Thursday, May 23, 2013

Pengalaman menduduki Exam for SPA :)

Assalamualaikum...
Okeyy actually putry nak share sikit pengalaman pertama attend for SPA exam. Pertama sekali rasa bersyukur sangat-sangat sebab setelah hampir 6 tahun camtuh putry buat permohonan, akhirnya putry dipanggil untuk menghadiri exam SPA untuk jawatan Penolong JuruAudit.

Okeyy first time attend memang nervous giler. Yela dok biasa nak jawab exam final je, nihh plak exam nak masuk kerja kan. Mana tak nervesss gilerr ape. Ahahaha

Putry sampai agak awal pagi tuh dalam pukul 8 pagi camtuh. Exam start pukul 9 so ada lagi la masa nak lepak-lepak tenangkan hati. Satu family putry ikut teman putry bagi sokongan. Wahhh terharu. Ehehe :D
Masa sampai-sampai tuh kan, ada berapa kerat je orang yang dah datang. Dalam pukul 8.20 pagi camtuh baru orang ramai start sampai. Masa tuh ketaqq tak taw nak cakap camna. Tapi kan yang mai semua akak-akak yang dah kahwin ada anak uollss. Terasa muda gilerr masa tuh habaqqq maiii :D

Dalam pukul 8.50pg camtuh diorang dah start panggil masuk dalam dewan USM tuh. Masa tuh macam terpinga-pinga la jugak kan? Yelaa dalam surat tawaran ada bagi no giliran. So kat meja takdak pun. Camna nak duduk nih. So pengawas peperiksaan pun bagitawla satu-satu. Kalau no giliran dari sekian sekian duduk row nihh sekian-sekian row nih. Putry dapat raw no 8 kalau tak silap sebab no angka giliran putry 0301244.
Dah setel tempat duduk semua pengawas peperiksaan start la bacakan apa yang perlu dalam exam nih, macam mana nak jawab apa semua. First paper nihh paper Pengetahuan AM. Paper ni macam senangla jugak sebab refresh ja balik apa yang putry dah belaja masa diploma dulu. Start pukul 9.15am habis pukul 9.50am. Exam tuh tentang apa tugas auditor, apa ciri-ciri auditor and ada la beberapa soalan pengetahuan am yang lain. Alhamdulillah dalam 40 minit tuh putry sempatla jawab semua 50 soalan dengan jayanya. :)

Then habis ja paper satu, depa bagi rehat dalam 5 - 10 minit camtuh. Masa tuh putry memang lapar giler-giler dah. Tapi sebab takit nak jawab exam memang tak makan apa pun. Putry msg kat abah cakap "abah, yong tak keluar kot. Rehat sat ja, satg kalit-kalut nak masuk dewan balik." pastu abah terus call suruh keluar jugak sat isi perut. Dah abah cakap camtuh putry pun keluar la sat. Abah beli milo kotak minum ta sampai 10 saat dah habis kalut nak masuk dewan balik. Hahaha

Then dalam pukul 10 camtuh diorang dah start edarkan kertas untuk paper kedua iaitu paper Daya Penyelesaian Masalah. Paper nih ada 40 soalan matematik yang kebabommm gilerr and kena jawab dalam masa 40 minit withoit using any kalkulator. Hahh amikk kauu. Selalu dok kira guna kalkulator tapi kali nihh kena guna otak 110%. Memang gelabah berukkk la kat dalam tuh. Bukan apa takut ta sempat siap ja. Soalan-soalan tuh semua Ya Allah hanya Allah ja yang taw. Semua nak kena kira. Soalan panjang-panjang memang tak cukupla satu soalan 1 minit nak jawab kan. Tapi berserah jela.. Critical thinking sungguhla. Memang mencabar. Tapi alhamdulillah, menggunakan otak yang dikurniakan, daku dapat jugak la jawab semua soalan tuh and ada la 2 3 soalan yang putry hentam sebab tak SEMPAT! ! Huhuhu

Okey habis ja paper 2, duduk sat dalam 5 minit diorang dah start edarkan kertas untuk last paperrrrr. Lasttt paper! Last paperrr beb! Last paper nihh senang ja. Semua pasal minat and personaliti kita. Paper bertajuk Penaksiran Personaliti. Semua ada 182 soalan amd kena jawab dalam masa 1jam ye anak-anak. Haaaa yang nihh takpa, senang ja. Ahahahah putry amik masa 45 minit jawab paper nih. Habis jaaa terus keluar dewann muahahaha. Nampak dakk bertapa tak sabaqnyaaa nak balik.
So, berakhirla sudah exam untuk jawatan Penolong JuruAudit Gred W27. Putry dah buat yang terbaik. Kalau ada rezeki, adalah. Kalau takdak, maybe next time boleh cuba lagi. Apa-apa pun terima kasih pada pihak SPA atas tawaran tuhh :)

Last but not least, pada sesapa yang dapat macam putry nih, tak kira la interview ka exam ka dari SPA nih, p ja.. Jangan lepaskan peluang. Mana taw Allah dah letak rezeki kita kat situ, iyee dokk? So goodluck! 


8 comments:

  1. Insyaallah dapat result yg bagus ^_^

    ReplyDelete
  2. wah dapat g exam SPA,de rezeki dapat.mohon yg terbaik ;)

    ReplyDelete
  3. Salam putri..saya exam 08/03/14 nervous gila...nk tnya sikit...soalan yg menggunakan pengiraan tu soalan jenis mcm mna?

    ReplyDelete
    Replies
    1. hyeee dear. sorry lambat reply. kite baru je online. soalan pengiraan banyak kepada guna kecekapa fikiran. xleh guna kalkulator semua. dye macam soalan math :)

      Delete