Thursday, January 9, 2014

Sapa nak kahwin awal ? Angkat tangan. Mudah je

Assalamualaikum semua ...

Korang semua sihat ? Sorila sebab lama blog tak berupdate. Hari tue pun sempat update pasal kawan kite kahwin. Wahhh happy sangat untuk ddia. Yelaa kan sekarang musim orang kahwin iyee dok ? Haaa cakap pasal kahwin, korang pernah dengar tak pasal " Nikah Khitbah " nie ?? Ehh Nikah Khitbah, apa tue ? Apa tue ? 

Actually Nikah Khitbah nih adalah dalam bahasa Arab. Dalam bahasa Melayunya orang panggil Nikah Gantung. Ehh apa pulak dah nikah gantung nih? Haaaa mehh sini nak gitauu :)


Nikah Khitbah bermaksud pernikahan diantara pasangan pengantin yang tidak duduk serumah dalam satu - satu tempoh yang ditetapkan hasil persetujuan bersama kedua - dua belah pihak . Tanggungjawab pemberian nafkah oleh suami kepada isteri juga diringankan dan boleh dilepaskan .
  • Nikah Khitbah juga mengadakan “ Majlis Akad Nikah “ yang harus mereka ikuti sebagaimana perkahwinan biasa dilakukan .


  • Syarat SAH Nikah di dalam rukun – rukun perkahwinan seperti suami , isteri , wali , saksi , dan akad (Ijab Kabul) dan juga mas kahwin perlu ada untuk syarat sah nikah.



  • Nikah Khitbah menangguhkan “ Majlis Kenduri Kahwin (WalimatulUrus) “ dan penangguhan majlis kenduri kahwin tersebut kadang – kadang menjangkau bertahun – tahun lamanya .

Sebab – Sebab Biasa NIKAH KHITBAH dilakukan :
  • Suami masih belum mampu menyara sepenuhnya kos sara hidup isteri seperti SEWA RUMAH , PAKAIAN dan sebagainya .
  • Pasangan yang masih lagi Belajar dan Menuntut .
  • Belum bersedia memberi Komitmen sepenuhnya didalam menunaikan tanggungjawab berumah tangga .

Setelah majlis Akad Nikah berlangsung , kedua – dua pasangan harus tinggal berasingan sehingga benar – benar bersedia untuk memikul tanggungjawab sebagai Suami Isteri . Pada kebiasaan pasangan ini akan tinggal di rumah ibu bapa masing – masing .

Tujuan utama " Nikah Khitbah " ini dilakukan ialah bagi mengelakkan berlakunya Perzinaan dan Lahirnya Anak Luar Nikah . Setelah kedua – dua pasangan ini melalui nikah gantung , mereka boleh bertemu , berdating dan bermesra . Malah jika melakukan sek pun sehingga melahirkan anak ia tidak salah dan tidak haram . Anak yang mereka melahirkan itu adalah " SAH " hukumnya .

Walaupun mereka Nikah Khitbah , mereka adalah pasangan suami isteri yang SAH di sisi Agama Islam dan undang – undang Malaysia.



                                                                                             


Firman Allah swt bermaksud :
         ... dan kahwinkanlah orang-orang bujang [ lelaki dan perempuan ] dari kalangan kamu dan orang yang soleh dari hamba-hamba kamu, lelaki dan perempuan. Jika mereka miskin, Allah akan memberikan kekayaan kepada mereka dari limpah kurniaNya kerana Allah swt Maha Luas rahmat dan kurniaanNya lagi Maha Mengetahui.
                                                                                        An Nuur : Ayat 32




















        " Melihat perkahwinan sebagai medan untuk memberi, akan menjadikan kita lebih memikirkan soal PERANAN dan bukannya HAK yang tidak berkesudahan. "

                                                                                Dipetik dari : Aku Terima Nikahnya




1 comment: