Sunday, July 31, 2011

Selamat Menyambut Ramadhan Al-Mubarak

Assalamualaikum semua . . 

dikesempatan ini , putry nak ucapkan selamat menyambut ramadhan al mubarak kepada semua umat islam .
semoga ramadhan kali ini dapat memberi makna kepada kite semua . 
banyak - banyak kan lah beribadat kepada allah di bulan yang mulia ini . haa solat terawih jangan lupe okey . malam nihh kan dah mule solat terawih . hehe :)







Fadhilat dan Hikmat Puasa

 
    - Puasa dapat melahirkan peribadi yang amanah dan ikhlas, serta menjadikan kita hamba yang bersyukur. Puasa dapat memberikan kecerdasan fikiran dan membantu kita menjaga kesihatan badan.
 
    - Puasa dapat menimbulkan rasa insaf terhadap penderitaan orang miskin, orang-orang yang ditimpa bencana dan orang yang kurang bernasib baik. Keadaan ini akan melahirkan rasa simpati dan mendorong kita untuk menghulurkan bantuan.
 
    - Puasa dapat menguatkan ketahanan jiwa serta dapat menjadi benteng yang mengawal kita daripada godaan nafsu.

     -Puasa melatih diri kita bersih daripada sifat-sifat tamak, sombong dan hasad, sebaliknya menanam sifat perpaduan kerana bersama-sama menunaikan kewajipan yang sama.



" SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN AL MUBARAK "

Saturday, July 30, 2011

Alhamdulillah . . terima kasih Nuffnang (:

Assalamualaikum semua . waahh dah lame betul jejari ni menaip kan . korang rindu putry tak ? mesti korang bosan kan , bile datang je page putry , asyik entry yang same je setiap masa . putry mintak maaf sangat-sangat ye .  lately nihh putry agak bz la , wifi kat kolej pun macam siput je . sedih betul . 
nie pun nasib dapat jugak la kan curi-curi online dekat rumah kawan . wifi kat sini laju la jugak . actually macam banyak je bende nak citer , tapi waktu tak mengizinkan la . . kite just straight to the point je la eh ?
okey , tadi putry buke la account Nuffnang , saje la kan nak tengok UV , actually dah tahu UV jatuh menjuna macam nangka busuk , tapi tangan nihh gatal-gatal jugak nak tekan kan ?

so , seperti yang dijangka kan , UV memang turun mendadak . mane tak nyer tak sempat pun nak update blog . then , mase putry buke dekat ernings , putry tengok2 putry kempen yang b4 this dah bertukar jadi Metered erning la . .waahh hepi tahap maximum la kan . 


korang tak percaya ? cer tengok sini . 


nampak tak ? nampak tak ? and ade yang dah jadi bufered erning . terima kasih nuffnang . 
eventhough putry dah lame tak update , but Nuffnang still lagi bagi ernings . 

klah , wat mase nihh itu je yang putry nak share ngan korang semua . nanti kalau sempat lagi , putry update lagi ye , korang semua jage diri okey ? 
daa ~ nyte semua (:

Monday, July 4, 2011

Korang , Tolong Putry Boleh tak ?

Assalamualaikum and selamat petang . 
disebabkan nanti putry jarang nak update blog , putry nak mintak tolong korang boleh tak ?
putry ade join satu contest nihh , and nak mintak jasa baik korang untuk tolong 
LIKE picture putry tuhh , boleh eh ?


so , ini la gambar yang putry pertaruhkan untuk contest tuhh . (:

niela first tyme putry join contest dekat FB , mule - mule cam tak ade keyakinan je , tapi lame-lame cam best plak . ape salahnyer kita mencuba ye tak ?
so , putry nak mintak jasa baik korang tolong putry vote for this picture ya . 





setiap vote anda sangat la dihargai . (:
thanxx :D 


hey korang , tahu tak Nisa comel pun masuk jugak contest nihh , jom tolong vote untuk beliau di SINI 



Berhenti Berblogging ~

Assalamualaikum dan selamat petang semua . .

korang semua ape khabar ? sehadd tak ? panas sungguh cuaca hari nihh , dah minum air pun tekak still rase kering lagi . nak kuar pun macam malas je kan ? hee 
haa , bace tak tajuk kat atas ? bace tak ? 
okey , putry akan berhenti berblogging buat sementara waktu nihh coz esok putry dah nak balik ke Melaka untuk mulakan sem baru , so mase untuk online makin terhad okey .
kene fokus study betul-betul coz dah 2 sem kan putry tinggal =.=

so , kalau putry jarang update , putry mintak maaf ye . 
lagipun , harapkan wifi hostel je la kan , nak beli broadband , cam membazir je . 
kang tak sentuh buku plak kan , asyik online je . (:

klah , hepi berblogging ye semua . 


puterinatassia ,

Saturday, July 2, 2011

Mencarut dan Dicarut ?

