Thursday, June 6, 2013

Struktur pembinaan Jambatan Kedua Pulau Pinang di Batu Maung runtuh

Assalamualaikum ..

Satu palang konkrit di Jambatan Kedua Pulau Pinang yang menghubungkan bahagian Batu Maung ke jambatan runtuh lebih kurang jam 7:05 malam. Kejadian ini telah mengejutkan pihak pekerja kontrak yang sedang menyiapkan pembinaan akhir jambatan tersebut.

Struktur rusuk palang (beam) sepanjang 30 meter itu difahamkan telah menghempap 2 buah kereta yang lalu berdekatan dengan jambatan tersebut. Anggota keselamatan telah dikejarkan ke tempat kejadian bagi menjalankan pemeriksaan mengesan mangsa dan mengetahui jumlah kenderaan yang terlibat. Runtuhan ini telah menyebabkan laluan berkenaan ditutup untuk semua kenderaan. 











Operasi menyelamat dan mengesan jumlah kenderaan yang terlibat masih dijalankan. Semoga semuanya selamat dan tiada mangsa korban. 












Sumber : Klik Sini
Sumber : Klik Sini
Sumber : Klik Sini





5 comments:

  1. Sedihnyaaaa. Sepatutnya bulan Julai nanti dah boleh lalu jambatan tuu :(

    ReplyDelete
  2. terkejut btul dapat tahu berita ni~

    ReplyDelete
  3. tak sangka btul.. mmg da blh gne kan? terkejut ble dapat thu~

    ReplyDelete
    Replies
    1. belum lagi wani. tak siap lagi bahagian tuh. cuma bahagian bawah fly over tuh la yg jadi lauan keta and motor..

      Delete