Thursday, June 13, 2013

Berita baik buat warga Balik Pulau dan bakal pengantin !

Assalamualaikum..

Hye semua.. selamat pagi.. Korang semua sihatt ? Okey pagi nihh putry nak promote sikitla pasal tempat kerja baru putry. Seperti yang putry cakap sebleum nih, sekarang putry kerja dekat klinik pergigian kan? Okeyy, actually klinik nihh baru ja bukak sepenuhnya awal bulan June ye kawan-kawan. Baru je lagi tapi setakat ke harini, alhamdulillah dah ramai orang yang dah datang.




So, apa berita baiknya buat warga Balik Pulau ?? Haaaa nihh haa nak bagitau.. bukan senang nak jumpa klinik gigi dekat Balik Pulau nihh kan? So, bagi sesapa yang ada masalah pasal gigi, bolehla datang ke klinik kami dan mendapatkan rawatan.

Alhamdulillah, setakat ini, ramai patient yang sangat berpuas hati dengan service dan harga bagi rawatan yang dijalankan. Tak perlu pergi jauh-jauh untuk dapatkan rawatan, dekat je kan ? Haaa tahu tak kat mana lokasi Klinik Pergigian Balik Pulau nihh ? 


Lokasi :

Atas kedai dobi, Simpang 4 Genting, Balik Pulau.

Buat bakal-bakal pengantin plak, klinik kami menawarkan pakej-pakej tertentu dengan harga yang memuaskan.



Waktu Operasi :

Isnin - Sabtu 
9.30 a.m - 10.00 p.m

Antara rawatan yang kami sediakan ialah :

- pemeriksaan gigi

- tampalan
- penskaleran dan penggilapan (cuci gigi )
- cabut gigi
- pembedahan mulut minor
- rawatan akar
- gigi palsu biasa
- gigi palsu chrome
- gigi palsu valplast
- korona dan jambatan
- pemutihan gigi ( whitening)
- berlian gigi
- implant ( tanam gigi )

Untuk pengetahuan korang jugak, korang tak perlu nak buat appointment bagai before datang mendapatkan rawatan. Korang boleh je datang ke klinik pada waktu yang ditetapkan. Tapi, kalau nak buat appointment pun tak salah. Haaa macam mana nak buat appointment ?? Korang boleh je call  nombor pada card tersebut untuk membuat temujanji. Kalau rasa malu nak call doctor, korang jugak boleh layari blog Klinik Pergigian Balik Pulau untuk membuat temujanji. 

Cara Buat temujanji online :

1. Klik link blog tersebut Klinik Pergigian Balik Pulau .
2. Pergi ke ruangan " Tanya pada Doktor "
3. Tinggalkan komen anda di situ beserta dengan :
          - nama
          - nombor telefon
          - tarikh dan masa temujanji
          - jenis rawatan yang dikehendaki

Pihak kami akan menyemak temujanji anda dan memberi maklumbalas kepada anda secepat mungkin. 








Thanks for reading. Bye









No comments:

Post a Comment