Assalamualaikum..
Sila baca ini kenyataan-kenyataan ini :
Mencarut merujuk kepada perbuatan maki-memaki ataupun pengeluaran kata-kata kesat. Secara umumnya, mencarut adalah kelakuan yang tidak membawa sebarang faedah. Perbuatan ini bukan sahaja membazir masa, malah mampu menjejaskan mentaliti pengamalnya.
Selain itu perbuatan mencarut akan mengurangkan rasa hormat orang ramai terhadap diri seseorang. Seseorang itu dianggap kurang beradab, dan mempunyai mentaliti yang kurang matang.
Dalam kebudayaan orang Melayu pula, mereka yang mencarut biasanya dikatakan kurang ajar. Ini membawa maksud yang amat keras, iaitu mempunyai ibubapa yang yang tidak mengajar tertib kepada anaknya disebabkan salah satu sebab iaitu kejahilan, kurang pendidikan, berasal dari keturunan tidak baik, dan lain-lain.
Buruk nampaknya orang lelaki mencarut, buruk lagi kalau perempuan yang mencarut.
Saudara saudari seagamaku, apa kepuasan anda apabila mencarut?  Dalam Islam juga, mengeluarkan kata-kata kesat, cacian dan makian adalah sesuatu yang terhina.
Allah berfirman yang bermaksud:
"Kecelakaan besarlah bagi tiap-tiap pencaci dan pengkeji." (al-Humazah: 1)
Kepada org yang suka mencarut, hentikanlah perbuatan itu. Usaha! Jangan merendahkan martabat anda sendiri dengan mencarut. Jangan dibiarkan lidah anda terbiasa mencarut, takut-takut sampai ke tua, lidah pun sudah liat hendak berhenti mencarut. Jangan sampai orang menutup mata dengan syahadah, kita pula menutup mata dengan mencarut. Nauzubillah...
"Ya Allah, peliharalah lidah kami"






p /s : sumber dari iluvislam . malas nak edit2 . .copy paste je la eh . (:

GEGAR BLOG JULAI 2011 .

Assalamualaikum semua . 


korang nak join jugak ? klik banner atas nihh ye . .(:

GiveAway : " One Klik One Present by Lyssasecret "

Assalamualaikum semua ,
hari ini terlebih rajin untuk join segmen / contest .
so , putry di tag oleh Eryll Eiqmall . thanxx ye dah tag putry . 

segmen kali ini , di anjurkan oleh blogger comel kita Lyssa .
kenal tak ? kenal tak ? 
tipu la kalau korang tak kenal , Lyssa nihh femes tahu tak ?
okey2 , straight to the point , jom kite laksanakan tugas yang kene buat untuk join GA nihh okey . 




so , putry nak tag :


HADIAH - HADIAH UTAMA :
Tempat Pertama - RM 50
Tempat Kedua - RM 30
Tempat Ketiga - RM 20


HADIAH SAGUHATI :
5 Orang akan Mendapat Wang Berjumlah RM 10 seorang.


Tarikh Tutup Penyertaan :
30 JULAI 2011



lumayan kan ? so , ape tunggu lagi ? jom join reramai . (:


" Seminggu 100 Follower Kembali "

Assalamualaikum semua . 



korang nak join ? klik header kat atas okey . (:







Mengapakah Lelaki Sukar Memohon Maaf ?

Assalamualaikum . . selamat pagi ^_^
okey , hari ini putry ade info sikit yang nak di share . 
layan je la eh :) hehe

Sesetengah orang lelaki sukar menuturkan kata maaf . Meskipun kenyataan ini mungkin diragui oleh lelaki , namun hakikatnya lelaki memang sukar berbuat demikian lebih-lebih lagi jika berbuat salah kepada pasangan sendiri .

Memiliki Ego Yang Terlalu Tinggi

Lelaki yang mempunyai ego tinggi biasanya mengalami kesukaran untuk memohon maaf meskipun jauh di sudut hatinya dia mengakui dirinya memang bersalah . Golongan ini biasanya lebih mengutamakan ‘maruah dirinya’ daripada terpaksa ‘menjatuhkan air mukanya’ sendiri semata-mata terpaksa menuturkan kata maaf . Jadi tidak hairanlah sekiranya lelaki lebih mengutamakan ego sendiri sehingga sanggup mengetepikan hati pasangannya sendiri .

