Sunday, July 31, 2011

Selamat Menyambut Ramadhan Al-Mubarak

Assalamualaikum semua . . 

dikesempatan ini , putry nak ucapkan selamat menyambut ramadhan al mubarak kepada semua umat islam .
semoga ramadhan kali ini dapat memberi makna kepada kite semua . 
banyak - banyak kan lah beribadat kepada allah di bulan yang mulia ini . haa solat terawih jangan lupe okey . malam nihh kan dah mule solat terawih . hehe :)







Fadhilat dan Hikmat Puasa

 
    - Puasa dapat melahirkan peribadi yang amanah dan ikhlas, serta menjadikan kita hamba yang bersyukur. Puasa dapat memberikan kecerdasan fikiran dan membantu kita menjaga kesihatan badan.
 
    - Puasa dapat menimbulkan rasa insaf terhadap penderitaan orang miskin, orang-orang yang ditimpa bencana dan orang yang kurang bernasib baik. Keadaan ini akan melahirkan rasa simpati dan mendorong kita untuk menghulurkan bantuan.
 
    - Puasa dapat menguatkan ketahanan jiwa serta dapat menjadi benteng yang mengawal kita daripada godaan nafsu.

     -Puasa melatih diri kita bersih daripada sifat-sifat tamak, sombong dan hasad, sebaliknya menanam sifat perpaduan kerana bersama-sama menunaikan kewajipan yang sama.



" SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN AL MUBARAK "

5 comments: