Wednesday, April 27, 2011

ISTERI PUN ADE HAK UNTUK BERSUARA

Assalamualaikum sume . .
okey , arini putry nak share something la ngan korang . 
putry dapat nie dari swang junior putry mase kat sekolah dulu . 
ish , kahwin pun belum dah pandai-pandai nak share bende nie semua kan . ?? hehe ~
ape salahnyer kite berkongsi ye tak . .?
okey , ini antara isi-isi or info-info yang putry dapat .




banyak sungguh aduan yang diterima oleh mahkamah syariah  dan non goverment organization berkenaan luahan rasa tidak puas hati golongan isteri terhadap suami mereka . :

1 . sepanjang pertunangan , dya tak pernah ajak berbincang cara nak bentuk keluarga yang solehah . tetapi , asyik fikir mane nak bulan madu , nak buat teknik macam-macam . saya putuskan pertunangan kerana merassakan dya tidak boleh bimbing saya soal agama .

2 . malam pertama , saya berendam dengan air mata kerana suami melarikan diri selepas akad nikah . dia bergaduh dengan ibubapanya saya kerana soal wang hantaran dan mas kahwin . malam tuhh , dya keluar kononnya nak pegi beli rokok , tetapi sampai subuh tak pulang-pulang . kami bercerai 3 bulan kemudian .

3 . selepas 3 bulan nikah , baru saya berpeluang ikut suami yang bertugas di Sabah . saya hairan tengok rumahnya nampak kemas dan berhias cantik . apabila saya gelidah satu almari di bilik tetamu , penuh dengan baju perempuan . puas ditanya baru dya mengaku selama ini dya duduk di serumah dengan kekasihnya . saya lari balik semenanjung . dya tak pujuk pun . lepas pantang , saya terima surat cerai . dya tak pernah tahu macam mana rupa anaknya . 

4 . beli cincing pertunangan duit saya , belanja hantaran pun duit saya . sekarang duit ansuran rumah , kereta , susu anak , belanja dapur semua di bahu saya . dya cuma beri " benih " je .

5 . suami mahu anak ramai dan tak benarkan saya ammbil pil .tetapi , belum pernah sekali pun dya nak bangun malam , tolong buatkan susu anak / tukar lampin . kalau alasan penat di pejabat , saya pun bekerja juga . 

6 . bapa tak pernah ajar saya solat dan puasa . suami pun sama jugak . terpulanglah pada saya nak dalami ilmu agama sendiri .

7 . ramai menuduh saya jahat apabila bercerai dulu . bekas suami memamg nampak warak , tetapi siapa pun tak tahu saya merana kerana suami mahu seks tiap-tiap malam dan suka liwat saya .

8 . suami tetap " mahu " walaupun ketika saya datang bulan . jika tidak dituruti , dya mengancam akan kahwin lain . 

9 . saya dipukul suamiketika mengandung anak kedua dahulu kerana saya tidak mahu beri duit yang saya kumpul untuk belanja bersalin . dia penganggur dan gila main muzik je . duit tue dya nak beli gitar . 

10 . bekas suami saya dulu memang kacak , kaya dan berkedudukan . namun , saya lebih rela bercerai kerana dya ketagih hubungan seks sesama jenis . 

11 . saya rasa benar-benar terhina kerana suami mengabaikan keluarga apabila asyik bercinta dengan " maknyah " .

12 . suami tak pernak azan atau qamatkan anak-anak kami sebaik saja dilahirkan dahulu .

13 . saya dah tak larat nak menasihati suami saya supaya sembahyang . bulan puasa dya asyik suruh saya masak macam biasa. anak-anak keliru melihat gelagat bapa mereka .  

14 . apabila marah , suami suke mengungkit setiap sen yang dibelanjakan untuk saya . sampaikan tambang haji saya ke Mekah yang dya bayarkan 3 tahun dahulu masih terus diungkit setiap kali gaduh .

15 . suami tetap mahu saya masak macam biasa , hubungan seks 2-3 kali seminggu dan rumah tidak boleh bersepah . walaupun saya sedang sarat mengandung .

16 . setiap kali mengandung , pandai-pandai la saya berjimat-cermat untuk belanja bersalin . apabila dah sampai waktu nak beranak , kemas kan baju sendiri , tahan teksi , pergi hospital sendiri . jika nasib baik , suami jemput , kalau tidak pandai-pandailah saya balik rumah dengan anak . 

17 . memang saya bengkak kerana suami sanggup memaki hamun saya depan anak-anak kerana tidak memandu berhati-hati sehingga kemalangan dan merosakkan kereta kesayanganya .

