nak share perasaan happy + eksaiteddd + teruja + eemmm apa-apa jela perasaan yang sewaktu dengannya. Haaaa nak tahu sebab apa ? Sebabnya balik-balik je rumah tengok ramai betul kawan-kawan yang antar kad jemputan kahwin. And I was likeee Ohhmyyyyyy. *jeles kejap. okeyy tipu. haha


So, masa tengok jemputan-jemputan tuh rasa macam tumpang gembirala kan. Alhamdulillah lepas sorang-sorang kawan putry yang dah jadi suami/isteri orang. Tahniahhh korang. Happy sesangat. Tapiiii, bohong la kan kalau putry cakap tak terdetik langsung nak follow jejak mereka kan kan kan ? Hahaha semua orang nak kahwin iyee dokk ? Cuma antara cepat atau lambat je. And yang penting kita dah tahu yang kita dah boleh untuk pikul tanggungjawab yang lebih besar lepas tuh.

Ada jugakla yang tanya bila putry plak kan ? Sabar ye adik-adik, kakak-kakak, pakcik-makcik semua. InsyaAllah ade rezeki cepatlah kan ? Doakan yang terbaik buat kami. Bukan tak pernah bincang pasal ni, but bukan senang jugak kan ? Kena ada a very best preparation dari semua segi, Agama, Tanggungjawab, Kemampuan, Mental and banyak lagi lah. So, doa-doakan ye.

Akhir kata, a warm wish untuk sahabat-sahabat yang telah and yang akan melangsungkan perkahwinan mereka. Happy for all of you. Thankyou jugak atas jemputan-jemputan korang semua. InsyaAllah jika takda aral melintang putry sampai okey. 

Doakan putry plak lepas nih. Muahahaha

































p/s : Seronok tengok gambar-gambar kahwin diorang. *jeles 123456789 saat