Memperlihatkan Kelemahan Diri

Selain faktor ego yang tinggi , memohon maaf juga bagi lelaki merupakan tindakan yang memperlihatkan kelemahan dirinya secara terang-terangan . Kelihatan lemah di hadapan lawan jenis adalah perkara yang sebolehnya cuba dihindari oleh lelaki . Bagi sesetengah lelaki , meminta maaf merupakan simbol kelemahan diri . Malah tindakan tersebut juga menurut lelaki mampu menurunkan harga diri lelaki .

Tidak Suka Mengaku Kesalahan

Ada segelintir lelaki menganggap kesalahan adalah tanda ketidakmampuan . Jika wanita mengakui kesalahan lelaki dengan meminta maaf dan mengakui kesalahan mereka , lelaki pula bersikap sebaliknya . Golongan ini kadang-kadang bersikap kasar dan tidak mahu mengaku salah .

Tindakan Berbicara Lebih jelas Daripada Kata-Kata

Enggan memohon maaf secara terbuka , ada sebilangan lelaki mengambil tindakan memohon maaf melalui perlakuan atau perbuatan . Sebagai contoh memberi kejutan kepada mereka . Pemberian hadiah berupa bunga coklat , barang perhiasan atau hadiah-hadiah lain adalah interpretasi golongan ini di atas kesalahan yang mereka lakukan . Tindakan ini bagi mereka juga lebih mudah daripada terpaksa meluahkan kata-kata maaf melalui ucapan .

Bimbang Maaf Tidak Diterima

Juga ada segelintir lelaki enggan memohon maaf secara terbuka kerana bimbang kemaafannya tidak diterima . Justeru , tidak hairanlah apabila ada sebilangan lelaki yang berfikiran negatif akan mengalami dilema apabila ingin meminta maaf . Mereka biasanya akan mengalami kocakan emosi dalam membuat keputusan sama ada perlu meminta maaf atau sebaliknya . Malah , mereka juga turut mengalami konflik untuk merencana bagaimana , bila dan di mana tempat yang sesuai untuk menuturkan kata-kata maaf tersebut .



so , lelaki - lelaki di luar sane , korang ade tak bende - bende nihh semua ? hehe
tapi , tak semua nyer camnihh kan kan ?
lain orang , lain cara and perlakuan nyer , ye tak ?





p / s : sempat lagi meng update sambil - sambil layan movie 3 , 2 , 1 cinta !

Friday, July 1, 2011

IMAM MUDA MUSIM KEDUA MILIK IMAM MUDA HASSAN .

Assalamualaikum semua . .
haa korang semua tengok tak Imam Muda tadi ? 
subhanallah , sejuk je perut ibu - ibu yang mengandungkan diorang nie kan ? 
sedap je dengar diorang ngaji tadi kan . memang terpegun la . 
bangga nyer ibu bapa diorang kan . 
sejuk je mata memandang tengok Imam2 Muda kita nihh  ,bersih je wajah diorang . 

ish , panjang pulak kan pendahuluan ? haha
eksaited sangat nihh sebenarnyer . 
bagi sape yang tak sempat nak tengok Imam Muda tadi , Imam Muda yang telah dinobatkan sebagai Juara Imam Muda Musim kedua iaitu . . 


*
*
*
*
*
*

siapa lagi kalau bukan Imam Muda Hassan


tahniah di ucapkan kepada Imam Muda Hassan kerana telah dinobatkan sebagai Juara Imam Muda Musim ke- 2


tidak lupa juga kepada Imam Muda Nazrul yang menduduki tempat yang kedua iaitu Naib Juara








p / s : sejuk je kan tengok muka imam-imam muda nihh ? tenang je hati . ~

Dugaan Yang Besar Buat Pasangan Ini .

Assalamulaikum and selamat petang semua . 
 hari nie putry nak share satu cerita yang sangat menyayat hati . putry sendiri mengalir air mata membacanya .
begitu berat dugaan yang dipikul oleh pasangan Norma & Talib .
mari kita ikuti kisah mereka . 


**  harap maklum , entry putry nihh totally putry copy & paste dari KASIHALEEYA **

Kalau korang perasan sorang blogger nie.. nama dia Moon.. dia antara kawan yang terapat dengan aku.. dan kalau korang follow blog Moon.. korang mesti tau masalah yang dia dan keluarga tengah hadapi sekarang.. Sebenarnya Moon dah puas fikir panjang samada nak buat benda ni atau tak perlu... so sebagai kawan, aku rasa takde salah pon kalau Moon nak teruskan niat dia.. yang penting dia tau niat dia ikhlas... 


