Sunday, November 30, 2014

Resepi Butter Chicken dari Chef PuteriNatassia :)

Assalamualaikum and hye uolsssss !!

Harituh, dalam insta, putry ada cakap nak update Resepi Butter Chicken nih kan ? Hikhik sorryla lambat. Tak menyempat. hohoho Okey-okey taknak buang masa. Resepi nih super simple and senang. Sedap pun sedap kot-kotla ada yang nak tukar selera tekak kan. hehe

Bahan untuk perap  :
1 ekor ayam ( ambil bahagian isi saja )
Tepung gandum
Garam secukup rasa
Gula secukup rasa
Telur 2 biji
( Perap ayam dalam 45 minit - 1 jam )

Bahan untuk menumis :
3 sudu besar mentega ( putry guna buttercup )
1-2 tangkai daun kari
1/4 cawan susu cair
1/4 cawan air putih
Garam and gula secukup rasa sebab masa perap ayam tuh dah letak garam and gula :)

Cara-cara :
1. Perap ayam dalam bahan-bahan perapan dalam 45 minit- 1 jam. Tapi putry perap kejap je dalam 20 - 30 minit gituu sebab kalut-kalut dah adik-adik nak balik makan. hihihihh
2. Panaskan kuali. Then goreng isi ayam yang kite perap tadi. Tahap kegaringan ikut citarasa memasing.
3. Dah settle goreng isi ayam, panaskan kuali and masukkan butter. Masa panaskan butter nih, kena hati-hati jangan smpai hangit.
4. Then, masukkan susu cair dan air. Kacau sampai sebati.
5. Once dah sebati, korang amik daun kari, carik-carik sikit then gaul dengan kuah butter tadi sampai naik bau.
6. Then adjustla, kalau terkurang masin or manis, letak garam and gula sikit.
7. Dah settle semua tuh, korang masukkan ayam yang korang dah goreng tadi dalam kuah. Gaul sampai sebati.
8. Tak payah kacau lama-lama. Dalam 10 second gitu, then dah boleh angkat and hidangkan.



Tadaaaaaaaa, Chicken Butter dari Chef PuteriNatassia. Hahaha

Selamat mencuba :)



























Thanks for reading :)

Friday, November 28, 2014

Status Nuffnang bertukar ke Non Glitterati

Assalamualaikum and hye semua *waving handss

Ya Allah, lamanya rasa tak update blog. Kalau la dekat blog boleh berswang, tak tahu berapa banyak sawang dah haa dekat blog putry nih. Ampun. Disebabkan masuk semester baru ni, makin banyak assignment, test, bagai. Itu yang tak menyempat tuh.

Haaa, cakap pasal tak sempat nak update blog dah berapa bulan nih, maka tak berupdate la jugak Nuffnang tu haa. So, ada satu hari tuh putry macam free sikitla kan. Hahaha so, apa lagi tryla buka account Nuffnang putry. Tetibaaa bila tengok status putry, jadi Non-Glitterati. Ya Allah masa tuh rasa macam nak nangis ja. Pelik la jugak kenapa tetiba status bertukar macam tuh. Sedangkan putry takde letak iklan lain pun dalam blog selain iklan dari Nuffnang .

So, tanpa melengahkan masa, sementara internet tengah laju macam air terjun yang mengalir waktu musim hujan ( hiperbola sangat taw HAHA ), putry pun cepat-cepatlah hantar tiket dekat Nuffnang. So, tunggu punya tunggu, bayangkan tetiap hari check Nuffnang sebab nak tengok apa diorang reply. Haha nampak tak gaya cuak gilerr dah. So, lepas 2 hari camtuh, dapatla reply dari Nuffnang. 

So, camnila reply dari Nuffnang :

" Hi Puteri, Thanks for writing in. Glitterati membership is an automated process. It's given automatically to a blogger's account if all his/her blog(s) registered with us serve Nuffnang ads publicly at all times and none from our competitors. In addition to that, the registered blog(s) should also be active and has at least 1 visitor each day or else our crawler will mark it as a spam blog and this will affect your membership status. Should your blog be free from any conflicting activities, you will receive your Glitterati membership in 7 days time. Thank you and have a nice day! :) "


Regards, 
James Khor 
Community Intern Nuffnang Sdn Bhd 
www.nuffnang.com.my



Now, dah tahu dah sebab apa status Glitterati tuh bertukar. So, lepas nih sibuk macam mana pun, kena jugak update blog and make sure ada visitor setiap hari. Huhu Alhamdulillah sekarang status Nuffnang dah kembali normal. 










Thanks for reading guys !


Monday, March 10, 2014

Promote : Tutu Dress by Maddu Kids

Assalamualaikum ..

