Saturday, July 2, 2011

Mengapakah Lelaki Sukar Memohon Maaf ?

Assalamualaikum . . selamat pagi ^_^
okey , hari ini putry ade info sikit yang nak di share . 
layan je la eh :) hehe

Sesetengah orang lelaki sukar menuturkan kata maaf . Meskipun kenyataan ini mungkin diragui oleh lelaki , namun hakikatnya lelaki memang sukar berbuat demikian lebih-lebih lagi jika berbuat salah kepada pasangan sendiri .

Memiliki Ego Yang Terlalu Tinggi

Lelaki yang mempunyai ego tinggi biasanya mengalami kesukaran untuk memohon maaf meskipun jauh di sudut hatinya dia mengakui dirinya memang bersalah . Golongan ini biasanya lebih mengutamakan ‘maruah dirinya’ daripada terpaksa ‘menjatuhkan air mukanya’ sendiri semata-mata terpaksa menuturkan kata maaf . Jadi tidak hairanlah sekiranya lelaki lebih mengutamakan ego sendiri sehingga sanggup mengetepikan hati pasangannya sendiri .

Memperlihatkan Kelemahan Diri

Selain faktor ego yang tinggi , memohon maaf juga bagi lelaki merupakan tindakan yang memperlihatkan kelemahan dirinya secara terang-terangan . Kelihatan lemah di hadapan lawan jenis adalah perkara yang sebolehnya cuba dihindari oleh lelaki . Bagi sesetengah lelaki , meminta maaf merupakan simbol kelemahan diri . Malah tindakan tersebut juga menurut lelaki mampu menurunkan harga diri lelaki .

Tidak Suka Mengaku Kesalahan

Ada segelintir lelaki menganggap kesalahan adalah tanda ketidakmampuan . Jika wanita mengakui kesalahan lelaki dengan meminta maaf dan mengakui kesalahan mereka , lelaki pula bersikap sebaliknya . Golongan ini kadang-kadang bersikap kasar dan tidak mahu mengaku salah .

Tindakan Berbicara Lebih jelas Daripada Kata-Kata

Enggan memohon maaf secara terbuka , ada sebilangan lelaki mengambil tindakan memohon maaf melalui perlakuan atau perbuatan . Sebagai contoh memberi kejutan kepada mereka . Pemberian hadiah berupa bunga coklat , barang perhiasan atau hadiah-hadiah lain adalah interpretasi golongan ini di atas kesalahan yang mereka lakukan . Tindakan ini bagi mereka juga lebih mudah daripada terpaksa meluahkan kata-kata maaf melalui ucapan .

Bimbang Maaf Tidak Diterima

Juga ada segelintir lelaki enggan memohon maaf secara terbuka kerana bimbang kemaafannya tidak diterima . Justeru , tidak hairanlah apabila ada sebilangan lelaki yang berfikiran negatif akan mengalami dilema apabila ingin meminta maaf . Mereka biasanya akan mengalami kocakan emosi dalam membuat keputusan sama ada perlu meminta maaf atau sebaliknya . Malah , mereka juga turut mengalami konflik untuk merencana bagaimana , bila dan di mana tempat yang sesuai untuk menuturkan kata-kata maaf tersebut .



so , lelaki - lelaki di luar sane , korang ade tak bende - bende nihh semua ? hehe
tapi , tak semua nyer camnihh kan kan ?
lain orang , lain cara and perlakuan nyer , ye tak ?





p / s : sempat lagi meng update sambil - sambil layan movie 3 , 2 , 1 cinta !

1 comment:

  1. sebab diorang ada ego yg terlampau tinggi . tu sebab diorang susah nak mintak maaf .
    sekadar pendapat.

    ps:meyh la comment entri saya

    http://athirahshariffudin.blogspot.com/2011/06/tujuan-berblogging.html

    ReplyDelete