Sunday, December 22, 2013

HAPPY 8TH YEAR ANNIVERSARY !!!

Assalamualaikum ...

Hiii semua. Actually nih entry lapuk dah haa. Anniversary actually Jumaat lepas 20 December 2013. Tapi sebab busy sikit, so baru harini sempat nak update entry pasal anniversary.

Sama macam tahun-tahun lepas, disebabkan dua-dua sibuk nak final, so tak sempatla nak celebrate sesama. Even dua-dua dah duduk dekat KL sekarang tapi alahaiiiii memang jarang jumpe. Kalau jumpe tuh memang happy sangat-sangatla. Hehehe

So, pada 20 December yang lepas, genaplah 8 tahun perkenalan kami. Alhamdulillah even kadang-kadang tuh ada yang nak merajuk, nak bergaduh. Itukan perkara biasa dalam hubungan. Tipula kalau kawan lama-lama but then tak pernah gaduh, tak pernah merajuk, tak pernah kecik hati. Iyee dokk ?

So, to my Future Imam To Be InsyaAllah. Happy 8th Year Anniversary.

Happy Anniversary Yang ke-8 tahun awak ♥

Thankyou for this 8 years relationship. 



Thankyou for being part of me. Thankyou sebab jadi teman bergelak tawa, teman cari gaduh, teman sakitkan hati, teman bergurau, teman menangis.Thankyou sesangat.


Thankyou sebab jage org dari first day kite kenal sampai sekarang. 


Thankyou for keep on supporting me for what ever I do.


Thankyou sebab selalu ingatkan org pasal belajar, pasal solat, pasal jaga diri, ingat pengorbanan mama abah and semua-semuala. 

Thankyou jugak sebab jadi macam seorang abg kepada adik sebab awak suka bebel bila org buat salah. Even terasa hati masa awak bebel, tapi org suke :*


Hope, hubungan kita dapat pergi lebih jauh and Allah permudahkan segalanya. ILYSM my hunnybunny.






HAPPY 8TH YEAR ANNIVERSARY !!!


5 Tanda Awal Kanser Payudara

Assalamualaikum.. 

Dewasa ini, kita sering abaikan tentang kesihatan kita. Kalau dikira, berapa orang sangat yang kerap pergi buat fully checkup dekat hospital. Iyee dok ? Bukan nak kata, kalau sekarang nih, kita boleh lihat, rata-rata orang terutamanya wanita lebih utamakan kecantikan berbanding dengan kesihatan. Mana taknya, perlbagai kosmetik dan set kecantikan dijual bersepah-sepah di ruang internet. Mereka sanggup melabur beribu-ribu ringgit hanya untuk kecantikan luaran mereka. 


Tapi, ada tak mereka laburkan sedikit wang untuk menjaga kesihatan mereka ? Jarang sekali kita lihat. Berbalik pada topik kita pada hari ni, putry nak tegaskan sikit pasal kanser. As all of you know, sekarang nih kanser menyerang tak kira umur. Muda atau tua, kalau kita tak jaga pemakanan kita, tak jaga kesihatan dalaman kita, bermacam-macam jenis penyakit boleh menerjah kita dan apa yang paling menakutkan kita adalah KANSER. 


Bagi kaum wanita terutamanya, KANSER yang paling ditakuti dan digeruni ialah KANSER PAYUDARA. Mengikut kajian, kes kanser @ barah payudara dalam kalangan wanita meningkat di seluruh dunia. 



Setiap 3 minit, seorang wanita akan disahkan menghidap penyakit barah payudara di Amerika Syarikat.


Setiap 11 minit, seorang wanita meninggal akibat serangan penyakit

barah payudara di Amerika Syarikat.

Setiap tahun, sebanyak 30,000 wanita dan 200 lelaki disahkan menghidap penyakit barah payudara

di United Kingdom. 

Haaa nampak tak ? nampak tak ? Bertapa bahayanya kanser nih. So, wahai wanita-wanita seluruh dunia termasukla diri putry sendiri. Mulai sekarang, marilah kita sama-sama menitikberatkan tentang kesihatan dalaman diri kita. Kanser payudara nih bila dah kena, kita tak akan sedar sampaila ia dah berada di tahap yang cukup kritikal. 

So, apa yang perlu kita buat sayang-sayang sekalian ? haaa meh kita tengok sikit apakah tanda-tanda awal bagi KANSER PAYUDARA ni :



  • BENJOLAN : Selalu benjolan nih akan ade dekat bawah kulit payudara and sometimes dekat bahagian ketiak
  • PERUBAHAN BENTUK PUTING PAYUDARA : Puting akan kelihatan leper dan seolah-olah masuk ke dalam.
  • KELUAR DARAH DAN CAIRAN : Akan keluar cairan darah tapi tak banyakla but still akan mengganggu. Selain darah, akan ada jugak keluar cairan kuning macam nanah. 
  • PERUBAHAN WARNA KULIT : warna kulit akan menjadi kemerahan
  • PERUBAHAN PADA TEKSTUR KULIT : Permukaan kulit payudara akan kelihatan seperti bersisik dan berkedut.
Oleh itu, wahai wanita-wanita seluruh dunia. Janganlah kita abaikan pemeriksaan payudara kita. Pemeriksaan payudara boleh dilakukan sendiri di rumah. Nak tahu camne ? Haa taip je dekat Google . Dekat situ, akan ada cara-cara macam mana nak periksa payudarkorang sendiri dekat rumah. Pleasee ! Pleasee ! Pleaseee ! Putry merayu dekat korang semua untuk tidak mengambil mudah benda-benda camnih okey. But, alhamdulillah setakat nih takde lagi family putry yang terlibat dengan penyakit kanser ni.

Cuma harituh, mama putry ada buat pemeriksaan and terdapat benjolan dekat situ. But selepas buat minor operation dan buat ujian makmal, alhamdulillah itu bukan barah @ kanser. itu cma ketulan biasa je. Bersyukur sangat-sangat.

So, jangan kedekut nak melabur duit kita sikit if benda camni berkaitan dengan kesihatan diri kita sendiri okey. Ohh ya, untuk pengetahuan korang semua, actually putry dan beberapa blogger lain sedang bekerjasama dengan AXA AFFIN dalam mengajak lebih ramai blogger untuk memyediakan post berkaitan dengan kanser ni. 

AXA AFFIN, dengan kerjasama Persatuan Kanser Kebangsaan Malaysia (NCSM), memberikan sokongan kepada pesakit kanser sedang menjalani kemoterapi dalam kempen ini. AXA AFFIN akan membiayai penggunaan khidmat pusat jagaan pasca kemoterapi untuk satu pesakit kanser untuk setiap blogger yang link kembali ke laman web AXA AFFIN 110CancerCare. Pendek kata, satu blogpost beserta link ke AXA 110CancerCare daripada anda membolehkan pesakit kanser menikmati pembiayaan satu hari untuk kegunaan khidmat Cpusat penjagaan mereka di Pusat Rawatan NCSM.
Jadi, ini adalah contribution yang putry dah buat. Even tak banyak, at least dengan cara begini, kita dapat membantu mereka yang lemah dan dapat ringankan beban mereka.. Dengan rendah hati, putry nak ajak blogger-blogger lain untuk turut sama menyertai kempen sebegini.  





Come and join me to spread this guysss :) 

P/S : Don't forget to backlink your post to AXA AFFIN







" Share Your Love To The World "