- Norma -

Adik ipar Moon menderita menghidap cancer... memula aku dapat tau.. aku pon macam terkejut jugak.. sebab adik ipar moon nie baru jugak kahwin.. lepas tu mengandung.. dan Alhamdulilah selamat melahirkan bayi lelaki yang comel dan sihat.. kita panggil je dia Norma ye.. so, selepas Norma melahirkan anak pertama dia tetiba jatuh sakit.. aku ingat lagi masa tu Moon kata ingatkan penyakit misteri.. siapa tak sedih? orang lain selepas melahirkan anak, gembira menyambut kehadiran orang baru.. lagi-lagi anak pertama.. buat yang ada pengalaman manisnya memeluk anak pertama mesti faham bahagianya rasa tu.. 


- Norma bersama dengan Rafiq ( anak pertama beliau )

tapi Norma tidak menerima nasib sebegitu.. selepas je bersalin Norma stay di rumah Moon.. nasib ada kakak ipar dan abang ipar yang penyayang, prihatin dan mengambil berat.. Moon lah yang menguruskan anak Norma yang bernama Rafiq.  bila pegi hospital, buat check up semua.. barulah tau yang Norma sebenarnya menghidap cancer.. sebak mengenangkan nasib Rafiq yang baru lahir tapi tak sempat merasa belaian seorang ibu.. tak sempat merasa susu ibu.. ok aku sebak. hmmmmm..

Suami Norma, Talib ke hulu ke hilir menguruskan isteri yang terlantar sakit.. aku tak boleh bayangkan bila Moon selalu datang melawat Norma sambil bawak Rafiq... Norma hanya mampu pandang tak mampu membelai bayi kecil itu.. tabahnya Talib suami Norma.. hanya Tuhan yang tau apa ada di hati Talib.. apa ada di hati Norma saat melihat Rafiq.. 


- anak kecil yang tidak mengerti penderitaan ibunya -


- siapa sangka selepas setahun perkahwinan, dikurniakan cahaya mata dan bermula sebuah penderitaan -


 - Talib yang sentiasa berada di samping isterinya - 


Dugaan bertimpa-timpa.. sampai Talib pon aku tengok dah susut sangat badan dia.. condition Norma plak tak menentu.. kadang lepas operation dia ok.. kadang dia tak ok.. hati mana lah yang sanggup tengok penderitaan ditanggung mereka . 


- Tangan Norma yang lebam -

Moon dan suaminya Sutan ni aku kenal dah lama.. diorang baik dan lembut.. aku tau Moon malu, Talib malu nak mintak tolong aku buatkan entry nie.. tapi berat mata memandang berat lagi bahu yang memikul.. dalam serba salah tu aku rasa tak pelah Moon, kita usaha je..
kepada sesiapa di luar sana yang rasa ingin sama-sama mengurangkan beban Talib.. korang boleh buat sumbangan ikhlas.



cimb


01070068677528


Noormawati Mohd Rasif


aku rasa ramai yang nak membantu, cuma tak tau cara.. ini tiada paksaan langsung.. tak kira lah kalau kita mampu nak derma RM5 sekalipon, janji ikhlas..kalau ada sikit-sikit sumbangan ikhlas dari korang utk Norma, InsyaAllah duit tu akan keluarga dia gunakan untuk kos rawatan Norma yang menelan belanja ribuan ringgit.. baru-baru nie kos untuk injection je dah menelan belanja 10K.. sumbangan tu juga akan digunakan utk bayaran ambulans.. kos untuk beli susu untuk Norma minum.. dan mungkin selepas ni keluarga Moon akan ikhtiar perubatan-perubatan lain yang dah tentu memerlukan belanja.

Moon malu nak buat benda ni actually.. nampak macam meminta-minta..tapi yang penting niat demi untuk membantu Talib dan anak dia Rafiq, maka Moon dan Sutan terpaksa tolak perasaan malu ke tepi..lagipon aku rasa tak salah kot.. bukan paksaan.. kot-kot korang ada rasa nak bersedekah boleh lah bantu-bantu ringankan beban orang yang dalam kesusahan..

 hanya Tuhan yang dapat membalas jasa murni atas sumbangan ikhlas korang.. Sama-sama kita doakan semoga keluarga Talib dilindungi Allah dan semoga Norma cepat sembuh supaya dia berpeluang melihat Rafiq membesar di depan mata dan dapat mencurah kasih sayang buat suaminya Talib... Amin . 






p / s : berat mata yang memandang , berat lagi bahu yang di pikul . sama - sama la kita berdoa agar Norma kuat menghadapi ujian yang diberikan ini . marilah kita sama - sama mamanjatkan doa agar semua nyer kembali pulih seperti biasa . walaupun kita tidak membantu dengan menghulurkan bantuan kewangan , cukupla sekadar dengan doa ikhlas dari kita .