Hii guyssss. Harini putry nak promote sikit kedai online one of my friend. Pada mak-mak yang ada anak perempuan mesti syokk gilaa bila nampak tutu dress comel-comel nih. Seriuss tak tipu. Putry yang tak kahwin lagi pun dah tertarik dengan dress-dress yang comel nih. Haishhh bila la nak ada anak sendiri. Boleh bagi anak pakai. Muehehhe 

Kadang-kadang nak pergi jalan-jalan ke, pergi kenduri ke asyik pakai baju sama je kan ? So, ape tunggu lagi para-para ibu sekalian. Mehla tukar outfit anak perempuan awak-awak semua pakai tutu dress yang comel-comel ni  :)







Info Tutu Dress 

Harga : RM38 - RM48
( tidak termasuk postage )
postage add RM7

Sesuai untuk baby girl umur 5 bulan ke 3 tahun :)

All item are READY STOCK :)

Haa murahkan ? Kalau korang pergi survey online shop lain, range harga for tutu dress nih mesti dalam RM60 ke RM100 ++. So, apa korang tunggu lagi ? Pada sesapa yang berminat boleh ke link page yang putry bagi nih. Owner dia baikk and comel sangat. 



FACEBOOK : MADDU KIDS








Saturday, March 8, 2014

Pesawat Malaysia Airlines MH370 hilang di sempadan Vietnam

Assalamualaikum ..

Sumber : myMetro Online


Pagi-pagi lagi kita semua dikejutkan dengan berita pesawat Malaysia Airlines MH370 yang berlepas dari KL ke Beijing telah hilang.

Penerbangan pesawat MH370 yang sedang dalam perjalanan ke Beijing membawa 239 orang penumpang termasuk 12 orang anak kapal. Pesawat ini dijangka untuk sampai ke Beijing pada pukul 6.30am pagi di Beijing. Malaysia Airlines dalam satu kenyataan telah mengesahkan bahawa peswat itu terputus hubungan dengan Pusat Kawalan Trafik Udara pada 2.40 pagi ini.

Semoga tiada perkara buruk yang berlaku. Marilah kita bersama-sama mendoakan keselamatan mereka. Hentikan segala spekulasi-spekulasi yang mungkin menyinggung perasaan ahli keluarga mangsa yang terlibat.


Keep calm and pray for MH370.

Wednesday, February 12, 2014

RADIGLOW SUPPLEMENT KECANTIKAN LUARAN DAN DALAMAN


Assalamualaikum semua ...

Kulit kusam ? Parut jerawat taknak hilang ? Euwww banyaknya jerawat belakang badan. Korang semua ada masalah-masalah di atas ? Haaa mehh putry perkenalkan Radiglow nih. Memang terbaikkk. Kulit kusam boleh jadi gebu gebas selepas pemakaian yang konsisten. Parut jerawat yang lama-lama pun makin pudar. 



KEISTIMEWAAN RADIGLOW
• Makanan tambahan terbaik untuk kulit kelihatan muda, sihat dan lebih cerah
• Membantu mencantik, menghalus dan menganjalkan kulit
• Merawat pelbagai masalah kulit seperti jerawat, eczema, parut, jeragat dan lain-lain
• Juga terbaik untuk penglihatan, gigi, kuku dan rambut
• Antioksidan semulajadi, 550 kali lebih kuat berbanding Vitamin E
• Menghindar dan mencegah dari penyakit kronik seperti kanser, alzheimer, parkinson, diabetic, sakit jantung


CARA PEMAKANAN :
Hisap/kunyah/telan 2 biji tablet sehari seeloknya sebelum sarapan (perut kosong) atau malam sebelum tidur.
(Maximum 4 biji tablet sehari).
** Pastikan korang minum sekurang-kurangnya 2-3 liter air sehari utk kesan yang menakjubkan !





1 KOTAK ( 2 BOTOL 30 TABLET PER BOTTLE )

TESTIMONI RADIGLOW




So, sesapa yang berminat nak harga yang kebabommm ??? Haaa Boleh la PM putry dekat NatassiaBeautyHealthcare . 










Thursday, January 9, 2014

Sapa nak kahwin awal ? Angkat tangan. Mudah je

Assalamualaikum semua ...

Korang semua sihat ? Sorila sebab lama blog tak berupdate. Hari tue pun sempat update pasal kawan kite kahwin. Wahhh happy sangat untuk ddia. Yelaa kan sekarang musim orang kahwin iyee dok ? Haaa cakap pasal kahwin, korang pernah dengar tak pasal " Nikah Khitbah " nie ?? Ehh Nikah Khitbah, apa tue ? Apa tue ? 