18 . siapa tak sayang mak . tetapi , saya tidak boleh tahan kalau suami sanggup bergolak-gadai semata-mata nak penuhi hajat emaknya yang berselera besar . duit gajinya tak pernak cukup sebab bayar hutang kad . terpaksa lah saya yang menyara anak-anak . 

19 . kalau anak minta duit nak beli buku sekolah , suami asyik kata "takde duit " . tapi kalau nak beli joran dan umpan , ada pula . say perhatikan saja gelagatnya , nak tengok sampai mane "lemaknya " . 

20 . suami gila main nombor ekor . biasanya , dy suka tulis angka 1-10  , letak dalam mangkuk buat cabutan . lepas tue kalau ade no yang mengena , 2-3 hari tak pegi keje .

21 . tabiat suami saya memang pelik , kalau ada masalah saja , mesti pegi cari bomoh  . lepas yue tanam macam-macam tangkal , mesti dye nak pegi bersangkak . 

22 . sewaktu bercinta dahulu , saya tahu suami kaki berjudi  tetapi dye berjanji lepas kahwin dya akan berhenti . tak cukup dengan gaji , barang kemas saya pun digadaikan . orang datang tuntut hutang perkra biasa .

23 . ketika bapa meninggal dunia dulu , baru kami tahu dya dah ada 3 isteri lain dan anak masih kecil . rupanya , selama ini mak dah tahu arwah suke kahwin cerai di merata - rata tempat . emak tak peduli , asalkan tak mengganggu hidupnya . 

24 . 3-4 bulan suami " hilang " itu seperti biasa . kadang-kadang sampai setahun . saya tak perlu cari kerana tahu mesti dya di Serenti .

25 . suami saya memang warak . sembahyang tak pernah tinggal . tetapi saya tak tahan panas barannya . klau marah abis di baling barang-barang rumah .

26 . pernah saya nasihat suami jangan terima rasuah , tetapi dya tetap degil . last2 , kene cekup polis . terpaksa la saya yang sara anak-anak .

27 . dulu , kami hidup senang juga . tetapi selepas suami kene buang keje , sebab ketagih dadah dan selau ponteng kerja, terpaksa la saya kerja kilang untuk menyara anak-anak .

28 . kalau seronok beristeri muda , mengapa nak bandingkan saya dengan kehebatan si madu ketika di ranjang ? tak puaskah menyakitkan hati saya ?

29 . bab duit ringgit , saya tak nafikan suami memang bertanggungjawab . macam-macam yang saya dapat , tetapi jiwa saya kering . suami sayang anak , tetapi masih membiarkan saya melohat " gigitan cinta " perempuan lain di badannya .

30 . bagi saya perkahwinan sebenarnya menguntungkan lelaki kerana mereka dapat membuktikan kejantanan mereka kepada kawan2 mereka apabila isteri hamil . dapat pengurus tetap menjaga kain baju mereka , dapat tukang masak percuma dapat joli lebih sebab isteri juga bekerja dan bantu sara keluarga serta dapat seks halal . isteri dapat ape . ? tugas bertambah , dan silap2 berendam airmata .

banyak kan ? tapi , ape yang perlu kite ingat , apabila kita berkahwin , kedua-dua nya haruslah saling berkongsi . tak kire la dari segi ape sekalipun . yang si isteri , janganlah hanya erlalu mengaharapkan si suami manakala si suami pulak , jangan la plak mengambil kesempatan terhadap si isteri . same -same berbincang untuk membangunkan sebuah keluarga yang harmoni dan bahagia . tidak di nafikan  , sekarag nie, ramai yang ingin berkahwin tetapi tidak peka dengan tanggungjawab masing-masing .

wahh , putry nai berceloteh macam la dah kahwin , kan kan ? hehe ~ itu hanya sekadar info yang putry share and pendapat putry . lagi pun, setiap wanita di dalam dunia nie mengimpikan keluarga yang bahagia ye tak . ?
okey , so selamat beramal and mengubah diri kite menjadi insan yang lebih baik dari hari ke hari ye . <3






p / s : to my future husband , tak camni ye sayang . hehehe ~ xmo xmo xmo . :)




2 comments:

  1. Hai putri. Kak yun blogwalking sini. Artikel yg menarik.. Bagus utk panduan bakal suami ya. ehehehe.. =)

    ReplyDelete
  2. @Srikandi Bonda hye kak yun . .time kasih sudi singgah . :)

    ReplyDelete