Wednesday, November 20, 2013

Al-Fatihah : Ahmad Ammar Bin Ahmad Azam dalam kenangan

Assalamualaikum ...

Pada hari ini kita dikejutkan dengan kepergian seorang pemuda berjiwa besar yang diberi nama Ahmad Ammar Bin Ahmad Azam seorang pelajar cemerlang tahun kedua dalam bidang sejarah di Marmara University ( Istanbul ). Tatkala kita sedang sibuk dengan urusan dunia, insan ini telah membuka mata diri putry sendiri dan mungkin rakan-rakan pembaca yang lain. 

Saudara Ammar telah pun meninggal dunia pada 2 November yang lalu akibat dilanggar oleh sebuah ambulance ketika beliau sedang melintas jalan di Istanbul. Tapi putry baru tahu pasal ni harini. Sebelum nih cuma ade dengar-dengar cerita dari kenalan. Harini terdetik di hati untuk mencari kisah sebenar siapa Ahmad Ammar sebenarnya. 

So, balik je dari kelas tadi, putry cepat-cepat search pasal saudara Ammar ni. Setelah membaca kisah, putry jumpa dengan satu video di Youtube yang dikongsi oleh kawan putry. Ya Allah, walaupun putry tak pernah kenal dengan saudara Ammar ni, tapi putry menangis. Pemergianmu dalam kenangan wahai adikku. 

Apa yang membuatkan saudara Ammar dimuliakan di Turki adalah dalam usia yang muda, beliau telah mengembara banyak tempat untuk menuntut ilmu. Saudara Ammar jugak banyak mengaktifkan diri dalam program-program sukarelawan. Sifat arwah yang sangat baik membuatkan ramai kenalan beliau senang dengan sikap beliau. Saudara juga dihormati kerana kuat ilmu agamanya dalam memperjuangkan agama.







Saat melihat video ini, air mata gugur tanpa segan silunya. Bertuahnya engkau wahai Saudara Ammar. Berebut-rebut kenalan-kenalan mu dah warga kota di sana ingin mengusung jenazahmu. Tenanglah engkau di sana wahai Saudara Ammar. Semoga keluarga dan kenalan saudara Ammar tabah dan kuat dalam menghadapi dugaan ini. 



Keistimewaan Jenazah Ahmad Ammar Di Turki
Allahyarham Ahmad Ammar disemadikan di Perkuburan Eyub Sultan menghadap Laut Golden Horn. Tanah perkuburan ini menempatkan lebih 60 jasad para sahabat nabi, auliya’, panglima Uthmaniyyah dan orang-orang kenamaan di sana. Namun Datuk Bandar telah memberi pengecualian kepada Ammar hingga allahyarham menjadi orang Malaysia pertama disemadikan di sini. Malah begitu ramai orang termasuk masyarakat setempat selain rakan satu universiti yang hadir ketika allahyarham disolatkan di Masjid Ayub Sultan, Istanbul seterusnya mengiringi jenazah Ammar ke kubur.

(Sumber: Ahmad Ammar Ahmad Azam Pelajar Malaysia Dimuliakan Di Turki | melvister.com













Al-Fatihah.. 

5 comments:

  1. Even tak kenal Saudara Ammar ni sape, terasa sgt nak kpergian dia.. Sedih tengok video tu. And kalau tak silap kalau jenazah kluar peluh kt bahagian muka mksudnya meninggal dalam keadaan yg baik. Allahu A'lam. InshaAllah syurga untuk dia. Ameen. Al-fatihah...

    http://abellmohd.blogspot.com/2013/11/coding-blog-baru-menyusahkan.html

    ReplyDelete
  2. al fatihah. semoga beliau ditempatkn bersama org2 beriman :) btw SM done follow sini, jemput singgah ke blog kalau sudi =)

    http://santanmanis.blogspot.com/2013/11/pengalaman-sepanjang-berada-di-ktho.html

    ReplyDelete
  3. Kehidupan Ammar begitu terancang.. Beliau dididik dan dibesarkan oleh kedua ibu bapanya dgn bijaksana dan tertib sehingga Ammar menjadi insan yang soleh dan bijaksana dan sentiasa low-profile.

    ReplyDelete