Actually Nikah Khitbah nih adalah dalam bahasa Arab. Dalam bahasa Melayunya orang panggil Nikah Gantung. Ehh apa pulak dah nikah gantung nih? Haaaa mehh sini nak gitauu :)


Nikah Khitbah bermaksud pernikahan diantara pasangan pengantin yang tidak duduk serumah dalam satu - satu tempoh yang ditetapkan hasil persetujuan bersama kedua - dua belah pihak . Tanggungjawab pemberian nafkah oleh suami kepada isteri juga diringankan dan boleh dilepaskan .
  • Nikah Khitbah juga mengadakan “ Majlis Akad Nikah “ yang harus mereka ikuti sebagaimana perkahwinan biasa dilakukan .


  • Syarat SAH Nikah di dalam rukun – rukun perkahwinan seperti suami , isteri , wali , saksi , dan akad (Ijab Kabul) dan juga mas kahwin perlu ada untuk syarat sah nikah.



  • Nikah Khitbah menangguhkan “ Majlis Kenduri Kahwin (WalimatulUrus) “ dan penangguhan majlis kenduri kahwin tersebut kadang – kadang menjangkau bertahun – tahun lamanya .

Sebab – Sebab Biasa NIKAH KHITBAH dilakukan :
  • Suami masih belum mampu menyara sepenuhnya kos sara hidup isteri seperti SEWA RUMAH , PAKAIAN dan sebagainya .
  • Pasangan yang masih lagi Belajar dan Menuntut .
  • Belum bersedia memberi Komitmen sepenuhnya didalam menunaikan tanggungjawab berumah tangga .

Setelah majlis Akad Nikah berlangsung , kedua – dua pasangan harus tinggal berasingan sehingga benar – benar bersedia untuk memikul tanggungjawab sebagai Suami Isteri . Pada kebiasaan pasangan ini akan tinggal di rumah ibu bapa masing – masing .

Tujuan utama " Nikah Khitbah " ini dilakukan ialah bagi mengelakkan berlakunya Perzinaan dan Lahirnya Anak Luar Nikah . Setelah kedua – dua pasangan ini melalui nikah gantung , mereka boleh bertemu , berdating dan bermesra . Malah jika melakukan sek pun sehingga melahirkan anak ia tidak salah dan tidak haram . Anak yang mereka melahirkan itu adalah " SAH " hukumnya .

Walaupun mereka Nikah Khitbah , mereka adalah pasangan suami isteri yang SAH di sisi Agama Islam dan undang – undang Malaysia.



                                                                                             


Firman Allah swt bermaksud :
         ... dan kahwinkanlah orang-orang bujang [ lelaki dan perempuan ] dari kalangan kamu dan orang yang soleh dari hamba-hamba kamu, lelaki dan perempuan. Jika mereka miskin, Allah akan memberikan kekayaan kepada mereka dari limpah kurniaNya kerana Allah swt Maha Luas rahmat dan kurniaanNya lagi Maha Mengetahui.
                                                                                        An Nuur : Ayat 32




















        " Melihat perkahwinan sebagai medan untuk memberi, akan menjadikan kita lebih memikirkan soal PERANAN dan bukannya HAK yang tidak berkesudahan. "

                                                                                Dipetik dari : Aku Terima Nikahnya




Saturday, January 4, 2014

Perkahwinan Mahani & AbgTaufiqq. Tahniahhhh !!

Assalamualaikum ... 

Minggu lepas 28 December 2013, putry and geng ASAM yang tak berapa nak ramai nih pergi wedding best frind kitorang dekat Rawang. Even nak dekat-dekat final masa tue, tapi curi-curi jugak pergi kejap. Sebabnya hari tuh masa majlis belah pengantin perempuan tak dapat nak pergi. Ohhh yaa bestfriend kita nie nama Mahani and hubby dia pulak senior kitorang masa dekat sekolah menengah dulu Abg Taufiq. 

Tahniahh both of you. Thanks for the invitation and foods and doorgifts and also melayan kegilaan weolls harituh. May your new life as hubby and wifey is bless by Allah till Jannah. Amin. 





Ini pulak putry dengan ehem-ehem. Amik berkat orang tua-tua kata. Muahahhaa. Ohh ya, nielah senior yang tolong kenen-kenenkan kitorang masa dekat sekolah menengah dulu. Thankyou seniorrr :)



With bride & groom of the day, Mahani & Taufiq



The girlssss. Haishhh dalam ramai-ramai kita, at last Mahani jugak yang jalan dulu. Tahniahhh again. Doakan kitorang puloppp pasnie okeyyy :)


Ini kes amik berkat sembilanpuluhsembilanratusjutaribukali namanya. bhahahhaa















Once again, congrats to both of you Mahani & Abg Taufiq. Semoga hingga ke Jannah. Both of you are the sweetest couple ever. Senyap-senyap tup tup dah kahwin. happy for both of you. Doakan kami, kami, dan kami puloppp lepas nihh. InsyaAllah :)